aku percaya semua orang pun macam aku...sangka tahun 2020 merupakan tahun penuh kegemilangan setelah berabad menanti, menyanyi lagu Wawasan 2020 kan...memang la tak expect ada kereta terbang pun, tapi atleast aku harap 2020 boleh bawa aku meneroka lebih banyak negara dengan jayanya...hahaha awal permulaaan tahun 2020 aku nampak macam berjaya la nak capai harapan tu...mana taknya aku celebrate tahun baru 2020 dengan solo trip ke Myanmar tu...hahaha best sangat!
lepas tu masuk Januari dan Februari almost nonstop trip dalam negara aku ke Ipoh, Gopeng, Kota Bharu, Melaka dan Kuala Selangor...seronok nau jalan jalan cari makan masa ni kan...hahaha di samping dah mula sibuk dengan kerja juga sebabnya mulai 1 Jan 2020 tu aku dah tinggal sorang dalam unit aku...
dan masuk Mac 2020, masa tengah suam suam kuku dengan Covid19 di Malaysia, aku dan Sue sempat lagi menjejakkan kaki kami ke Maldives!dan balik je dalam Maldives, kami trauma sebab kena kecaman masyarakat sekeliling...hahaha
dan 10 hari selepas pulang dari Maldives, pada 18 Mac 2020, bermulalah fasa baru dalam kehidupan seluruh rakyat Malaysia!kita semua dikurung dalam rumah sendiri, dalam negara sendiri...kena WFH, nak keluar rumah pun tak berani...sorang je untuk setiap rumah...huhuhu hampir dua bulan juga keadaan ni berlarutan...sampaikan skill memasak aku dah sampai ke next level lah sekarang...berkat PKP punya pasal...hahahaha cuma untuk aku sedikit bahagia bila aku mula dipanggil bertugas di CPRC Kebangsaan bagi Covid19 pada penghujung April 2020....dapat laa bernafas lega, tak perlu terperuk di rumah lagi...walaupun kerja setiap hari tanpa cuti, tetap enjoy...macam burung lepas dari sangkarlah gamaknya...hehehe...syukur atas pengalaman yang diperolehi...siap raya pun kena kerja tau...nasib baik raya PKPB masa ni, takde la kita makan hati sangat!dapat plak jumpa DG yang famous amous ittewww haa lagi la seronok!hehehe...
dan selepas tu slowly kita mula adapt dengan kehidupan norma baharu ni...dah mula boleh rentas negeri, keluar ramai ramai, makan kat kedai, pi travel dan sebagainya...aku pun memang tak lepas peluang laaa...since Julai tu memang sakan gak aku berjalan...lagi lagi masa bulan September kan, sebulan aku berjongket!hahaha...
cuma sekejap laaa bulan Oktober dan November kita kena sekatan rentas negeri balik, masa tu memang sangap gak rasa sebab takleh pi mana tapi nasib baik aku busy ada event masa tu, makanya aku pi kerja hari hari walaupun masa tu pejabat dah mula start WFH semula...and now dah kembali macam biasa semula...walaupun kes mencanak canak naik, semua kedai makan dan mall dah mula penuh orang dah...dah kata kena hidup dalam norma baharu kan...ekonomi nak kena berjalan kan...so kita sumbang je la pada ekonomi wlaupun lepas tu aku cuak...asal lepas bergonjeng je, balik aku cuak sebab takut terjangkiti...mula laaa anxious sorang sorang, overthinking kan...gatal tekak je aku dah cuak...huhuhu....
ok la aku malas lah nak recap beriya semuanya, later on aku cerita gak pasal trip trip aku kan...hahaha pasal kerja macam aku cakap tadi la, kerja sorang dahhh...bab family, aku bertambah sorang ahli keluarga baruuu...haa bab persahabatan, sama je laa masih ada kawan-kawan yang setia di sisi...ecewah...hahaha...bab apa lagi eh?hahaha alaa mostly 2020 memang pasal Covid-19, PKP, PKPB, PKPP, PKPD dan yang sewaktu dengannya lah!hahaha yang lain lain tu kita tolak tepi dulu lah..hahahaha...ok tolong doakan aku sihat, dapat turunkan berat sikit tahun 2021 ni!hahaha sebelum besday aritu elok dah aku turun banyak!lepas besday dahhhh naik balik...hampeh!hahaha...ok bai!
Gmbr last tu gmbr kek hantaran ke? š
ReplyDeleteHaahhhh
DeleteHappy new year DJ, & keep bloging!
ReplyDeleteTqqq insyaAllah
Delete