Wednesday, June 9, 2021

Kaysha Dine & Beauty, Tamarind Square Cyberjaya

lepas sebulan takleh dine, makanya tengah bulan Feb dah leh dine in...so terus Jumaat nya tu aku ajak Irma pergi makan sedap sedap masa lunch hour!hahaha...terus cakap kat Irma nak cari kafe cantik cantik dan tak pernah cuba lagi...masa tu dalam kepala nampak satu kafe ni orang duk share dalam Instagram...Kaysha Dine & Beauty!cantik kafe dia ni cuma masa sampai tu lokasi dia tersorok sikit dek tangga...memang kena sampai depan kedai baru nampak signage dia...dah laa siang, signage tak berapa jelas...huhuhu...
masa sampai tu aku pelik nampak gelap je dalam tapi ada staff...rupanya tak buka lagi!masa tu dah 12.45 tengahari kot...hari Jumaat...aku pun panggil la staff dia, staff cakap buka kul 1 petang!mak aih, aku dah check dalam IG cakap buka awal kot...aku dah panas dah...gila ke buka kul 1 petang, orang nak lunch ni...dia cakap kekurangan staff sebab tu takleh buka awal...aku macamm, eehhh dah kenapa...tapi sib baik dia bagi kami masuk duk kat sofa depan tu....sejuk sikit hati...sambil tu dia bagi tengok menu sesiap...
dalam dalam jam 1 lebih gak baru la diorang mula buka lampu...dan kami pun di bawa ke meja...haa masa ni masuk belah dalam tu memang nampak lagi cantik la kafe ni...serious sweet sangat kafe ni, cantik...memang IG worthy la pada aku...dengan rona warna pink gold dia tu, memang nampak mewah dan cantik!aku suka...luas gak kafe ni dan masa kami sampai ni, ada la beberapa orang belakang kami...tapi kami yang pertama lah masuk...hahahaha...
lepas duduk je, pantas buat order...hahaha sebab dah lapar kan tunggu lama tadi...untuk minuman aku order air kosong je, Irma plak pilih Iced Caramel Latte (RM13) yang tak bape sedap menyebabkan lepas tu kami kena ke San Francisco sebab Irma tak puas minum kopi...hahahaha dan untuk makanan kami share ambil Karaa-age (RM25) iaitu sejenis chicken wing disaluti sos ala Jepun, siap ada bonito flakes lagi...sos tu sedap la manis manis, tai ayam dia aku rasa sedikit kurang fresh...daging ayam tu belah dalam dah lebam...haish....pastu untuk main course aku order Unagi Aglio Olio (RM43)...apa mimpi tah aku order belut masa ni, tapi surprisingly sedap gilaaaa...aku memang jarang makan belut tapi yang ni sedap...Irma pun cakap sedap!rasa aglio olio tu ala Jepun gak dengan kacang hijau apa nama tu, dengan bonito flakes lagi...tapi sedap sangat pada aku!serious!aku siap cakap kat Irma nak repeat datang sebab nak makan lagi unagi ni...hehehe dan Irma plak ambil Chicken Tzatziki Sliders (RM30)...sedap gak la tapi tak dapat menandingi sedapnya unagi aku tadi....hahaha terbaik!
pape pun kami berdua puas hati...kafe cantik, makanan sedap terutamanya Unagi Aglio Olio tu laaa...sedap gilaaa...terbayang bayang unagi dia tu...so yummy!hahaha seronok sungguh dapat dine in masa ni tau...alahai bila la boleh nak dine in lagi ni...huhuhu penat lah macam ni asyik tak leh je...kacau mental health aku tau...huhuhuhu....

2 comments:

  1. Tak ingat bila datang sini, awal tahun jugak kot.
    Seat kita pun sama. Hahaha
    Tapi makanan yg diorder time tu biasa2 je, tak wow sangat. Jadinya sekali jela pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah kawan aku pun ckp biasa so dia pelik aku ckp sedap. Yg buat aku rasa nakpi lg unagi tuuu laaa hahaha

      Delete