pertengahan April hari tu aku plan untuk jumpa dengan salah seorang potential supervisor aku untuk sambung belajar nanti...aku ajak dia lunch so dia suggest untuk kami berjumpa di Restoran Makanan Thai iaitu Thai Ori di Seri Serdang...so aku tanpa ada any expectation, terus je la Waze untuk sampai ke restoran ni...masa sampai ni tengok kedai ni terletak di antara rumah kedai kat kawasan Seri Serdang ni....dan bila masuk tu dah rasa bahang then aku pun duduk la belah dalam dekat ngan kaunter sebab tu je yang ada kosong...so sementara tunggu pensyarah tu datang aku melayan media sosial laa...sambil aku rasa bahang dan hangat sangat...masa ni aku dah mula rasa tak selesa...masa ni dah pikir kang kalo nak order takleh ambil tomyam ke apa yang pedas, mau mencurah peluh aku nanti...hahahaha...
dan tak lama tu pensyarah sampai, kami order...aku kan serious terkejut tengok harga makanan kat sini...huhuhu ke sebab dah lama aku tak makan kat kedai tomyam gini, aku tengok harga makanan semua bawah RM10 aku macam terkesima...huhuhu aku bukan berlagak tau tapi aku rasa lama sangat aku tak datang kedai tomyam gini...ye la selalu gatal asal makan luar je nak makan sedap-sedap, cantik-cantik, best-best...lagi ko duk Putrajaya tu, kalo lunch je mana ada kedai gini...eh ada je tapi aku la yang takpi...huhuhu so aku terus tersedar dan insof jap...huhuhu
ok jom tengok makanan aku...aku makan padthai je weh punya takut nak makan pedas takut makin berpeluh...hahaha then lecturer tu makan tomyam, sayur dan somtam...hahaa aku memang tak makan sangat, lebih pada sembang je nak dapat pendapat pasal sambung belajar...dan pada aku kedai ni biasa je la, takde la umpphhh gilaaa...hehehe ok bai!
No comments:
Post a Comment