Monday, May 3, 2021

Kee Nguyen Caphe, Bandar Baru Bangi

post ini memotong semua post since bulan Disember 2020 hahaha saje nak share kedai kopi Vietnam viral skang ni iaitu Kee Nguyen Caphe! aku dah tahu pasal kedai kopi ni dari Twitter tapi sebab tahu kat Kg Bharu KL, so memang takde la rajin nakpi kan. Sampai la kelmarin tengok IG Lipstickpowder yang pergi, terus teruja nakpi gak...dah plan nakpi lepas raya sebab ada staycation kat KL, sekali semalam ada member DM kat IG cakap Kee Nguyen Caphe dah buka outlet di Bangi! Haaa apa lagi, terus message Ain, ajak pi try...hehee semalam kami pi lepas berbuka, outlet Bangi ni baru beroperasi hari kedua...hehehe terletak di Seksyen 15, dalam area yang sama dengan Qaswa Optometrist...nah usha menu yang ada...
sebabkan aku ni pernah minum kopi yang sedap gila kat Ho Chi Minh dan Hanoi, so aku agak high expectation sikit la bila sampai sini...hahaha sebelum pi dah DM Zizie the Lipstickpowder kat IG tanya recommendation dia...dia suggest Yogurt Coffee dan Coke Coffee...ok sampai kat kedai tu sebelum order kemain macam macam soalan aku...nasib baik diorang melayan...aku tanya guna susu apa, brand apa etc...mesti diorang pelik nape akak ni details nau tanya kan...hahaha so lepas seketika, kami decided untuk order Coke Coffee Large (RM9), Yogurt Coffee Large (RM10) dan Signature Coffee iaitu Kopi Susu Standard size (RM5)...secara keseluruhan sedap weh kopi dia...fav aku adalah kopi susu dia....sedap macam kopi VND10,000 kat Ho Chi Minh dulu! Dah lama aku carik kopi rasa gini weh sedap sangat! Cukup haul lah...perfecto! Hahaha untuk coke coffee tu pula, punya beriya aku rasa pastu pikir pikir ohhh pernah jeee minum Coke Coffee dalam tin kat Thailand...hahaha yang kat sini memula rasa kuat coke tu, overtake rasa kopi tapi lama lama ok sedap je...then katanya yang paling famous kat sini adalah Yogurt Coffee...katanya sama je resepi dengan kopi susu cuma tambah yogurt...Ain suka, dia cakap sedap! Ada rasa masam masam yogurt...pada aku ok la, but aku prefer kopi susu original guna condensed milk lagi...sedap!
sebabkan kedai baru buka so tak ramai orang...bagus gak...sedangkan diorang cakap kalo yang di Kg Bharu sana, sejam orang kena beratur nak dapatkan kopi ni...tapi berbaloi la kat sana leh ambil gambar kopi berlatarbelakangkan KLCC! hahaha kat sini berlatarbelakangkan dinding je laaa...hahaha oh ya sebab kan tak ramai orang, so sakan la kami sembang dengan owner dan staff situ...Radius & Wan...diorang minta pendapat rasa kopi, aku memang bagi ikhlas je la kan...hahaha pastu sakan sembang pasal Vietnam bawak ke South Korea...sakan la kan aku ni...hahaha sambil sambil aku share tips dan info pasal food safety...gitu kan...hahaha tapi best dan enjoy sembang dengan budak budak muda berjiwa besar, meniaga macam ni...i loike...sis suka...sambil sembang, tak sengaja terorder Coconut Coffee Standard Size (RM10) plak! Hahaha itu pun nasib baik telur habis, kalo tak kami nak order sekali Egg Coffee hahaha aku pernah minum kat Hanoi both coffee ni...hahaha so bila minum sini, untuk coconut tu aku rasa coconut milk dia kuat sikit rasa...dia guna Santan Kara weh, memang santan mahal la kan...hahaha pastu aku cakap kat adik tu kalo reduce sikit coconut milk tu lagi sedap kot hahaa sebab Kara tu kan pekat gilaaa...memang premium santan kotak la...tapi lama lama bila air cair sikit, sedap je coconut coffee ni...nyummeh!!
haaa hambikkk...sampai 4 gelas kopi kami berdua minum! Memang mabuk kopi la jawabnya kan...tapi serious kopi diorang sedap weh! Katanya imported direct dari coffee kingdom di Dalat, Vietnam...campuran arabica dan robusta...so seriously korang kena cuba, memang sedap dan murahhhhhh...kopi dia lagi sedap dari restoran restoran Vietnam yang ada kat Malaysia ni...haaa terus malam tadi aku usha gambar lama pi Vietnam. Rindu! Hahaha oh ya aku dengar Kee Nguyen Caphe ni banyak gak outlet dia...ada kat Shah Alam (Emira), Kajang, Kg Bharu, PJ14, SS19, PJ New Town dan latest Bandar Baru Bangi...so apa lagi guys, pi terjahhh!

3 comments:

  1. Apa ni apa ni, tak boleh rentas negeri =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu macam lambat lagi je ni...kes melantun lantun haaaa

      Delete
  2. As a coffee lover, I can't wait to try this famous Kee Nguyen Vietnam Coffee. I want to go here with my friends on weekends.

    ReplyDelete