Friday, November 5, 2021

Pulut & Kopi, Bandar Teknologi Kajang

sejak akhir-akhir ini banyak betul gerai atau kedai kecil yang menjual kopi dibuka...dah macam trend plak kan...memasing melawan nak tampilkan kelainan untuk mencuri hati si peminat-peminat kopi ni...aku ni bukan la gila sangat layan kopi pun...aku ala-ala social coffee drinker je...gituu...hehehe...so suka gak laa pi usha gerai comel-comle jual kopi ni...so antara yang aku pernah terjah adalah Pulut & Kopi yang terletak di Bandar Teknologi Kajang...comel je gerai kecil tepi jalan ni...masa aku sampai jam 12 tengahari ni diorang tengah setup...so ngam la takde orang lagi...
masa dia tengah nak buat order aku, orang dah mula ramai beratur belakang aku...hahaha patut la aku baca kat IG diorang ni, diorang buka sampai sold out je...so better la datang awal kalo taknak kempunan...hahahah so malas nak cuma yang beriya sangat so aku just order Hazelnut Latte (RM8.50) bersama Pulut Sambal Bilis Petai (RM7) dan Pulut Rendang Daging Hitam (RM7)...dah dapat makanan kita sibuk la ambil gambar kan...almaklum kopi comel-comel gini kan memang IG worthy...hehehe....
dan sebelum aku blah, aku tengok memang makin ramai kereta berhenti dan orang mengerumuni gerai kecil yang simple dan comel ini...hahaha murah rezeki adik ni kan...aku suka betul tengok orang muda berniaga, buat comel-comel untuk tarik perhatian pembeli...lagi adik ni pandai sebab dia tau rakyat Malaysia sekarang selain gila kopi, gila bergambar masuk IG gak...hahaha termasuk la yang menaip ni juga...hehehe...
dan untuk rasa pula, aku suka je kopi dia...sedap pada aku...aku ni takde la reti nak review kopi macam peminum tegar tu...tapi untuk aku sedap dan kena kat tekak...tak manis sangat dan sedap...dan untuk pulut dia plak pada aku sedapppp...lembut je pulut dia walaupun ikut aku makan dah lewat petang...rendang daging hitam dia sedapppp...cuma sambal bilis petai dia tu macam pedas melampau sangat pada aku sampai tak rasa sambal dah....hahaha slack betul pada aku sebab pulut dah sedap dah...so korang kalo nak layan kopi ngan pulut, haa sila la terjah Pulut & Kopi di Bandar Teknologi Kajang tu yaaa...ok bai!

2 comments:

  1. mungkin cili kering yg digunakan utk buat sambal tu jenis yg pedas... nowadays cili kering kena pandai beli..ada jenis x pedas, pedas dan super pedas ..

    ReplyDelete