Wednesday, November 18, 2020

Garage Kitchen, Bandar Puteri

ok hari ni aku nak share satu kafe kat Bandar Puteri dan Bukit Mahkota ni iaitu Garage Kitchen...selama masa PKP tu ada la juga beberapa kali adik aku order makanan dari kafe ni sebab sedap...sekali turn out, rupanya kafe ni adalah kafe kawan sekolah menengah aku...so ada sekali tu nak celebrate anniversary mak abah aku, aku ajak semua family aku makan kat sini je...saje la jumpa member dah lama tak jumpa, support bisnes member kan...dan untuk kaki motor, sebelah Garage Kitchen ni ada kedai motor apetah untuk dyno ke cuci ke camtu la...aku tak paham sangatt....hahaha...
aku memang dah biat reservation siap siap, then petang sebelum kitorang dinner, adik aku dah pi dulu hantar kek...so sekali dia buat order la untuk kami semua...aku lupa nak snap menu, hahaha makanya takde menu la ya dipamerkan di sini...sebabnya sampai dah siap order kan...tapi memang banyak la makanan yang kami order malam tu dari steak, lambchop, chicken chop, salmon, dan pelbagai jenis pasta...makanan dia ok la ada yang sedap, ada yang biasa je...abah aku cakap sedap sos black pepper dan steak dia, lambchop aku pun ok...chicken chop dan salmon pun sedap...pasta dia mak aku rasa biasa je, tapi pasta kids meal anak anak buah aku suka, dah la kids meal tapi portion orang dewasa!banyak gilaaa...hahaha...harga pun sorry aku tak dapat nak share, tapi aku rasa total habis malam tu tak sampai RM200 pun untuk semua orang...ok la kan ramai kot kami ni...
dan dah habis makan tu, staff kedai buat surprise bawa keluar kek anniversary mak abah aku...hahaha terkejut la mak abah aku kannn...hahaha takdan makan kek kat kedai pun, abah aku ajak balik rumah...makan kek kat rumah...cucu cucu dia pun sibuk nakpi umah atok opah, haa ye la, moh la kita sambung celebrate kat rumah jeee...
sebelum balik, sempat la aku sembang dengan member aku, Muzammil, owner tempat ni dengan family dia...jumpa wife dia semua...haaa last bila tah aku jumpa Muzammil ni, dah lama sangat dah...sib baik dia kenal aku lagi kan...dia siap nampak abah aku masuk dulu kedai tu dia cam dah...ni ayah Dayah ni dia cakap dalam hati....hahahaha...amboi kan, bapak aku yang femes ni kenapa?hahaha...

1 comment:

  1. Ade open utk delivery ke skg ni? Wassap sket no. fon garage kitchen. Wassap ke no. 0195505015 (Basyir). Thank you

    ReplyDelete