Sambungan dari: Divatakesmabul Part 2
hari ketiga di Sabah, kita bangun awal...kul 7.45 pagi dah siap gerak ke restoran berhampiran untuk brekafast...oh ya Dragon Inn tu takde breakfast...so kita layan la nasi kuning dan pulut panggang versi Semporna yang besar gedabak!hehehe..
lepas tu kita tunggu van datang jemput kat depan restoran tu...hari ni over excited sikit sebab ada misi nak mendaki Bohey Dulang!aku nervous sebab baca macam-macam cerita orang pasal daki Bohey Dulang ni...ramai yang kata payah la, pengsan la, muntah la...huhuhu tapi dalam nervous tetappp diva over tau sebab sampai tempah tshirt lagi...hahaha...layan...
van bawa kami ke Jeti Pelancongan Semporna...lain dari Jeti Umum Semporna tempat nak naik bot ke Pulau Mabul tu...kat sini kena la tunggu beberapa urusan yang disetelkan oleh Along...ada la tu nak register bagai untuk masuk ke Tun Sakaran Marine Park ini...
dari Semporna ni kita leh nampak Tun Sakaran Marine Park ni, dan dikatakan rupanya mirip the sleeping old man...haaa cuba korang tengok, ada gak kan rupa kan?hehehe dan hari ni trip kitorang akan menerjah ke beberapa pulau dalam marine park ini iaitu Bohey Dulang, Mantabuan dan Sibuan...
selesai urusan registration semua, kita pun dibenarkan naik bot!yeahhh...excited tau campur debarrr...sebab tak tau nasib bakal menimpa masa mendaki nanti...hehehe dan sepanjang perjalanan naik bot ni, memang kita seolah-olah sedang menuju kepada that sleeping old man...
selepas hampir sejam menaiki bot, sampai la kami di Jeti Bohey Dulang!sampai je dan cantik kauuu air dia, terus posing sakan kat sini!hahaha tak nyempat-nyempat tau diva semua ni...kejap lagi kau tengok laaaa nasib mendaki Bohey Dulang!kahkahkah...
lepas dah sakan posing, Along ajak breakfast dulu...breakfast dibuat khas oleh Kak Muni, isteri Along...sedapppp gilaaa weh cekodok ketam, sandwich cheese chicken ham dannn puding...teh botol dalam kotak pun ada...tapi beringat la nak makan masa ni, sebab kejap lagi nak mendaki kan...
sebelum mendaki tu, Along bawa kami terjah Pusat Pembenihan Kima Gergasi kat bawah tu dulu...layan je la dengar explaination pasal kima ni kan...sejenis cengkerang laaa...tak sure leh makan ke tak kima ni...
dannnn tibalah masa yang dinantikannn...hehehe misi mendaki Bohey Dulang yang berketinggian 600 meter!eceh 600 meter jee...hahaha weh tak sama tau jalan kaki di tanah rata 600 meter engan mendaki 600 meter...hehehe...so sebelum pape kita ambil gambar sekumpulan dulu sebab belum tentu dapat gambar sekumpulan kat puncak sana...hahaha...
then masing-masing pun mula mendaki mengikut pace masing-masing...paling laju Liana, Chubby dan As...siap melompat-lompat aku nengok Liana masa naik tu...eksyen kauu ye...tunggu jap lagii...hahaha aku dan Sue slow and steady...Sue siap suruh aku rileks-rileks jer dan dia temankan aku...hahaha Dini dan Ed kat belakang sekali...no slow jer, takde steady...hahaha Ajib paling cool as usual...sampai di 100 meter pertama kita bergambar!masa ni masih ok lagi...tapi nampak tak, Ajib takde sebab dah terkedepan...Dini dan Ed takde sebab jauhhh ke belakang...
then teruskan perjalanan lagi...di 200 meter kitorang jumpa balik Ajib...maybe dia bosan daki sorang-sorang so tunggu la kitorang...lagi pun diva-diva manis memerlukan abam sado nak bantu kami hiking ni...hehehe...sado la sangat kan...
ok sambung lagi mendaki menuju ke paras 300 meter...tengah daki, eh nampak orang depan makin slow...yang lompat-lompat tadi dah pegang tangga...hahaha dan dengan slow and steady aku potong orang-orang yang kat depan tu...sekali sampai je kat aras 300 meter Chubby dan Liana muntah-muntah...As pun dah macam pening-pening...makanya aku dengan Sue je lah selfie di aras 300 meter ni...hahaha pastu sibuk la kami bagi minyak angin, bagi gula-gula kat mereka-mereka yang dah muntah ni...rest lama sikit kat 300 meter ni...
lepas tu kita teruskan lagi perjalanan mendaki...masa ni dah makin ramai orang turun...ye la kami naik ni consider lambat jugaaa...dah panas...masa naik ni ada abam askar yang dah 2 kali turun naik lalu sebelah aku...hahaha dia tegur-tegur kami sebab lambat, sekali dia nak tergolek ke bawah, nasibbb ada hakak diva sado ni sempat selamatkan tauuu...kalo tak tergolek abam askar...hahaha makanya aku paksa dia selfie dengan aku di paras 400 meter!hehehe
dari paras 400 meter nak ke 500 meter ada tangga neraka katanya...takde la neraka sangat pada aku sebab tak tinggi mana...tapi sebab masa ni dah mengah la juga, so kita rest sekejap dan bergambar sakan sebelum sampai ke 500 meter...masa ni semua dah rilek-rileks dan happy...Dini dan Ed dah tak dengar khabar dah...jerit pun tak dengar dah suara diorang menyahut...
dan akhirnyaaa selepas 45 minit mendaki, kami pun sampai di aras 600 meter iaitu puncak Bohey Dulang!Alhamdulillah...masa sampai ni dah tak ramai orang dahhh...bagus juga sebab tak besar mana pun puncak dia ni...
view dari atas puncak ni adalah sangat ohsem!view kawah yang terhasil dek letupan gunugn berapi satu masa dulu ni adalah sangat cantikkkkkk...cuaca memang panas terik, tapi membuatkan gambar lebih cantik dan pemandangan lebihhhh ohsem...best!kitorang layan bergambar kat atas ni tanpa henti...dah la takde orang dah masa ni...
lepas puas bergambar kitorang pun duduk berehat...sedang rehat dan minum air dengar suara Dini!haaa sampai jugaaa diorang!hahaha aku ingat dah givap dan patah balik dah...hahaha Dini cakap dia duk motivate diri dia dengan nanti jeles kitorang je ada gambar cantik!tu sebab dia gagah jugak mendaki hingga ke atas!hahaha yeaaayyyy tahniah Dini!hahaha...
lepas lepak seketika, kita mula bergambar balik dengan adanya Dini pulaaa...haaa bab bergambar ni memang semua pantang ajak la kan...sanggup je walaupun panas gila masa ni...redho je la muka sunburn teruk weh lepas snorkeling, tadah muka atas puncak ni...hahaha janji gambar cantik!puas hati semua dapat sampai ke puncak...
lepas hampir sejam gak melepak atas tu, baru la masing-masing turun mengikut paca masing-masing...masa ni Sue dah tinggalkan aku dah, dia cakap dia tau aku dah fit sekarang..gitu kau...tak sesia tau masuk Jom Kurus masa tu...tapi sekarang ni dah fat dah la kan...hahaha...ni cerita setahun yang lepas tau...hahaha...
dan akhirnya kami selamat sampai di jeti semula pada jam 1.30 tengahari...yeay happy sangat akhirnya dapat menawan Puncak Bohey Dulang...ermmmm Puncak Bohey Dulang dah saya daki, puncak hati awak bila lagi?eh...hahahaha...masa jumpa Along balik ni, kecoh gila dia sebab tak sangka Dini berjaya naik sampai puncak...hahaha dia pun tak lopeh lagi...hehehe...
lepas tu kitorang pun naik bot menuju next pulau...masa dalam bot ni, memasing kelaparan, sakan makan breakfast yang tak abes tadi..syiok wooo makan cekodok ketam dan sandwich tuuu...sedap gilaaa...sampai sekarang rasa teringin weh...sobsss...
next kami ke Pulau Matabuan...biot berhenti tengan-tengah laut tu, kita terjun jer snorkeling...masa ni apesal tah aku cuak, so aku masuk air pakai life jacket, tapi tetiba rasa tak best plak...eksyen kan sebab dah berjaya snorkeling tanpa life jacket kat Pulau Mabul...hehehe kat sini cantik gila coral dia...tapi takde gambar plak sebab takde tukang dive ke dalam tu nak ambil gambar...
dan akhir sekali kami ker Pulau Sibuan yang cantik gilaaa pasir dia...sampai tu nampak dah tempat askar berkawal...lepas tu kena jalan kaki pi register diri...jauh gak berjalannya tu, macam belah belakang tempat kami turun bot tu...then kami jalan kaki balik ke bot untuk makan tengahari...
lepas dah kenyang, ayuh laaa kita bergambar...langit biru haritu memang cantik sangat!dah la air dan pulau sini memang cantik gilaaa...memang syiok la bergambar sakan...siap sembang dengan abang askar yang tengah berkhidmat untuk negara kat situ...
lepas sakan bergambar kita terjun masuk laut...budak-budak laki dah pergi ke tengah sikit dah nengok ikan besar-besar katanya...aku plak sebab tak pakai fin, aku jadi malas nak ke tengah, lagi plak nampak karang banyak kat bawah terus cuak takut kena kat kaki aku...hahaha baru half way berenang ke tengah, aku patah balik...last sekali lepak berenang keliling bot jer sambil Dini ambil gambar...paling takleh blah Sue buat drama masa ni...aku nak gambar berenang, dia pun nak...pastu dia lemas!hahaha adoi...kelakar gila...
dan pada jam hampir 5 petang bot kami meninggalkan Pulau Sibuan...dannn semua kami adalah sanagt happy dengan trip ke Tun Sakaran Marine Park hari ni...gila ohsem punya trip, dengan tempat cantik, misi tercapai, kawan gila-gila, makan best...terbaiklah!
sampai di Semporna, sempat minum petang dulu sebelum gerak balik ke Dragon Inn untuk mandi dan solat dannn membongkang!penat gila wei...dalam 8.30 malam baru keluar balik untuk dinner...malam ni kita makan besarrrr...malam last kan...kita ada abalone, ikan, peria, sayur dannn lobsterrr...yezzaaa...nyummeh!puas hati weh makan seafood sedap-sedap dalam trip nih...terbaiklah!
dan lepas dah kenyang, kitorang pun balik ke Dragon Inn...memasing laju je tarik selimut membuta...aku je gigih sorang-sorang transfer dan compile semua gambar dari handphone, GoPro, dan kamera semua orang...hehehe gigih kan sis buat kerja dalam gelap sebab orang dah tidooo...
No comments:
Post a Comment