Wednesday, January 6, 2021

Gastrohub, Bandar Baru Nilai

okay lagi satu post yang memotong barisan post post lain yang dah lamaaa beratur!hahaha sebabkan kafe ni tengah viral dan in gila, makanya sis dulukan lah post ini...mana tau ada yang mencari cari maklumat mengenai kafe ni kan....hahaha haaa tak lain tak bukan adalah Gastrohub a.k.a kafe kaca yang terletak di Bandar Baru Nilai ni...memang tengah viral ni, sentiasa panjang je orang beratur...sehingga post ini ditulis, aku dah dua kali datang sini...tu pun sekali sebab kawan aku cuti, so dia datang awal cop tempat...kali kedua aku yang cuti, so aku datang awal cop tempat...sebab kalo ko datang lewat sikit je dari 5.15 petang dah beratur orang kat luar...ni hari kerja tau, kalo hari cuti, surrender la nak pi sini....hahaha tapi katanya better buat RSVP, tiga hari sebelum nak datang kauu...haa hambik, viral punya pasal!dan RSVP dia kena bayar deposit, untuk 2-3 orang bayar RM100, untuk 4-6 orang bayar RM170 dan untuk 7-10 pax kena bayar RM300...ok dah moh kita pi tengok kafenya, katanya owner dia kontraktor dan engineer gitu lah...patut lawa kafe diaa...i loike!

*Update - mulai 5 Jan 2020, diorang dah tak terima RSVP dah katanya...so kena la walk in guyss...harap bertabah...hahahaha!
kafe dia ada 3 area nak duduk...1st ko masuk je, ada satu kawasan makan dan cashier counter, kat sini lawa gak tapi bumbung dia tutup, so kaca dia just kat keliling jer...lawa gak, tapi biashe biashe laaa...bukan main attraction kat sini...hahaha pastu dari sini leh keluar untuk duduk makan di bahagian luar, open air kafe ni...kat sini ada tangga naik ke atas, tapi belah atas tu macam tak siap lagi dan tak open lagi untuk customer...so kita ambil gambar je laaa dari bawah...
dan yang paling cantik adalah ruang makan seterusnyaaa...sebabnyaaa bumbung dia pun kaca...ni view masa masih terang, takde lampu lagi...pun dah cantik sangat dah...ruang dia luasss, cantik sangat!memang Instagram-worthy laaa...hahaha masa kat sini ko leh tengok la banyak meja memasing sakan posing!kita pun tak ketinggalan la kan...oh ya masa first pergi ni aku pergi dengan Mrs dan Dini...seawal 5 petang Mrs dah terpacak kat sini tau, cop meja...hahaha...
ok apa la ertinya sebuah kafe yang cantik kalo makanannya hauk kan...moh kita usha dulu menu yang ada kat sini...haaa menu yang menjadi tarikan kat sini adalah hi tea set dia...tapi aku tak berkesempatan lagi nak cuba sebab dua kali datang, dua kali makan berat terus...tak koser nak hi tea sangat...plus aku rasa harga hi tea dia mahal sikit iaitu RM95 untuk 2 pax...makan ringan ringan jer...hahahaha tapi menu lain dia menarik!ada pelbagai jenis nasi, pasta, western foods dan dessert!desserts dia agak banyak pilihan dan menarik...dan antara tarikan kat sini adalah croissant dia...
walaupun ramai orang, surprisingly servis dia pantas...tak lama sangat pun kami tunggu dah sampai menu kami satu persatu...dan untuk pertama kali ni kami order Iced Lemon Tea (RM7), then ambil Hazelnut Croissant (RM15.90) yang didatangkan sekali dengan Iced Chocolate. Dan untuk makanan pula kami tamak...hahahaa so order Chicken Carbonara (RM18.90), Grilled Chicken Chop (RM18.90), Butter Rice Special Set - Buttermilk Chicken (RM16.90) dan Finely Marinated Lamb Shoulder (RM39.90)....dan kesemua makanan adalah SEDAP!sedap weh serious!semua sedap...carbonara dia nampak sikit tapi banyak, dan sebab busy ambil gambar so lambat makan pun still sedap!creamy gila...aku sukaaa...grilled chicken chop pun juicy, sedap...sos dia sedap...curly fries dia rangup dan sedapppp...then buttermilk chicken sedap, nasi butter dia pun nyummeh!lamb shoulder lembut gilaaa dan marelous!croissant dia aku rasa biasa je la, tapi Dini cakap sedap sebab dia panaskan sebelum hidang, so crunchy laaa...so overall aku rasa makanan dia best dan sedap!
habis makan, adik tu cakap limit duduk sini 2 jam je sebab diorang kena limitkan gitu sebab ramai orang dah beratur kat luar..ok la kita pasrah...baru nak tunggu sampai gelap sikit nak ambil gambar kannn...hahaha takpela moh bangun...aku pi buat bayaran di kaunter then kami pusing kafe tu untuk ambil gambar dari luar...cantik!masa ni lampu dah mula pasang sebab dah gelap kan....cantik!sakan la bergambar kan...sampai dah masuk Maghrib baru kami gerak balik dengan puas hati...sini ada surau gak, so leh je nak solat sini tapi kami balik solat rumah jer...
then kali kedua pergi dengan Maad dan Dini...Maad dah balik dari UK for good!hahaha lama gila tak jumpaaa kawan sorang ni...so sebab aku cuti masa ni, makanya aku sampai awal cop tempat...masa ni memula adik tu cakap area bumbung kaca dah penuh tapi aku degil pi tengok gak sekali ada kosong, so buat keras je nak duk situ gak...nasib baik berjaya...hahaha so kali ni kami order Chilli Crab with Manotu (RM20.90), Grilled Chicken Chop (RM18.90), Seafood Salted Egg Pasta (RM18.90), Onde Onde Cake (RM13) dan Egg Yolk Croissant bersama Iced Chocolate (RM15.90)...chicken chop dan passta sedappp...chilli crab tu manis kat tekak aku tapi ketam dia penuh sis, mantou tu sedapp sebab garing dan rangup!onde onde kek dia sedappp gak!yang egg yolk croissant plak Maad cakap sedap, tapi aku pernah makan yang lagi sedap lah...so yang ni aku rasa biasa je la...hehehe...so far croissant dia tak dapat memenangi tekak aku lagi...hahaha...tapi overall sedap sedap makanan kat sini!
masa awal awal tu aku dengan Maad je, Dini tak sampai lagi...sakan la bersembang pasal UK dia kan...best gilaa dah nak jadi lecturer dah tak lama lagi...kena panggil Dr Fuad laa lepas ni...hahaha then makanan sampai, Dini pun sampai...haruslah sakan bergambar kan...dah lama tak jumpa ni, sebelum makan bergambar, lepas makan bergambar...nak balik pun bergambar sambil sakan bersembang!hahahaha...siapnya dah sampai parking kereta pun sambung lagi bersembang...hahaha seronok jumpa kawan lamaaa...
haa so apa lagi guys, sila terjah Gastrohub di Bandar Baru Nilai ni okay...suasana best, kafe cantik dan makanan pun sedap...cuma mohon bertabah je la ya...tempat bagus macam ni haruslahhh ramai orang...Dini pernah pergi masa hari cuti kena beratur 45 minit gak kat luar tu katanya...hahaha bertabahlaaaa...aku nak pergi gak lagi next time bawa family aku...hehehe best!ok korang, aku highly recommended tempat ni tau...semoga kualiti makanan dan tempat ni terus dijagaaa...yezzaaa!

16 comments:

  1. Baru je baca dekat IG, dorang dah tak ambil reservation..
    Sedih...kalau dari KL ni, memang kena betul2 awal la untuk beratur..sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yela. Thanks for info. Kna beratur laa gitu hehehe alaa mmg kafe2 viral kan. Sbb susah nak handle kalo rsvp ni org dtg lambat so tmpt duduk kosong etc

      Delete
  2. wah menarik ni...tapi agak2 lama x kena menunggu eh untuk dapat kan seat?
    ni klu walk in mmg bertabah la ye....

    ReplyDelete
  3. Baru pergi tahun baru hari tu. Sebelum pergi check buka pukul 3.00pm. Sampai sana pukul 3.20pm dah penuh. Bagi nama then tunggu dalam kereta. 30 minit kemudian dorang call ada meja kosong. Makanan sedap, servis cepat dan restoran pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ok la tak payah beratur dan diorang call...leh duduk dalam kereta...ingat kan kena beratur sebab tengok orang panjang je beratur kat luar dia tuu...hehehe

      yup setuju sedap, pantas dan cantik!

      Delete
  4. Perghhhh kat Nilai ke ? Tasangka makan dalam glasshouse

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jangan pandang rendah Nilai okayyyy

      Delete
  5. Ade lg 1 menu yg buat sy teringt2..Aduhh..Mushroom soup dia , sedappppp....Pasta pon puas ati ! nk repeat lg ni...Aritu pegi main terjah je ngn bff..alhamdulillah x lama sgt bratur..even ramai org / full, mknn cepat smpai...Bes sgt , x rugi mkn kat cni...Yummyyyy !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang sedap sedap menu dia...memang kena kat tekak...hehehe yup paling best servis depa lajuuu walaupun ramai orang...

      Delete
  6. Try dining in @ 3pm under the hot sun . You will enjoy not just the meals but also endure the hot sauna-like temperature in the glass-house ( green-house effect )
    🤣

    ReplyDelete
  7. Tugu nk order makan tu lambat..

    ReplyDelete
  8. Pegi mlm tadi...x perlu beratur...walk in sahaja...waktu mlm sejuk...selesa makan kat situ...makanan lebih sedap dr tempat2 lain kot...haha...ikut citarasa sendiri la..yg paling best staff dia very good....very friendly...professional la gitew...

    ReplyDelete