Tuesday, March 22, 2022

Santan ASEAN Mid Valley, Kuala Lumpur

awal Januari hari tu aku kena attend kursus di KL...so sebabkan geng group masa tu sekepala habis, so ada la beberapa kali kami hangout bersama selepas habis kelas...so antara yang kami terjah adalah Santan ASEAN yang terletak di Mid Valley...tujuan ke sini sebab masa groupwork kami banyak jadikan Airasia sebagai contoh, makanya tekak teringin nak makan makanan dalam Airasia...so ke sini lah kami...gigih kan kelas habis jam 5 petang, jam 8 malam dah nak start balik...hehehe
so kat Santan ni memang semua self seervice lah...so memula kita order kat panel yang disediakan...so pilihan menu kat sini tak banyak rupanya...aku duk berangan aku kopi vietnam sedap tu...hahaha sekali rupanya yang ada main menu adalah Nasi Lemak Pak Nasser dan Indomie...dengan pilihan main course ni, kita leh pilih lauk sampingan dia..haa yang ni ada banyakkk pilihan contoh seperti ayam goreng berempah, boneless fried chicken, sambal sotong, rendang daging dan saslted egg prawn...then ada gak pilihan burger tapi tak Airasia lah kan!hahaha 
dan berikutnyaaa adalah pilihan kami...semua pun makan nasi lemak dan indomie, cuma pilihan lauk tu pelbagai...semuanya menggodakan....hehehe so nasi lemak kat sini haruslah upgrade dari yang dalam flight tu kan....tapi yang pentingnya, sambal dia sedappp!cukup haul sambal nasi lemak dia...hehehe pastu lengkap dengan kacang ikan bilis, telur dan timun...aku makan ayam goreng berempah dia sedapppp...dan kesemua kami bersetuju sedap juga makanan di sini...
makan sambil sembang sesambil ngumpat orang sebelah...eh...hahahaha tapi serious ngan team ni lain macam gelak kitorang sepanjang kursus berlangsung...hahaha soon nak habis program daaa...harap dapat la jumpa semua sekali lagi masa penutup program tuuu...hehehe sorang tu PRO terhebat KKM, sorang lagi emcee terkenal Pusat Darah Negara, ada gak pegawai penyediaan makanan yang ayuuu dan lembut, pastu ada sorang PTD BBNU...hahahaha memang background lain-lain semuanya...hehehe...
dan akhir sekali lepas dah makan jangan lupa angkat dan buang sendiri semua sampai tu yaaa...zaman skang ni aku rasa dah jadi amalan daaa especially di cafe dan fast food, kecuali kat restoran la kan...lepas makan je, sila la angkat sendiri pinggan mangkuk cawan dulang semua untuk dibuang sendiri...self service ya guys!hehehe...ok selesai makan, moh ler kita balik semula ke hotel untuk sesi seterusnyaaa...gituuu...

2 comments: