Monday, August 21, 2017

Bukit Batu Putih, Port Dickson

tahun lepas aku bercita-cita nak buat trip tiup lilin kat Gunung Kinabalu tahun ni...tapi tanya member semuaaa taknak layan cita-cita aku ni...tapi tetiba beberapa bulan lepas ada member ajak pergi next year, memula ragu-ragu sebab berat aku dah menaik dengan jayanya sekarang ni...hahaha fitness level ke laut dah weh...tapi sebab kena paksa, dan konon nak cabar diri...aku pun redho pasrah register juga...so dalam berat menaik dan fitness level merundum, aku plan dengan member opis untuk mula kan training #roadtokinabalu dengan mendaki Bukit Batu Putih di Port Dickson...so seawal 6.30 pagi kami plan berkumpul dan breakfast di R&R Seremban arah Selatan...macam biasa la kalo dah ramai-ramai gini, dari kul 6.30 pagi janjinya, kul 7.30 pagi juga kita gerak ke Port Dickson...ahli jemaah kali ini adalah aku, Zu, Nor, Syu, Kak Ani, Farihah, Ab, Asri dan Kakak BPL bersama anak-anaknya...haaa sampai je Port Dickson, hujan dah turun...agak lebat, so Asri bawa kitorang lepak kat pondok tepi pantai dulu...dalam setengah jam or lebih gak kami melepak sini...
tengok hujan dah reda sikit, jam 9.00 pagi kami pun gerak ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan...sampai je sana, hujan dah turun balik...hahahah tapi kami decided teruskan je la perjalanan sebab dah sampai kan...ada yang bawa payung masa ni, gigih la kan nak hiking bawa payung...oh ya nak masuk sini kena bayar RM1 ye...
memula mendaki ni kat jalan tar je...tapi mendaki kan, still mengah gak laaa...lagi ko kena bawa payung berat, kejar pace member yang laju...hahaha...tapi tak lama pun berjalan...tetiba hujan turun dengan lebat gilaaa...terpaksa laaa kami berhenti di pondok yang pertama...lama juga kami terkandas kat sini...masa tengok jam dah dekat kul 10 pagi aku pun bersuara...macam mana ni, nak teruskan ke...aku ni menyoal dengan niat nak ajak diorang balik je...penat dah asyik terhenti jer...sekali ada laaa suara-suara yang menyuruh tunggu till kul 12 tengahari, kalo tak berhenti gak hujan baru kita balik...hahaha adoi...
dalam setengah jam kot terkandas tu, tengok hujan makin nak reda, so kami redah je laaa...teruskan mendaki jalan bertar tu...sampai laaa kami tiba di pondok keduaaa...haa sebelum sampai pondok ni, ada laluan ke dalam hutan belah kiri...ada signage seperti di bawah ni...so itulah jalan hala menuju ke Bukit Batu Putih tu...hujan lagi masa ni, so jalan memang lecak dan licin...berhati-hati jelah kami...
perjalanan takde la mencabar sangat pada aku...doable la untuk yang gemok dan tak fit macam aku ni...cumanya sebab hujan dan licin tu yang jadi mencabar...masa nak naik ni, dapat la sekali aku jatuh terduduk sebab licin...hahaha dan sempat la juga kita bergambar dalam hujan tu, sesekali nak untuk berhenti dan melepaskan lelah...trek dia kejap naik, kejap turun...
lepas 10 ke 15 minit berjalan dalam hutan tu, sampai laaa kita di batu terakhir untuk di daki sebelum sampai ke puncak Bukit Batu Putih...nervous juga masa nak panjat ni sebab licin batunya...nasib baik ada tali kat situ, so boleh la membantu juga....
sampai kat atas tu terus pergi cari port baikkk nak bergambar...ramai gak orang masa kami sampai atas tu...tapi maybe diorang dah sudah bergambar...so kitorang terus pergi ke belah depan, takde orang dahhh...haaa apa lagi, lepas rehat kejap...terus laaa kita berposing sakannn mengadap lautan luas terbentang tuuu...cantik...cumanya sebab mendung...kalo langit biru, mesti lagi cantik kannn...
lepas dah penat bergambar dalam kesejukan tu, tetiba kami diberi minum kopi kampung yang hangat...haaa Asri bawak dapur gas kauuu...gigih la diorang ni hiker, so biasa bawa benda gitu...Nor siap bawa maggi lagi tau...kita numpang je laaa...
dekat sejam gak kami melepak kat atas Bukit Batu Putih tu...then kita pun bergerak turun semulaaa...masa ni keadaan sekitar dah mula berkabus...sekali Asri cakap macam kat Mossy lah!gituu aku pun feel the same thing...hehehe rindu plak kenangan Mossy...dan masa balik ni, sekali lagi aku jatuh terduduk sebab licin!hahaha...
sampai je kat jalan tar tadi balik, budak-budak ni ajak daki tangga tinggi menuju ke rumah api tu pulaaa...baru nak rehat, dahhh kena mendaki balik tau...pasrah je la kakak gemok ni...hahaha...Asri ingat nak naik ke rumah api je, sekali Nor....
Nor bawa kami berjalan terun menuruni anak tangga yang banyakkkkkkk kat tepi rumah api tu...menuju ke sebuah pantai kecil yang tersorok di Tanjung Tuan ni...bila aku cakap banyak tu, memang banyak tau!dan paling takleh blah, tangga last sebelum sampai bawah tu bapak punya curam dan tinggi-tinggi tangga dia...hazab ok untuk aku menuruni...dalam hati duk pikir, berganda hazab ni bila nak balik kejap lagi...huhuhu...dekat setengah jam juga la kami menuruni anak tangga ni...
sampai kat bawah tu, cantik la juga pantainya...tapi pantai belah barat ni, takde la lawa sangat airnya kalo nak compare laut belah timur sana kan...so kitorang lepak la kejap sambil bergambar kat sini...nak balik awal macam tak berbaloi la plak kan...penat hoih turun tangga...hehee...tapi dah tau penat, gigih la bergambar semua nak melompat-lompat kan...huhuhu...
dan kemudian kami bersama-sama mendaki balik tangga tinggi tuuu...huhuhu memang takdan nak ambil gambar dah weii...penat gilaaa...berapa kali berhenti pun tak ingat...dalam setengah jam juga la nak naik balik atas tu...pasrahhhh je laaa...tapi berjaya juga la kannn...hehehe Alhamdulillahhh...setel misi mendaki Bukit Batu Putih dan menuruni dan mendaki tangga neraka Tanjung Tuan tu walaupun hujan lebat...syukur laaa kami tak mengalah awal-awal lagi...ingat nak balik je...syukur la ada yang suh tunggu till kul 12 tengahari...kalo ikut aku yang lemah ni, kul 10 pagi aku nak ajak balik dah...syukur la ada kawan yang sanggup menunggu dengan sabar aku yang lembab ni...hahaha yeay!lepas ni kita nak aim Bukit Tabur plak la dengan Gunung Datuk...hehehe...insyaAllah....

4 comments:

  1. bestnya pergi bukit batu putih takde orang takyah nak berebut bergmbo

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab hujan kot sebelum tu...lebat gilaaa tu kurang orang...hehehe...

      Delete