Thursday, August 25, 2022

Inara Cafe, Ayer@8 Putrajaya

penghujung bulan Mac aritu aku ada plan nak lunch dengan member pejabat...so sebabkan malas nak lepak pejabat dan ke UPM, aku decided nak melepak di sebuah kafe yang baru buka di Ayer@8....masa aku pergi ni rasa nya kafe ni baru je lagi dibuka...so aku dengar orang cakap tauhu bergedil kafe ni famous, iaitu Tauhu Anora...so kena la kita terjah kan...hehehe...kafe ni terletak di atas Tealive...so kena naik tangga depan Nurhannah di Ayr@8 tuu...kafe ni cantik!aestetik sangat...masa aku sampai tenang je takde orang sangat...
konsep di sini layan diri...so cari meja, order di kaunter dan bayar lepas dah habis makan nanti...kan aku cakap aku datang ni masa kafe ni baru buka dan beroperasi...makanya menu dia cuma ada tauhu bergedil dan desserts je...takde main course pun lagi...so sebab aku dah nak lunch ngan member, makanya aku ok je la lepak layan Tauhu Anora bersama desserts...tapi later aku share aku datang lagi dah ada menu berat daaa...hehehe...oh ya kek dan desserts kat sini mengancam ya!
masa ni aku order pomegranate iced shaken tea, apam Biscoff dan Tauhu Anora...air sedap, apam sedap dannnn tauhu tuuu terpaling win!sedap gila...dengan crunchy dia, dengan pedas dia, dengan sambal sedap dia...alahai memang sedap!patut katanya famous tauhu ni kat KL sana...hehehe aku makan sambil buat kerja...seronok punya pasal setel paper aku siap buat semakan plagiarism guna Turnitin...hehe happy betul masa ni tau...dah la kafe lawa, makanan sedap...hehehe...i loike!
kemudian tu datang lagi dengan Kmyza dan Knora masa aku ada kerja nak kena buat di pejabat...so datang kali ni tengok dah ada tambahan menu...ada 3 main courses diorang iaitu laksa johor, pasta masak lemak cili api dan juga bubur asam bilis...yeay best tak sabar nak mencoba...selain tu tauhu dan desserts tetap ada dan bertambah meriah pilihannya...
nah layan je la gambar makanan kami...sempat rasa bubur asam bilis dan laksa johor...Kmyza cakap pekat sangat kuah laksa dia sampai takleh nak gaul rata sangat dengan spaghetti tu...sedangkan rasa dia dah ngam dah...untuk bubur plak sedap!bubur tu plain je tapi banyak side dishes dia dan paling istimewa dia nya ikan bilis masak asam tu....aku tak pernah rasa, so unik la...sedap...selain tu tauhu memang win sedap...makan gak tauhu tu dengan bubur...nyumm...air sedap, desserts pun okey...best!seriously kalo rasa nak makan ringan leh lepak kafe ni...serious berbaloi!

8 comments:

  1. tauhu anora ni mmg fav dr dlu lagi..dlu2 harganya rm2.50 lps tu naik rm 3...terkini rm3.50...nasibaik dkt ngan umh je yg kt kl ni..anytime bole walk-in..kalau bln ramadhan biasanya ada kt bazar melawati...yg kt putrajaya ni br buka siap ada dessert best juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ada mmber ckp kat KL tu xde dine in ya beli kut tingkap je tapi ramai org. Tp mmg sedap laa berbaloi belinya banding yg lain tu hahaha

      Delete
    2. aah ikut tingkap je..dlu2 dia beroperasi kt rumah...lps tu dh ada kedai kt shoplot

      Delete
  2. Memang sedap sgt, dah beberapa kali pergi, tauhu anora is no doubt sedap, bubur tu pun i suka, laksa suka sebab banyak ikan cuma kene lebihkan berkuah baru leh salut- sama pendapat dgn kawan DJ hehe, spagehtti masak lemak cili api dia kawan kata best, i rasa pun best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza betul. Smua pun sedap sedap belaka. So yummeh!

      Delete
  3. tauhu anora ni memang legend.. zaman2 akk kecik dh ada, niaga kt bazar taman melawati tu... now akk umur dah 36.. kertu sungguh diriku

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh toksah nak akak sangat....aku dah 40 tahun tahun ni ya hahahaa

      Delete