ada satu masa tu, Kak Dora ajak aku jumpa...aku cakap ngan dia boleh tapi aku nak hiking dulu...hahaha so kami jumpa di Bukit Wawasan Puchong...masa ni first time hiking lepas PKP so terkejut tengok kena beratur sebelum masuk...pintu masuk hanya dibuka selepas jam 8 pagi tau...huhu pastu nak masuk kena pakai mask, sib baik adik depan aku bawa extra, so dia bagi aku satu...hehehe tapi lepas tulis nama je kena pakai, dah start hiking tu takpayah pakai dahhh...hehehe so hiking hari tu tersangat lah mencabarnya sebab lecak gila trek!rupanya malam sebelumnya Puchong hujan lebat gilaaa...masa ni mencabar kesabaran dan mental gak sebab dengan lecak dia, dengan Kak Dora yang tak habis habis mengaruk dia sebab dia tak sangka trek payah gila macam ni kan...memang banyak bersabar aku masa ni...huhuhu dah almost 4 jam weh dari masuk sampai keluar!gila lamaaa!hahaha dah macam naik Gunung Angsi!hahaha...
lepas dah berpenatan hiking tu, duk pilih tempat nak makan, Kak Dora suggest ke DapoPuro yang terletak di Puchong gak...tak jauh laaa dari Bukit Wawasan ni, makanya ayuh la kita ke sanaa...Dapo Puro ni menyediakan makanan Sarawak!yeahhh tak sabar...excited tau tengok menu ada macam macam menu Saghawak!ada mi kolok, laksa sarawak, nasi goreng dabai, mihun belacan...macam macam lah!siap white lady pun ada tau...soooo authentic Sarawak tau...aku suka!dah la staff dia ke owner dia tah pun peramah gilaaa...
selain yang dalam menu, DapuPuro ni ada juga menjual pelbagai makanan Sarawak yang lain macam contoh kek lapis, ada mi sanggul, pes mi kolok, umai dan macam macam lagi lah...menarik gilaa...aku sempat laa belikan kek lapis untuk mak aku...aku rasa orang Sarawak mesti seronok datang sini dapat beli stok makanan Sarawak banyak banyak tak payah balik kampung dah....hahahaha...
dan taraaa ini la menu yang kami cuba...kami layan umah iaitu macam salad ikan mentah yang sedappppp!pastu layan mi kolo dan laksa sarawak!both are sooo sedap!aku suka...eh sedap lah...rasa macam pergi ke Kuching!hahahaha!alaa rindu la nakpi Kuching...patutnya hujung bulan November ni aku pi Kuching tapi nampak gayanya macam takde la tu kan...sobsss...
overall aku rasa makanan kat sini sedap...dah la tengah makan, ada busking lagu best best...staff dia semua sporting siap menari nari...hahaha memang layan juga laa aku rasa weh kat sini...sambil melepak sambil layan busking...lagu lama lama yang asyikkk...hahaha....makanan pun tak mahal sangat...aku rasa dalam RM50 je termasuk kek lapis yang aku bawa balik...nyummeh!
No comments:
Post a Comment