Wednesday, August 2, 2017

Divatakesmabul Part 2

Sambungan dari: Divatakesmabul Part 1

hari kedua di Pulau Mabul, aku jadi orang pertama yang bangun dan melayan keindahan pagi dan sunrise...nasib baik tak lama tu Chubby pun bangun...ada orang nak layan aku ambil gambar...yang lain hampeh membutaa...hehehe...
dah bising-bising kami bergambar luar tu, baru laaa memasing bangun nak join...sementara tunggu breakfast siap, kami lepak kat kafe pula ambil gambar sambil mengadap laut lepasss...lepas tu barulah kitaaa makan...nyummm....sedap juga la breakfast dia, terus makan bertambah sebab lepas ni nak guna banyak tenagaaa....
masa nak balik ke bilik bersiap untuk snorkeling, tetiba ada orang Bajau laut datang menjual seafood!yeayyyy nampak ketak gemok-gemok tu haruslah tak lepas kan peluang...seikat ketam tu harga dia RM20 je weiii...murah gilaaa...adalah dalam 5 ekor seikat...kami beli 2 ikat dan sebungkus kerang besar dengan harga RM15...terus hantar ke dapur suruh masak untuk lunch nanti...
balik bilik tukar baju nak snorkeling then kita sambung water confidence class balik kat depan bilik tu...masa ni syiok dah main dengan air sebab siang kan...nampak clear sikit...dah makin berani dah la masa ni...belajar plak pakai fin, makin berani berenang jauh-jauh tak pegang tali dan donut dah...tapi dengan syarat ada Ajib berhampiran sebab takut pape kan...hehehe...
sementara yang lain duk praktis snorkeling tanpa life jacket, Ed dan As duk buat DSD iaitu Discover Scuba Diving...diorang guna la segala gear untuk dive tu...macam syiok je nampak kan, tapi kami memang idok laaa nak mencubaaa...hehehe...
dan kemudian bermulalah aktiviti kami meneroka laut di sekitar Pulau Mabul ni...memula kita pergi ke Lobster Wall, antara tempat paling dalam dan cantik kat sini...memula semua pakai life jacket...ye la macam tak berapa yakin je bila tengah laut tu ko nak terjun je kan tanpa life jacket...sekali masa nak terjun, Liana cakap kak jom buka life jacket nak...aku tanpa pikir panjang terus setuju dannn terjunnn...hahaha gilaaa lah!mana datang keberanian tah...tapi surprisinglyyy kami berjayaaa snorkeling di laut biruuuu tanpa life jacket...gila takabbur masa ni tau...hahahaha...dah tu syiok pakai fin tu sampai leh ambil gambar berdiri dalam air!kalo pakai life jacket memang takleh laaa masuk air penuh badan...hehehe...cantik ikan dan coral kat sini tapi sayang mata aku ni rabun...tak nampak sangat...hehehe..layan gambar je la ye korang!
dan paling best bila kita dapat minta John Daves dive dalam-dalam sampai ke dasar dannn tolong ambilkan gambar kitorang macam kat bawah ni...hahaha best gilaaa walaupun tah mana bentuk bulat tah dalam gambar ni...seriously syiook gila aku rasa masa ni...hehehe...
lepas Lobster Wall kami balik semula ke Billabong untuk minum pagi...lepas dah rehat seketika, kita tunggu next boat untuk bawa kami ke tempat snorkeling yang satu lagi...sebabkan kami akan check out petang tu juga, so kami cuma dibawa ke dua tempat snorkeling jer...ok je la kan...
tempat snorkeling seterusnya adalah Paradise 2!best kat sini sebab banyakkk ikan dan tak dalam sangat!kat sini ada insiden panik aku bila air masuk dalam mulut aku, aku panik terpeluk leher dini, dia pun panik!nasib baik John Daves dengan pantas selamat kan kami!huhuhu...
selesai snorkeling kami pun jalan kaki balik ke Billabong...sebabnya air dah surut sangat masa ni...takleh naik bot pun balik ke tempat penginapan kami tu...so pasrah laaa dalam panas terik tu berjalan kaki...hehehe...masa ni dah penat gila dah weh...tak sabar nak makan je....
sampai je ke bilik, terus mandi dan siap beg semua...then kitorang pergi lunch!yeay makan ketam yang isi diaa banyakkk...gemok ketam dia weh...sedap!kerang tu besar sangat so macam liat sikit...tapi boleh laaa layan...makanan kat kafe pun sedappp...ada ikan besar yang sedap!
jam 3 petang kami pun check out, say good bye to John Daves yang sangat banyak membantu dan best!then naik bot menuju ke Semporna, meninggalkan Pulau Mabul dengan seribu satu kenangan yang best dan indah buat kami semuaaa...semua pun enjoyyy!
sampai di Jeti Umum Semporna terus kami ke Family Cafe 2 yang tak jauh dari situ...Along dah tunggu kat situ dah untuk minum petang...tengah lepak tu, aku message dengan John untuk berjumpa...dia bersama Janggel, Kak Anash dan Pae pun sedang bercuti di Semporna masa tu...kebetulan la dapat berjumpa di sanaaa...hehee...lepak sembang dan makan seketika...lepas tu, kitorang semua pergi ambil snorkeling gear di satu kedai kawan Along dan kemudian dibawa naik kereta ke penginapan kami untuk 2 malam di Semporna iaitu Dragon Inn...
aku sukan penginapan ini sebab atas air!bilik dan bilik air juga sangat luassss...selesa la pada aku...so kitorang lepak dan rehat kan diri...seronok dapat mandi air biasa weh...sebab duk akt pulau kan kena mandi air masin!hahaha punya lamaaaa aku mandi menyegarkan badan...lepas tu kita semua tidoooo...
jam 8.30 malam Along datang jemput kami untuk dinner...jalan kaki je dari Dragon Inn tu...kami dinner di Seaview Cafe 2...menu makan malam adalah sangat best!mewah dengan pelbagai jenis seafood!ada scallop masak nyonya, ikan sweet sour, ikan bakar, udang butter, calamari goreng tepung, seaweed soup, dan paling istimewa peria goreng tepung yang sedap!semuaaa makanan kat sini adalah sedap weh!dengan seafood fresh lagi kan...puas hati gilaaa...dannn sebagai dessert, kami dihidangkan dengan raw oysterrr...perghhh terbaik!
dan lepas makan, Along sempat share dengan kitorang beberapa info pasal snorkeling gear terutamanya gogle...rupanya untuk orang yang profesional, kalo ko taknak pakai gogle masa dalam bot, ko tak letak kat dahi tau macam spek mata tu, tapi kena letak di leher!hahaha nampak nau nuubies letak kat leher...hahaha pastu kalo nak clearkan cermin dia better pakai air ludah jer...haaa apa lagi info yang dia kongsi, aku pun dah lupaaa...hahaha....dan selesai sesi belajar, kita pun balik ke Dragon Inn...rehat sebelum aktiviti panjang pada esok hariii...

2 comments:

  1. kalau tak pandai berenang pun lepas water confidence tu mmg lepas tu kompiden la ek snorkeling takde pakai life jacket?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo lepas kelas tu takde konpiden, takleh gakk nak snorkeling tanpa life jacket...senang cerita, yang penting kena konpidennn...sebab sebenarnya kita leh je terapung dalam laut masin tu...mudah terapung berbanding air dlm swimming pool...hehehe

      Delete