Friday, June 5, 2020

Hayyan Huda Opah's Kitchen, Seremban

masa aku dapat invitation ke Encore Melaka bulan Februari yang lepas, aku sempat laaa singgah makan ke beberapa tempat...haaa yang pertama nya adalah di Hayyan Huda Opah's Kitchen, Seremban...ye la dah dari KL tu, kami singgah la Seremban dulu untuk lunch...so Hayyan Huda ni actually adalah milik keluarga mertua Dr Ezani Masterchef, owner Pastribella The Bakeshop...terletak dalam kawasan Kampung Bukit Temiang, Seremban....cantik kedai ni, dah lapang sungguh kawasan parking dia, siap ada surau lagi kat kawasan parking tu...nice...
saat melangkah masuk je ke kedai aku rasa, wahhh bestnyaaa...nak masuk kena buka selipar tau, so memang rasa feeling at home sangat...environment dia best, bersih...lantai tak melekit dan bersih je tau...aku kagum...toilet pun sangat bersih...besar belah dalam kedai ni, dan sangat selesa aku rasa...terus plan later nak ajak family aku plak datang makan kat sini...sebab aku suka environment dia...haaa see first impression tu sangat penting tau...heheee...
haa dan paling penting, masuk je kita disambut dengan pelbagai jenis manisan moden dan tradisional tauuu...kek kek dikatakan dibawa dari Pastribella The Bakeshop, manakala manisan tradisional seperti kuih koci, kuih tako dan sebagainya dibuat di sini...ya ampun menarik sungguh tauuu rupa rupa manisan diorang ni...masa kami sampai ni memang agak penuh la meja manisan dia, masa nak balik lagi la penuh!hahaha...
duduk je, kami disapa mesra oleh owner kedai ni...dia bagi menu dan juga borang order...haaa menu kat sini kebanyakkan nya menu Nismilan la kan...masak lemak cili api...ada ikan, udang, daging salai, sembilang salaidan telur itik...harga adalah bagi setiap portion, boleh la makan 2, 3 orang kalo ada a few lauk share kan...selain masak lemak cili api, diorang juga terkenal dengan asam pedas...dan pelbagai lagi lauk pauk kampung sepertirendang ayam kampung, sembilang balado, sambal udang dan macam macam lagi...
lepas dah order, tak lama dia hantar air dan kacang buat kudap kudapan...masa ni aku amaze lagi ngan kebersihan kedai ni...plus aku sempat intai dapur diorang pun bersih...so aku kagum!hahahaha!omg cemana leh bersih gini kan...oh ya masa ni kawan sekolah aku, Sukur sampai...aku saje contact dia sebab rumah dia dekat dengan kedai ni...lama tak jumpa member, lepak la jap sembang kan...kemain la Sukur ni mentang mentang kampung dia, habis semua orang kenal dia...hahaha tak hagak hagak...hahaha...
sambil sembang ngan Sukur, tak lama tu makanan sampai...terkejut Sukur tengok makanan kami kemain banyak...hahaha!tamak la kan nak rasa semua kalo boleh....hahaha haa aku suka diorang pakai pinggan lama ni...dah la hantar pakai dulang...olskool sangat kannn...hahahaa haaa meh layan apa kami order...so selain nasi la kan, kami order masak lemak cili api daging salai (RM12), masak lemak cili api ikan masin ( yang ni silap order, sebenarnya nak order ulam dengan ikan masin tu sebab bau ikan masin dia semerbak!), sambal udang petai (RM15), ayam kampung masak kicap (RM10) dan kangkung belacan (RM5)...ok laa boleh tahan sedap...cumanya bukan pure Nismilan la pada aku sebab tak cukup kick pedas dia...hahaha tapi untuk orang luar yang nak cuba try makanan Nismilan, boleh la ke sini...dia macam dah komersial sikit, aku ni lidah kampung sikit...hahahaha!tapi kan aku nampak meja lain semua order Siakap Goreng Cili Api tau, eh rasa geram plak tak order gak yang tu....hahaha tamak gila kan...
dan kami juga sempat merasa satu slice cheesecake yang ada kat situ...sedap laaa...then masa nak balik pun sempat laa tapau beberapa bijik kuih tradisional macam koci...tapi rasa nya sampai ke sudah tak makan pun kuih tu sebabnya lepas tu kemain banyak kedai makan kami singgah lagi...hahaha membusuk dalam kereta aku je laaa jawabnyaa!hahahaha...
dan dari Hayyan Huda tu kami terus menuju ke Melaka, tapi sebelum sampai bandar Melaka, kami ke Masjid Tanah dulu...masa ni aku duk sakan shopping baju nakpi ke Maldives di Curvafabulous...hahahaha plussize brand yang aku sukaaaa...dari plan nak beli satu je, sampai tiga baju aku beli kat sini...hahaha sis tak kuadddd...then sempat kami singgah solat berhampiran sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Melaka...

6 comments:

  1. Sedapnya masak lomak salai nismilan!
    Kedai pun bersih, menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kedai dia bersihhh je...makanan dia pun not bad

      Delete
  2. Sekarang lagi ok..tapi kena lepak lama2..cover cost..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha last year pnah pergi gak okay la makin majuuu

      Delete