ok moh sambung cerita tahun 2020 yang tak habis habis lagi ni...penat dah aku banyak nauu post tertunggak...so sebabkan rajin menaip, weekend pun aku publish post sekarang ni sebab banyak nau post tertunggaknya...hahaha ok ni nak cerita pasal Nyonya Birthday Trip aku bersama Dini dan Liana pada 31 Disember 2020 yang lepas...trip adalah sempena birthday Dini...masa aku tanya besday dia nakpi mana, dia cakap nak bergambar kat Chinatown, KL!terus aku gedik cakap jommm OOTD kebaya nyonya nak...diorang setuju dan gigih aku order payung nyonya dan kipas tangan kat Shoppee tau...prop katanya...hahaha dan pada hari dijanjikan, kami berkumpul di Putrajaya...plan asal nak bergambar kat Astaka Morocco tapi tutup, so kita posing depan Masjid Putra je la...hahaha cantikkkk!malas lah nak puji diri sendiri sangat, tapi suka...gambar cantik cantik!hahaha...
then dari Putrajaya kami pun terus gerak menuju ke KL...destinasi pertama kami adalah Luckin' Kopi, kafe yang tengah viral masa tu, terletak di Jalan Panggong...masa sampai tu, tempat dah penuh so dia suruh tinggalkan nama dan nombor telefon...lepas tu kami berjalan la sekitar situ, ada Lorong Panggong belakang kafe ni yang ada tempat cantik ambil gambar...so kita gedik gedik la photoshoot jap kat situ...hehehe...
masa tengah sakan bergambar, dapat call dari kafe dah ada tempat kosong...haa dengan pantas kita gerak semula ke kafe...masa ni lapar weh sebab tak breakfast lagi....huhuhu so masuk kafe ni, memang kagum la sebab cantik dan banyak kawasan rupanya...kat depan, kat belakang, kat atas...tapi semua penuh....tapi meja ada penjarakan sosial, so selesa sangatlah pada aku...gigih aku pakai kain ketat naik tangga tau nak usha ambil gambar atas tu nak bagi korang tengok...hahaha...
selesai ambil gambar kawasan kafe, meh la kita usha menu dia...antara istimewa kat sini adalah menu dengan sambal bunga kantan!haa menarik sangat...ada mee dan juga nasi...katanya sambal kantan tu by Elfira Loy, pastu ada banyak gilaaa pilihan makanan kat sini dari yang ringan sampai ke main course, memang rambang mata nak pilih pastu rasa tamak nak itu ini...hahaha ada mee, nasi, chicken chop dan pelbagai jenis roti dan kopi jugak!menarik...
lepas dah order makanan tu, masa nak tunggu makanan kami pergi bahagian tengah kafe tu, ada kawasan cantik orang duk ambil gambar...so kita pun taknaklah melepas kan peluang kan...so sakan la kami bergambar kat situ...nasib baik staff kafe ni sporting melayan kami nak ambil bergambar bertiga...cumanya takleh nak berlama-lamaan gak la sebab orang duk tunggu je bergambar kat situ gak...hot spot kat, Instagrammble worthy katanya...
dah sakan bergambar, then nampak makanan kami pun sampai...wah dengan pantas gerak ke meja kan...haaa ni yang kami order...Ayam Goreng Sambal Kantan with Rice (RM19.90) yang sedap gilaaa...sambal kantan tu sedap sangat!ayam plak memang fresh dan crispy...so sedap!then order Salted Egg Chicken Rice (RM12.90) pun sedappp...aku ambil Hainanese Chicken Chop (RM16.90) pun sedapppp...dan kami share Luckin Toast (RM12.90)...
dan antara sebab kenapa aku nak makan sini adalah kerana Luckin Kopi 5 States Kopi (RM19.90) yang terdiri daripada kopi KL, Penang, Ipoh, Johor dan Melaka...sedapppp weh kopi kopi dia...ada bermacam rasa...aku dah tak ingat aku paling suka mana...ada satu tu macam kureng sikit sebab masam...mayb Johor kot kalo tak silap aku...tapi memang kena share kopi ni, kalo tak senak perut nak habiskan....hahahaha!
lepas dah kenyang tu kami ke Lorong Panggong semula dan menuju ke Kwai Chai Hong kat area situ gak...sini la yang Dini sibuk nakpi untuk bergambar tu...tempat macam street art la kat sini, so memang cantik laaa nak bergambar kan...tapi takleh lama sangat la, berpeluh ketiak sebab panas...dah la ko tergedik gedik berkebaya tengah panas tu kan...hahaha...
dan lepas dah selesai bergambar, kami kembali masuk dalam kereta, pasang aircond kuat kuat sebab kepanasan dan terus menuju ke destinasi seterusnya....kami nak check in hotel...haa cer teka hotel mana...hint dia, hotel pun kena la ada ikut tema baju kami pada hari ni sikit sikit kan...hehehe kata Nyonya Birthday Trip kan...hehehe ok sambung nanti...bai!
Luckin Kopi. Favourite cafe! Semua makanan dia sedap2.
ReplyDeleteAdakah The Ruma Hotel?
Haah sedapppp...best. Bukan...tunggu sok la sis...hehehe
DeleteMmg kena betul pakai kebaya nyonya tu dgn background kwai chai hong
ReplyDeleteHehehe kannn...tema is onzzz!
DeleteTiga-tiga cantik...
ReplyDeleteTempat cantik...
Food pun nampak sedap...
Hehehe kannn...suka sangat!
Delete