Monday, January 7, 2019

ChokiChoki Minachi Birthday Trip - Day 3.2

Sambungan dari: ChokiChoki Minachi Birthday Trip - Day 3.1

dan akhirnya selepas sejam setengah perjalanan yang mencabar emosi tadi, akhirnya kami sampai di Zero Point...kitorang macam, eh sini je ke?hahaha...ko tetiba berhenti kat kawasan tengah jalan tu, yang menghala ke Ladakh tu...ada banyak-banyak kereta dan gerai kat situ...konpius jap...tapi view keliling memang ohsem la masa ni kan...layan je laaa...Dini dan Ziana malas nak bergambar...so aku dengan Sue dan Liana la sakan...
dari jalan bawah, ko jalan naik bukit sikit, 360 darjah semua view tetap cantik weh!dah la panas langit biru menambahkan cantik lagi gambar...gigih aku tau bawa kain baju aku ni...hahaha aku beli baju ni dengan Curvafabulos, so sebab dia mini moden gini, so boleh pakai dengan seluar dan kain...acah-acah la kat sini bergambar pakai kain...baju plak kain kelip-kelip ala sari...berangan laaa jadi Priyanka Chopra jap!eh...
sebenarnya kat atassssss bukit ke gunung tu ada glacier tapi tak banyak sangat laaaa...tapi sebab sejukkkk dan panas tu rasa malas nak naik!hahaha tu bergambar kat bawah je...sekali masa sibuk bergambar terjumpa Susu, Meina dan Serena yang kami jumpa kat airport hari pertama sampai Kashmir!sakan sembang, rupanya diorang budak UKM gak...Susu plak rupanya sama kolej dengan aku...haaa sakan la bersembang dan bergambar sakan...pastu diorang tunjuk gambar glacier kat kami, eh lawaaa...terus semangat kitorang nak naik atas tu!
baru nak gerak naik, guide dah panggil nak gerak...hahaha cesss melepasss...aku dipahamkan kalo masa sejuk sikit, kena sewa boot kat sini sebab licin nak naik atas tuuu...masa panas ni pun licin gak, tapi ok je lagi pakai kasut sendiri...naik jeep tengok Dini dan Ziana dah ada hasil tuaian weh!haish takleh jadi ni...hahaha then guide bawa kami jalan terus lagi...nak ke satu temple apatah...tak minat sangat pun...tapi kawasan ni seram gak aku...sebab dah macam cerita perang-perang aku rasa...ada kem tentera gitu...guide cakap belakang bukit depan kami ni dah nak masuk Pakistan dah...
masa ni memasing tak tahan nak terkucil...guide suggest tumpang kem tentera tu je...aku dah cuak, mau kang jalan ke situ kena tembak kang tak pasal kan...sekali ada askar keluar...then guide cakap apetah, baru orang tu bawa kami ke tandas tu...sekali tengok tandas dia, aku hilang selera nak terkucil...air dalam baldi dia tu, hahahaha...takpela, aku tahan balik laaa...hahaha...
nah kasik layan sikit video yang sempat ambil fefeeling hindustan masa dalam jeep tu...hahaha senak hidung weh dek habuk kat sini...hehuuu...pastu sejuk kan...tak tahan betul...tapi feeling hindustan tetappp taknak kalah!

2 comments:

  1. air dalam baldi sama warna dgn air kumbahan kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air dia ok je rasany klo amik dr sungai tu. Tapi bekas di tu. Dah mcm berkeladk sgt šŸ˜‚ tak sanggup membayangkan micro dan macroflora yang hidup di situ hahahhahah

      Delete