masa ni dah lama tak jumpa Mrs so ajak dia makan kat Cyberjaya lepas kerja...so kami decided nak try makan kat Kojo ni...dah a few times nampak kat timeline, so baru dan nak cuba...masa sampai tu takde orang pun, nervous plak kan...tak sedap ke hahahaha...tapi macam biasa kafe kat Tamarind Square ni memang aestetik la kan...cantik!
jumpa kali ni memang teruk aku kena soal siasat dengan member hahahaha sampai tak terorder makanan kahkahkah kemain eh soal siasat aku, bila dia kenal soal siasat balik, terkedu hahaha haa lagi terkedu tengok menu, harga dia agak kayangan laaa hahaha main dishes dia rata-rata harga RM30 ke atas...haha pasrah je laaa...sesekali kan...ecewah!
overall makanan dia sedappp!ayam dia rasa fresh yang sedap!aku sukaaa...air sedap, makanan sedap, dessert sedap...semua sedap, portion pun best...so walaupun harga sedikit kayangan tapi sebab sedap so aku rasa berbaloi sangat datang dan makan kat sini...presentation makanan pun sangat cantik...suasana pun selesa...eh best lah!aku sukaaa...sib baik now dah jauh je nak ke sana, kalo tak mau aku datang lagi gak sini...hehehe...so recommended guysss!sila terjah!
No comments:
Post a Comment