September 2016 merupakan bulan menyambut birthday yang ke-33!hehee so ada beberapa siri celebration yang dibuat pada bulan itu...memula sekali pada 10 September 2016, aku sekeluarga telah ke Port Dickson untuk bercuti!memula kita singgah dulu makan masak lomak cili api di Kafe Impian berhampiran Giant Nilai...sedap tau masak lemak sini, asam pedas pun not bad...
dari Nilai terus la kita menuju ke Avillion Admiral Cove di Port Dickson...tip kali ni sempena birthday aku dan adik lelaki aku...both of us are September babiesss...hehee soo hotel kali ni ada orang belanjaaa laa...rezekii...hehehe...kita ambil 3 bilik masa ni...
masuk je bilik terus buat sesi tiup lilinnn...hehehe takde la sesi potong kek sebab kek dah siap potong...Anim yang beli kek ni, sedappp gilaaa weh...dengan marshmallow atas tu...fuhhh makan non stop aku weh...hehehe...
petang sikit kita ke Teluk Kemang nak naik kuda la, nak minum coconut milkshake la...nak main pasir laa dan paling best masa ni tengok gelagat anak buah aku yang first timeee kena air laut!ingat takut, sekali dia punya sukaaaa sampai kita risau tengok dia merangkak masuk air tu...kakak dia dulu penakut ngan ombak...hehehe
dan malam tu kita keluar dinner ke Restoran D'Terapung di Medan Ikan Bakar...ada je kedai biasa kat medan ni, tapi abang aku ajak kat restoran tu selesa sikit...aku ikut je la sebab orang nak belanja kannn...hahaha...
aku pun order la ikut nafsu kan...sebab orang nak bayar kan...hahaha semua makanan yang sampai boleh tahan sedappp tapi harga dia leh pengsan wehhh...hahaha...meh aku nak share harga setahun yang lepas...Ikan Sisa Nabi 1.1 kg (RM88), Ketam XL 800g (RM72), Ikan Pari 1.5kg (RM105), Sotong 700g (RM63), Udang XL 600g (RM114) dan Sup Sayur (RM6)...total makan kami pada malam tu dah dekat RM600 weh!haaa mahal gilaaaa kat PD je kot...hahaha pasrah je la abang aku bayar...
dan keesokan paginya, awal pagi pi breakfast...pastu kena melayan anak buah den yang sorang ni sibukk nak mandi pool...orang lain dah laju naik balik, terpaksa Makngah melayan...hehehe dah mandi pastu tak reti nak naik sampai kecut-kecut baru nak naik...hehuuu...
dan sebelum pulang, kami sempat lunch di Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place...sentiasa sedap laaa sini...cuma kali ni dia takde jual wingdah...cuma ada set nasi jer...tak syiok la tak dapat nak meratah ayam...hehehe...dan lepas tu kita pun balik ke rumah...simple jer percutian hujung minggu sempena birthday Makngah dan Ashu...
No comments:
Post a Comment