Monday, January 14, 2019

ChokiChoki Minachi Birthday Trip - Day 4.2

Sambungan dari: ChokiChoki Minachi Birthday Trip - Day 4.1

lagi sikit nak sampai houseboat dah, sekali jalan tutup!sebabnya perkampungan syiah yang dekat ngan houseboat kitorang tu ada event besar-besaran...almaklum masa ni lagi 2 ke 3 hari nak 10 Muharram...demmit laaa, jauh gila pusing...dah la masa ni panas gila dalam kereta...dengan panas hati lagi ada orang banyak komplen...memang berasap la aku dalam kereta tu...huhuhu...dan akhirnya sampai kat houseboat hampir jam 5 petang!Nadeem buat lawak paksa aku isi buku kenangan pun kena marah dengan aku...terdiam dia masa tu...haaa baru kau tau amarah wanita Malaya kan...hahahah sampai houseboat aku kerah semua solat cepat dan siap cepat, shikara dahmenanti...jangan banyak komplen...
dan dalam panas terik mentari tu, kami pun naik shikara...nak naik shikara pun macam nak gaduh sebabnya bergoyang-goyang!stress gila aku...hahaha naik shikara ni dah masuk dalam harga pakej kami...so senang hati la naik kannn...patutnya dia bawa pusing kat Dal Lake ni la..tapi sebab kami request nakpi jambatan Wawa Zainal pergi sebab pengaruh Hang Dhamin, so takde la pusing kawasan Dal Lake tengok houseboat banyak-banyak tu...masa naik ni cuak gila aku sebab  rendah je shikara dia weh...aku duk bayang dalamnya tasik ni, tah apa ada bawah tu...dah la takde safety jacket!huhuhu...tapi dalam cuak tu bergambar la jugak, tapi tak sakan sangat aku...takut...
tengah duk layan perasaan, tetiba lalu shikara sebelah menjual barang...so kita layan je la tengok apa yang dijualnyaaa...kalo ada yang menarik hati beli la, kalo tak jerit je kat uncle tu suh jalannn terus!hahahah...lawa gambar Sue kat bawah ni, so sesiapa berhajat nak berkenalan, sila PM aku yer...masih mencari ni...hehehe...baik orangnya, cuma banyak drama sikit je lagi-lagi masa travel...tak caya tanya Dini...hahahaha...
masa masuk kawasan banyak bunga teratai ni, view depan lawa sebab ngadap banjaran...masa ni mula laa sakan bebudak ni bergambar kat depan tu sampai bergoyang-goyang shikara ni..cuak gila aku...lagi aku sound, lagi galak memasing...geram gak aku sebab sibuk nak bergambar demi media sosial sampai tak pikir keselamatan kan...aku ngan Dini memang dah mengeras je kat situ...rupanya aku duk fikir tempat tu dalam, Dini plak pikir ada ular ke apa kat teratai banyak-banyak tu...huhuhu...cuak weh, tapi lawa....
aku memang tak berani gerak sangat la...sanggup la takde gambar kat depan tu pun...duk tempat sendiri pun dah kejung lagi nak suruh gerak ke depan kan...hahaha...cuak weh...ko tengok sendiri laaa betapa rendah nya shikara tu, touch dengan air tu...huhuhu...adoi sampai skang tak dapat bayang berapa dalam laaa agaknya Dal Lake ni...
lepas lalu kawasan teratai tu, lalu plak area yang air tasiknya ditutupi sejenis tumbuhan...nampak macam karpet hijau plak atas tasik tu...lawaaaaa...sesekali selisih dengan shikara lain...best je rasa dia...syiok eh jadi orang sini, tenang je hidup...hahaha tapi bagi aku duk sini, memang idok laa weh!cukup la sekali ini...
dan selepas hampir sejam pakcik tu mendayung akhirnya kami sampai di kawasan perkampungan...kat sini memang cantik laaa tumbuhan yang menutupi air tu...nampak tenang je...sesekali berkuak bila ada shikara yang lalu...hehehe...aku pun tak tau la mana letaknya jambatan Wawa Zainal ni...orang cakap famous, tapi tak sampai kitorang ni...hahaha...katanya jambatan tu jadi famous lepas Wawa datang sini laa...
dan lepas hampir setengah jam, kami pun sampai di sebuah jambatan panjang...kata Nadeem ni pasar pagi sebenarnya...kalo pagi ni, banyak shikara menjual kat sini...aku baca kat Instagram Hang Dhamin nama tempat ni Bhat Mohalla, tapi cakap ngan Nadeem dia tak tau pun...kalo tak silap aku dia sebut tempat ni Khanda Mohalla kot...aku tak sure la sama ke tak tempat ni dengan Hang Dhamin pergi...tapi redah je la...bergambar sakan walaupun mood kelaut gak la masa ni...haaa aku memang bad mood hari terakhir di Kashmir ni...banyak benda menyakitkan hati aku masa ni...hehuuuu...so boleh nampak kan post agak beremosi, even masa aku taip semula entry ni pun, aku masih boleh rasa emosi...hehuuuu...
dah Maghrib dah kami sampai ni, pakcik tu suh jalan je sepanjang jambatan tu...duk carik gak mana tempat Hang Dhamin ambil gambar...tapi last sekali malas dah...ambil je la mana rasa nak ambil...hahaha dah gelap...selisih plak ramai orang syiah berbaju hitam...huhuhu ada kanak-kanak tu kami sempat gak hulur choki-choki...dan berjalan la kami dalam gelap dan sejuk tu...dekat setengah jam gak la berjalan, sedangkan pakcik tu ada je kat tepi jambatan kayuh shikara...aku rasa dia penat kot bawak kitorang...hahaha...
lepas seketika jalan baru la pakcik panggil naik shikara semula...masa ni dah gelap takde lampu...cuak gak aku kalo ada nyamuk ke, penyakit berjangkit ke kan...dah laa dia lalu lorong sempit weh, celah-celah rumah orang...aku stress gila masa ni...huhuhu...sib baik ada torchlight kat hadphone...pastu masa lalu satu kawasan perkampungan tu, tetiba ada orang baling batu weh kat kitorang...huhuhu sib baik tak kena kat sesiapa...huhuhu...masa ni cuak dahhh...bila nak sampai ni...dah lebi setengah jam weh lalu laluan sempit dan gelap tu...huhuhu dan lepas 45 minit kot aku rasa, barulaaaa kami sampai di kawasan tasik luas...lega gila...hilang segala cuak...tapi serious masa ni dah penat weh...penat fizikal dan mental...huhuhu...
tapi bila sampai kat kawasan luas tasik tu, satu hal plak datang...mamat penjual plak datang...memula baik la nak tengok tapi lepas sesi tawar menawar dia mula jadi pushy gila sampai annoying gila weh...kita dah la penat, stress dan cuak tadi baru nak hilang...memang emosi gak la bila mamat ni carik gaduh...tengah aku nak naik hangin, tetiba Dini buat drama!dia menangis!siap cakap dia penat, tolong lah pergi...gitu kauu...cuak mamat tu, terus blah...hahaha memula ktorang semua senyap, mamat tu jauh sikit je terus kitorang gelak besar!hahaha terus hilang penat dan stress aku seharian tu!hahahahahaa bongok la Dini sempat berdrama...hahahaha!
dan akhirnya jam 8 malam baru laaa kami sampai ke houseboat!Nadeem dah berapa kali call pakcik tu tanya nape kami tak sampai lagi...sampai 3 jam kauuu naik shikara...gila lah...hahaha...aku siap bagi tips sampai Rs500 kat pakcik tu sebab kesian dia kayuh lama gilaaa...dan sampai tu, rest kejap dan pesan Mehraj siap kan makanan cepat sebab dah lapar gilaaa...malam tu kami makan sedap gilaaa...dan aku makan bertambah, sebab takut nanti rinduuu...huhuhu...siap ada menu tambahan iaitu dessert lagi..nyummm...
lepas makan ada plak shikara datang singgah nak menjual. sakan Dini membeli pen lip lap harga Rs1000 untuk 10 batang, tu pun aku rasa mahal dah...tapi malas dah nak menawar...huhuhu dan malam tu kami lepak bersembang sakan tapi takleh lama sangat sebab lepas tu aku dengan Sue dan Dini dah kena kemas beg, sebab esok awal pagi dah nak gerak balik...huhuhu sedihnya dah nak tinggalkan Kashmir...penuh kenangan suka dan duka dalam trip kali ini...hehuuu...walaupun banyak kisah suka duka, tetappppp aku dah jatuh cinta dengan keindahan bumi Kashmir, tapi tidak pada lelaki Kashmir yang handsome laaa...hahahaha aku rasa lelaki Kashmir ni kasar sikit kot...hahaha sorryyy, sis pilih lelaki Melayu gak la macam ni...so mana lelaki Melayuuu yang bujang tu, jom kawin jom!banyak date cantik ni nak kawin tahun ni!hahahahaha...

9 comments:

  1. kesian tgk pakcik tua tu mengayuh hihihihihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah kan...sbb tu kami bg tipsss banyakkk kat diaaa. Coklat pun bykkkk ktorg bg kat diaa. Hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Hehe haah kak bila tgk gmbr cantik plk. Masa kt situ rasa biasa je hehe

      Delete
  3. hahaha, banyak drama penuh emosi ni. orang yang menaip ja tau perasaan tu, tapi yang baca ni dok gelak-gelak ja,, best, hihihi

    ReplyDelete