Sunday, June 11, 2017

Semangkuk, Batang Benar

duluuu aku selalu datang area Batang Benar ni, berhampiran Exit Pajam, LEKAS Highway sebab ada kedai-kedai jual masakan salai...dulu jual makanan salai je, skang ni dah banyak kedai lain situ, dan paling viral adalah Semangkuk ni...haaa dah lama viral, baru terhegeh-hegeh nak cubaaa...tu pun sebab mak aku cakap teringin cendol durian...hehehe...
kat Semangkuk ni order layan diri ye...so kat atas meja ada menu dan borang, sila isi borang dan bawa ke kaunter untuk bayar...menu sempi...ada segala gorengan berkaitan pisang dan durian, mi bandung series, mi kari series, mi rebus series, bakso series dan sup utara series...minuman pula ada cendol, ABC, shake dannn minuman yang pernah menjadi viral satu ketika dahulu iaitu KELAPA BALDI...hahaha...
jadi mari kita lihat apa yang kami order!haaa seharusnya order Kelapa Baldi la kan...aku order Kelapa Lemon Laici S (RM5.50)...nasib baik tengok size baldi masa order, memula nak amek M je, sekali besar wei...hahaha sedappp air ni, refreshing gilaaaa...tak manis sangat pun...memang sesuai minum petang-petang ni...ahli jemaah yang lain sepakat layan Cendol Durian (RM5.00)...ok la sedap jugaaa....
sebagai kudap-kudapan, kitorang cuba Durian Goreng (RM5.00) dan Pisang Goreng Sambal Kicap (RM3.00)...both menu adalah sedap!durian goreng tu memang isi durian kat dalam dia...nyum nyummm...dannn sambal kicap tu terbaik!hehehe i loike!
dan kami semua sepakat order Mi Bandung Series!hehehe ada yang ambil Mi Bandung Muar (RM6.50), Mi Bandung Udang Banjir (RM14.50) dan Mi Bandung Gearbox Kambing (RM14.50)...semua pun sedapppp!kuah dia sedap weh...aku suka!pekat likat debomb...hahaha dapat plak ratah gearbox kambing, memang terbaiklahhh...hehehe...sedap!aku teringin gak nak makan mi kari dia, tapi tak dan sebab dah kenyang...next time la kita terjah lagi...hehehe overall harga ok, makanan pun ok...cumanya payah nak dapat tempat duduk dan sedikit panas laaa...hehehehe...

2 comments: