Wednesday, June 10, 2020

Dua Belas Minggu dengan Perintah Kawalan Pergerakan (B)


3 Jun 2020 (Day 78)...minggu terakhir PKPB...aku masih cuti lagi hari Rabu ni...so bangun pun lambat lambat laaa malas nak bangun awal...duk melingkar atas katil...hahaha turun dah dekat tengahari, aku terus masak nasi goreng kampung dengan telur mata kicap!hahaha senang cerita, malas nak masak banyak kali kan...so menu terus untuk breakfast dan lunch!hahaha...then untuk dinner, aku order Kyochon guna Grab Food, then aku buat Maggi Kari, dan makan dengan Kimchi....ya ampun nikmatnyaaaa...rindu Korea woi!
4 Jun 2020 (Day 79)...hari pertama kerja setelah sebulan lebih WFH dan sebulan bertugas di CPRC...plan asal aku nak cuti seminggu, tapi sebab ada mesyuarat pelan tindakan, dan memandangkan aku takde boss dah tahun 2020 ni, direct dengan Pengarah, makanya aku kena laa masuk mesyuarat macam ni...sobbbsss...pening pening gak meeting hari ni, nasib baik half day je...sebabkan tak breakfast, aku order 4Fingers untuk lunch...then petang aku setelkan urusan claim semua yang dah tertangguh....petang sikit kelaparan, nasib baik ada orang bagi chicken pie sedap ya amat nih!hahaha 3 bijik aku telan!hahaha.....
balik tu aku ke Alamanda then IOI sebabnya nak cari handphone!huhuhu beberapa hari lepas hp aku jatuh atas jalan tar, dah a few times sebenarnya tapi kali ni terus kelip kelip takleh touch dah screen dia...terpaksa laa carik handphone malam tu...masa tunggu hp siap tu, aku lapar gila sampai sakit kepala tapi aku macam takde keberanian lagi nak makan kat kedai...huhuhu banyak imaginasi liar aku ni, sebabnya aku kan belajar microorganism, virus semua ni....so aku ada imaginasi dia hahaha!so memang tahan lapar, sampai rumah kul 9 malam tu 2 pinggan aku makan nasi ayam mak aku...hahah!

5 Jun 2020 (Day 80)...aku plan ngan member nak celebrate birthday Cikwan dan bis boss sekali...so awal aku kena keluar rumah sebab nak ambil tauhu bergedil dan brownies yang dah order...sampai opis kalut la memasing plan nak surprise kan kawan...memula panggil Cikwan lepas tu baru big boss...hahaha siap tipu bagai buat drama kan...ketua dia Kakmyza laaa hahaha...yeay surprise berjaya!lepas tu sakan makan nasi kerabu sedap gilaaa by Kakmyza, Faried goreng ayam dan keropok...ya ampun bertambah aku makan!hahaha...
habis makan tu, bosses ada meeting tentang update post cab....so masa ni semua bos opis aku dah dimaklumkan dah pasal PKPP ni, so sebab tu aku dah tahu awal dah pasal PKPP ni, so ada la beberapa orang tanya tu, aku bagi hint dahhh....hehehe...pastu kami sambung mesyuarat pelan tindakan semalam...ya ampun sampai jam 6 petang tau meeting...rasa penat otak!hahahaha...balik tu aku terus pengsan!
6 Jun 2020 (Day 81)...hari Sabtu menjelmaa...yeay sukanyaaa weekend!hahahaha bermalas malasan lagi pagi tu, turun je adik aku datang bawak lauk...yeay tak payah nak masak masak dah kannn...dia buat tomyam salmon belly, ya ampun sedap ya amat!aku memang makan nasi dengan tomyam dalam mangkuk, supaya leh banjirrrr...hahaha lepas makan aku keluar pergi Jaya Grocer dan kedai aceh beli barang dapur sikit...
sampai rumah tu, adik aku beli durian sampai 10kg!abang aku siap datang ambil durian lagi...then petang tu mak aku masak kuah durian...ya ampun tempting gilaaa...huhuhu dan lewat petang tu kami dapat perkhabaran staff abang aku meninggal dunia...masa ni abang aku cakap, jenazah kena buat test Covid19, aku memang tahu procedure skang camtu...tapi tetiba aku jadi cuak gilaaa...huhuhu sebab nya aku duk overthinking, kalo arwah positif macam mana?abang aku kerja je ngan dia minggu sebelum tu, then abang aku ada anak anak, dia datang rumah aku ambil durian...huhuhu eh semua la aku duk bayang...aku kan leh imaginasi bentuk virus tu gerak gerak...hahaha!malam tu anxious gila gak aku laa...huhuhu....
7 Jun 2020 (Day 82)...dan hari Ahad tu, hati still tak tenang...beriya aku minta kawan yang kerja lab semak result staff abang aku tu tapi tak dapat...huhuhu so pagi tu dalam tak tenang, banyak gak aku layan roti dengan kuah durian mak aku...sedap ya amat la hai!hahaha...lepas makan kuah durian, baru la semangat nak masuk dapur...
untuk makan tengahari tu, mak aku dah siap masak gulai lemak udang dah then dia goreng paru garing...so aku plak gatal gak nak masak....tengok ada sekeping daging steak dalam peti ais, aku keluarkan...sementara nak thaw tu, aku google la resepi cari ilham...last aku buat masak black pepper je...ya ampun sedap gila sebab daging tu lembut gila...pastu ada sekeping marinated lamb dalam peti ais tu, aku grilled je la untuk aku sorang...kemain nikmat lunch aku hari ni...hahaha dan malamnya aku masak nasi goreng cina yang menjadi pojaan hati ramai...hahaha mau tak nya, extra kulit ayam kauu....hahaha!
dan petang tu kita pun mendengarlaaa perutusan PM...tapi aku takde la excited sangat sebab dah tahu kannn yang PKPP akan diadakan sehingga 31 Ogos 2020...cumanya happy la dah leh rentas negeri dan banyak kelonggaran dah diberikan...hehehe...Alhamdulillah...rasa nak roadtrip tapi macam sayang duit plak!hahahaha....

8 Jun 2020 (Day 83)...hari Isnin tapi cuti sempena besday Agong...so hari ni aku semangat memasak sebab ada orang datang rumah...so pagi aku siap masak soto tak berapa cukup sifat, tapi sedap la pada aku sebab dah ada ayam, begedil tu kan...takde kacang ke, suhun ke tu takde hal lah...rumah ni janji banyak buat begedil, on la soto nya tu...hahaha...pastu sebabkan tetamu cakap nak bawak kambing bakar, makanya aku pun masak laaa nasi goreng cina sekali lagi atas permintaan ramai...gitu....kemain penuh meja, makan sampai kenyang!Alhamdulillah...malamnya sakan aku layan cerita korea...adoi, dah melekat dah aku ni dengan cerita Dinner Mate dan Fated to Love Youuu...hahaha!
9 Jun 2020 (Day 84)...hari kerja dan ada majlis bacaan yaasin wing aku pagi ni...gigih la aku bangun awal gila goreng tauhu bergedil yang aku dah siap frozen kan haritu dan juga kukus lemang sushi aku...then kul 7 lebih aku dah keluar rumah nak pergi ambil pulut kuning yang boss minta aku tolong order...Alhamdulillah majlis went well dengan mengamalkan penjarakan sosial gituuu...makanan pun sedap sedap belaka...syukur...
dan masa lunch hour sempat la aku dan Nor lari kejap ke CPRC menziarahi rakan rakan di sana...ecewah sambil tu nak mintak sign boss!hahahaha masuk masuk je memekak macam apa je kan...kecoh sangat sedangkan semua duk tekun buat kerja...hahaha...then sempat la pi bilik team kluster gak....rinduuuu...hahah ALhamdulillah dah dua hari ni kes 1 digit kan....doala semoga terus turunnn...insyaAllah...pastu sempat juga bergambar dengan Datuk Dr Rohaizat, TKPK Perubatan yang akan bersara soon!haa kenal tak sape tu, alaaa yang selalu diri sebelah DG masa sidang media tuuu...hehehe...masa balik tu, Nor cakap, kalo datang CPRC ni happy semacam rasa taknak balik opis!hahaha syukur la kitorang diberi rezeki enjoy duk kat CPRC kutip ilmu dan pengalaman....hehehe....
so dengan ini, habis laaa cerita mingguan aku untuk PKP ni yaaa....dari 18 Mac 2020 setia aku buat laporan harian, tapi ni dah masuk PKPP ni, minggu ketigabelas PKP ni, aku malas dah nak buat catatan sebabnya dah back to normal dah life kita ni, cumanya dengan mematuhi SOP la kan...dan juga new normal...good luck Malaysian, now masa depan negara bukan lagi tangan frontliner yang dah penat bertungkus lumus selama ni, now semuanya di tangan kita...Malaysia boleh!
so aku share gak laaa karangan kat bawah ni kat sini, sempena kenang kenangan kita dengan kenangan yang tak mungkin kita lupakan ni...ada rezeki dan panjang umur mayb boleh bercerita pada anak cucu kelak...insyaAllah....ok bai!

PKP Akan Menjadi Sejarah Negara Yang Terpahat Dalam Kenangan
Kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur šŸ˜¢šŸ˜¢
Takkan sesekali aku lupa...
FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020
FASA 5: 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)
FASA 6: 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)
*(PKPB) - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Perintah Kawalan Pergerakan seluruh šŸ‡²šŸ‡¾
šŸ“ŒTiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
šŸ“ŒPKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
šŸ“ŒTiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
šŸ“ŒTiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
šŸ“ŒTiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.
šŸ“ Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
šŸ“Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
šŸ“Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.
šŸ“Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
šŸ“Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
šŸ“ Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
šŸ“Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
šŸ“Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
šŸ“Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
šŸ“ Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
šŸ“Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
šŸ“Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
šŸ“Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
šŸ“Taman permainan kanak-kanak ditutup.
šŸ“Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
šŸ“Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
šŸ“Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
šŸ“Rak-rak di kedai menjadi kosong.
šŸ“Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
šŸ“Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
šŸ“Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
šŸ“Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
šŸ“Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
šŸ“ Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
šŸ“Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
šŸ“ Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
šŸ“Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
šŸ“ "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­šŸ˜­
Nikmat mana lagi yang kita dustai?
Lakukan kebaikan antara satu sama lain Sayangi antara satu sama lain
Sentiasa menyokong antara satu sama lain
Kita semua adalah satu ! ❤️šŸ‡²šŸ‡¾❤️šŸ‡²šŸ‡¾❤️
akan jd kenangan abadi selamanya...

2 comments:

  1. Assalam Dj, gambar selfie ramai2 dalam bilik CPRC tu. Yang hujung sekali pakai tudung warna pink purple tu muka familiar la. Yang selalu travel dengan DJ kan. Haritu pernah terjumpa dia dekat airport.

    ReplyDelete