Wednesday, November 25, 2020

#daridapurdj ~ Tauhu Berlauk Viral

yeahhhh #daridapurdj kembali lagi...hahaha haa kali ni aku nak share menu mudah sempena menghabiskan dada ayam yang tak laku kat rumah ni sebab kat rumah aku ni orang tak makan sangat dada ayam kalo masak biasa...hahaha so sempena tak membuang je dada ayam tu, aku kena fikir menu yang diorang akan makan. So antaranya adalah TAUHU BERLAUK VIRAL yang sedap ini...memang senang dah mudah sangat nak membuatnyaaa...hehehe...so jom!resepi ni pun aku Google je masa PKP dulu...hahaha masa PKP je rajin masak ambil gambar bahan bahan semua...hahaha...

Cara caranya adalah:

1. Blend lumat 4-5 keping dada ayam, 3 keping tauhu petak, 2 tofu telur

2. Hiris halus or sis blend kering kasar 1 biji bawang holland, 1 biji carrot, daun bawang dan daun sup. Sis lupa cili merah...
3. Gaul kan kedua dua adunan (1) dan (2), dan masukkan 3 biji telur, pati serbuk ayam, lada sulah, sedikit garam (jangan banyak sangat sebab pati ayam dan lada sulah dah ada garam gak) & gaul lah sebati semuanyaaaa...nak letak lada hitam pun boleh

4. Masukkan adunan dalam bekas dan dikukus selama 30 minit. Kalo ada bekas kecik kecik dadih lagi senang tak payah potong later
5. Dah siap kukus tauhu berlauk ni, biarkan sejuk. Dah sejuk leh laaa potong potong ikut size kita suka.
6. Dan tiba masa nak makan tu boleh la goreng tapi kena celup telur dulu. Guna api kecik yaaa. Haaa aku cuba dua cara nak goreng ni. Pertama campur tepung dalam telur, then baru gaulkan dengan tauhu berlauk dan goreng (seperti gambar pertama di atas). Yang kedua aku salut tepung kat tauhu berlauk dulu baru celup tepung dan goreng. Hasilnya yang KEDUA lebih sedap!rupa dia seperti yang di bawah ini...
Haaaa apa lagi, cuba laaa uolsss...enak dimakan begitu saja or dengan kicap cili or cili sos. Leh buat minum petang or makan dengan nasi. Sedappp dimakan masa panas panas...kalo ikut sebijik resepi sis ni, leh la buat 2 kali makan. Leh buat banyak banyak simpan frozen jugaaa. Nyummehhh!sekian, selamat mencobaaaa uolsss...muahciked! #daridapurdj

4 comments:

  1. sedapnya..cara goreng kedua tu, salut telur dulu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha yup celup telur dulu br tepung. Nmpk dah typo tu tp mls nk baiki hahaha

      Delete
  2. Dah cuba hari tu, memang sedap!
    TQ sis <3

    ReplyDelete