Sambungan dari: The Old Mark Cafe, Melaka
selepas layan persembahan di Encore Melaka, kami nak balik dahhh....tapi sebelum balik nakpi makan dinner dulu...kami nak makan seafood dan kami telah ke Ikan Bakar Muara Sungai Duyung!haaa aku dah a few times pergi sebenarnya..tapi tiap kali pi takdan buat review sebab kalut beratur nak order sebab ramai gilaaaa orang!kat sini aku pernah siap beratur nak dapat nombor meja dulu, lepas beratur balik nak order makanan!memang ramai gila orang, tapi sedappp dan harga berpatutan...tapi rezeki kali ni pi, takde orang sangat!haaa dapat la peluang nak buat review dan share dengan korang!hehehe...
masuk je terus diberi nombor meja dan ditunjukkan mana meja kita...lepas tu leh la pi beratur kat tempat order makanan...alahai takde orang langsung weh...memang rezeki kami sangat, sebab lepas aku order je, panjang dah orang beratur...hehhuuuuu...so kami memag order ikut nafsu sangat kali ni...hahaha gila lah...ye la excited tak payah beratur kat kedai yang terkenal dengan beratur ni, aku memang seronok la order kan...hahahaha nak tengok apa kami order?tungguuuu...hahahaha!
oh ya order tadi hanya untuk lauk pauk je tau...nasi putih ke, air ke order kat meja nanti...ok setel order, yang memula sekali dapat adalah kacang dan air!hahaha oh dan nasi lemak...haaa layan laa kunyah kacang tuuu...pastu tahan nafsuuuu dari makan nasi lemak tu tau...kat Melaka ni orang makan seafood dengan nasi lemak tau, so tak payah order pun nasi putih, tapi masa ni kami order gak 1 nasi putih yang akhirnya tak bersentuh pun...sobsss...
dan tak lama tu sampai laaa satu persatu makanan kami...haaa gigih tau tunggu semua sampai baru nak makan sebab nak flatlayyy...hahahaha ok jom tengok apa kami makan!yang pertama sampai adalah kerang rebus yang besar...perghhh lama tak jumpa kerang besar camni tau, excited akuuu...hahahahaa....kami ambil dalam setengah kilo jer...nyummeh sangat kerang dia, juicyyy!sedapppp!
kemudian sampai laaa menu menu yang lain iaitu ikan siakap stim soya sos antara masakan istimewa kat sini...dia masakan chinese style dan sangat sedapppp!aku suka gila ikan ni weh...cumanya besar nauu untuk kami berdua...hahaha daun ketumbar dan garlic goreng atas tu memang penambah sedappp laaa...nyummeh!then kami order juga ketam masak cili berempah....pun sedapppp gilaa....dah la isi ketam dia banyak, Allahu terliur rasa masa menaip ni weh...teringat kesedapan dia...then kami order juga sotong goreng tepung dan sayur kailan...seriously terbaik!
tamak gila kan kami order!hahahaha tapi yang sebenarnya selain ikan tu, yang lain tu ok je sebenarnya...sedap je kami makan, ikan tu je laaa besar sangat untuk kami berdua...hahahaha tapi overall seriously terbaikkk!nasi lemak tu dapat 4 bungkus je memula, lepas tu kami tambah lagi 2 bungkus!hahah sedap weh...ala nasi lemak dia pun sikit je sebungkus tuuu...hahahaha tapi memang sedap lah!hahaha...korang kalo ke Melaka, wajib datang sini tauuu!sedap ya amat semua makanan dia...dah la harga affordable...kami makan ni total semuanya adalah RM120 sahaja...ok la kan, sebab ambil yang mahal kan dengan ketam, sotong, ikan...berbaloi baloi sangat pada aku!terbaik!
dan selepas kekenyangan makan tu, kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah...malas nak bermalam di Melaka dah sebab duk back to back trip aku....nanti awal March nak merayap lagi, so sebelum mak aku bising, bawak bawak la sedar diri, balik rumah malam tuuu...hahahaha Alhamdulillah penuh dengan makan makan day trip aku ke Melaka hari ni...heheheh!
Dah lama tak pergi sini.
ReplyDeleteLeh la pegi lps ni hehe
DeleteSaya baru mkn di kedai ni - 2 nasi, 1 nasi lemak, siakap separuh masak 3 rasa. Separuh lagi di bakar. Sotong kecil 3 ekor. 1 Air limau ais. 1 air sirap dan 1 teh panas.harga RM 94. Mahal kan
ReplyDeletehaah mahal gak kalo sotong kecil hehehe
Delete