Wednesday, November 11, 2020

Lexis Port Dickson semasa PKPP

adoi ini kali pertama aku bercuti dengan keluarga lepas PKP, so sebab kan last minute plan memang banyak tempat dah fully booked!tapi sebab semua sibuk nak bercuti gak, Abah sibuk nak Port Dickson sebab nak bawa cucu dia mandi laut kononnya...last sekali percutian jadi nightmare!hahaha taknak dah aku bawa family bercuti tempat ramai orang ni weh...huhuhu trauma...ok percutian dimulakan pagi Sabtu aku siap masak nasi lemak, sambal sotong dan goreng drummet dan nugget untuk bawa bekal ke Port Dickson...
so lepas Zohor macam tu kami pun bergerak menuju ke Port Dickson...ok sampai sampai je dah jammeddd okayyy...sebabnya ramai gila melepak kat semua pantai yang ada kat Port Dickson tu...ko bayang la pantai kat Batu 4 pun jemmm, apetah lagi Telok Kemang kan, so sebabkan jem sangat ni, aku awal awal dah cakap tak payah pi Telok Kemang, mandi kat pantai area hotel je nanti....ye la, stuck kat sini je dah dekat sejam!sobbbs!
untuk percutian kali ni kami stay di Lexis Port Dickson...masa nak masuk sini nampak panjang gila beraturrr kereta tau...sekali rupanya tu nak masuk ke Glory Beach Resort sebelah Lexis ni...so sampai depan Lexis, kena beratur kereta lagi sebab diorang buat check suhu secara drive thru kat luar ni lagi...selesai check suhu, aku naik parking dan ke lobi tunggu adik aku setelkan urusan check in...masa ni abang aku tak sampai lagi sebab dia konpiden pergi ke Lexis Hibiscus sebab ingat aku booking sana...choi!hahahaha....
urusan check in takde la lama sangat tapi bila dengan orang tua, budak budak kat rasa lama juga la tunggu adik aku...nasib baik laa tak sesak mana masa ni...kami memang datang awal sikit nak elak sesak...nasib baik gak ada tempat menunggu kat kafe dia, siap bagi welcome drinks...ok la kan...selesa sikit nak menunggu tuuu...
so sebabkan kami ambil water villa, makanya nak pergi ke bilik kena naik buggy...haaa berhambat la sampai dua buggy kan, sebabnya beg je dah berapa banyak dah, tak masuk manusia lagi...hahaha anak anak buah aku pun dah pandai nak beg sendiri semuanya...nasib baik la awal, tak ramai manusia lagi, makanya cepat je dapat buggy...
sampai bilik, ok la kami dapat bilik sebelah menyebelah...aku rasa ni first time aku duk Lexis ni, dulu pernah duduk Grand Lexis yang dalam bilik ada pool tu, tapi yang ni takde pool, ada bath tub jer...yang Hibiscus je laa tak pernah nak merasa duduk lagi...kena tunggu orang belanja la kot...hahaha so boleh la bilik Lexis ni, besar, cuma nampak lama sikit laaa...masuk pintu je adalah toilet, dan bilik mandi...then baru masuk bilik...rasa insecure nak mandi!hahahaha...
setiap bilik ada katil king dan queen...so aku stay dengan abang aku dan family dia...haish kecoh anak anak buah aku macam macam soalan...terutamanya bila kita nak pergi mandi pantai makngah...sobss korang tak nampak keee panas ya amat kat luar tuuu...huhuhuhu...kecoh memasing excited dah lama tak bercuti kan...hahaha tapi sebab dah lapar, kita makan duluuu bekalan yang kita bawa tadi...ingat nak piknik kat Telok Kemang makan bekalan, tapi dah macam ni lagunya, makan dalam bilik jer laa....
lepas dah makan, rehat semua petang sikit baru laaa kita bersiap nak ke pantai...kecoh tak henti tanya bila nakpi pantai kan...so kita pun bawa laa...so aku ni ingat pantai kat Lexis ni macam private pantai la kan...sekali rasa nightmare rupanya pantai share dengan Glory Beach Resort, apartment ramai orang sebelah tadi...sebabnya Lexis mana ada pantai, villa pun atas air kan...ya rabbi trauma gilaaaa aku tengok ramai orang weh...bawak budak budak dan orang tuaa...rasa insecure gilaaa...hasilnya aku anxious sepanjang masa...huhuhu...ko pi tepi ada orang, tengah ada orang...eh semua tempat penuh manusia lah!aku siap emosi bila nampak orang dekat dekat dengan anak buah aku...huhuhu...
setel mandi semua, aku balik bilik duk bebel la ramai orang apa semua kan...so kami decide untuk makan malam tu kita Food Panda je la...adik aku order dari kedai nasi arab yang agak famous di sana, aku lupa namanya...lepas Maghrib tu aku terlelap!sekali bangun kul 9 malam, makanan tak sampai lagi!gila lah...adik aku cakap beberapa kali order dibatalkan...pastu lambat gila makanan sampai, bila makanan sampai pun order tak cukup...gila lah dah la lapar, memang menguji kesabaran semua....sib baik aku tido, kalo tak lagi bertambah emosi laa weh...sayu laa makan malam kul 9 lebih kat balkoni bilik sambil dengar soalan anak buah aku, eh nape makngah tido bilik kitorang?makngah takde bilik ke...ewah kau, kau tau tak makngah yang bayar bilik kau ni...hahahaha....lepas tu malam tu tido sebelah makngah, habes di sepak sepak nya makngah!hahaha stress aku!
dan bangun esoknya aku plan nak pi hiking Bukit Batu Putih, tapi hujan renyai renyai plak...huhuhu so sambung tarik selimut je la kita kannn...then kak ipar aku pergi breakfast, aku malas dah fikir mesti ramai orang kan...tahan je la perut...sekali kak ipar aku balik bawa makanan...rupanya musim PKPP ni, diorang takleh dine in pun, dah siap siap tapau, pilih je nak set mana...then balik makan di bilik...haaa bagus juga la kan...
dan setelah selesai makan, takde dah makngah nak bawa mandi pool bagai...makngah is trauma orang ramai..huhuhu so kami bersiap, nak check out awal sebab nak elak jem kat depan lobi hotel karang...so awal kami dah check out...huhuhu aduhai, lepas tu aku dah cakap dah kalo nak bercuti keluarga lagi, cari la banglo ke villa yang private je la, tak payah campur ramai orang...aku rasa risau je sebab ada orang tua dan kanak kanak...cakap la aku over ke apa, tapi tu la yang aku rasa tau...huhuhu kalo aku sorang je, aku takde rasa gini, ni ramai ramai anxious dia lain macammm...hehuuu...ok bai Lexis, bai PD...taknak datang dah dalam waktu terdekat, melainkan ada orang nak belanja aku duk Hibiscus!hahahaha...ok bai!

6 comments:

  1. #kitajagakita

    Pernah nginap kat sini.. bawa perangkap ketam hulur dari balkoni.. dpt banyak juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah yeke? Menarik tu...tak pernah plak nampak ketam kat situ...

      Delete
  2. Nk salahkan org ramai xleh juga sb kita juga menyumbang kpd peningkatan org di sana. Xnk ramai..duk rumah jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Or else kita ada pilihan mana nak bercuti juga. Pi la duk chalet yg xde org or now byk je banglo siap ada pool.

      Delete
  3. Salam bang, masa check in tu dia ada minta guest form semua tak?

    ReplyDelete