Tuesday, June 13, 2017

Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai

masa on the way balik ke KL dari Kamunting hari tu, aku sempat singgah lunch di salah satu tempat yang dah lamaaa teringin nak pergi iaitu Nasi Bamboo Sungai Klah di Sungkai, Perak...gigih tau singgah sini sorang-sorang...hehehe terletak tak jauh dari Exit Toll Sungkai tu jer...besar gila kedai ni, banyakkkk gila meja diaaa...masa sampai ni baru jam 11 pagi, tapi dah ramai gila orang...
style kat sini kena ambil makanan di kaunter yang disediakan dan bayar terus...so ada kaunter untuk Nasi Kukus Bamboo, ada kaunter lauk-pauk bakar, kaunter lauk-pauk lain dan juga kaunter minuman...masa sampai ni ok lagi la, tak ramai yang beratur di setiap kaunter...kalo pi ramai-ramai leh agih tugas sorang ke setiap kaunter...tapi bila sorang ni, payah gak ler...hehuuuu tapi lauk pauk kat tempat bakar tu memang menggodaaaa, rasa nak ambil semuaaa...hahahaha
selepas bergigihan beratur di kaunter, marilah tengok hasilnyaaa...hehehe aku tamak tau...aku ambil Nasi Buluh Set (RM3.20)...dia bagi nasi dalam buluh, kuah kari, sambal, dan ulam...pastu aku ambil Ayam Kampung Bakar Bunian (RM8.90) dan Kambing Salai Buluh Perindu (RM11.00)...overall makan tu, ok laa makanan dia...takde la sedap gilaaa, tapi boleh laaa...hehehe ayam tu kering sikit pada aku...dah la nak peha, takdeee...kambing tu lembut la, kuah pedas dia tu buat dia lagi kick...nasi tu macam nasi biasa, takde la wangi harum ke apa pada aku...maybe sebab unik kot...hehehe...so boleh la kalo nak mencoba ye kawan-kawan...hehehe...

No comments:

Post a Comment