Wednesday, January 13, 2021

PKP 2.0

yezza seperti semua sedia tahu, mulai hari ni, 13 Jan hingga 26 Jan 2021, 6 buah negeri iaitu Selangor, KL termasuk Putrajaya & Labuan, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Sabah akan melalui fasa kedua PKP!huhuhu trauma aku weh ingat kenangan Mac 2020 dulu...huhuhu manakala 6 negari lain akan melalui fasa PKPB iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan...dan horayyy to Sarawak dan Perlis sebab mereka maintain PKPP jer...huhuhuhu...aku stress bila fikir kena work from home ni tau, memang tak efisyen mana pun aku rasa...pening kepala pun ye gak duk rumah lama lama ni...pastu kan keje nya asyik makannnn je nanti...makin dipam pam laa berat badan aku nanti...huhuhu...dah la aku gerenti PKP ni akan bersambung lagi selepas 26 Jan 2021 pun...huhuhu tapi nak wat cemana, sektor kesihatan makin tertekan, kes naik beribu tiap hari, kapasiti penggunaan hospital dan pusat kuarantin pun dah nak capai maksimum...huhuhu...semoga cepat la semua ni berakhir...ni aku tak masuk cerita darurat lagi, haish malas la nak amik port, elok gak bila pikir dari nak melayan politician yang tak abes abes politik dan pru nya...huhuhu tak ambil iktibar langsung dari pengalaman di Sabah...huhuhu...dah la masa camni takleh nak puaskan hati semua orang kan, memasing ada memasing punya prioriti dan masalah. So aku doakan Allah mudahkan urusan kita semua sepanjang PKP dan juga pandemik ni...dan semoga semua ini cepat lah berakhir dan kita leh hidup bebas seperti dulu kalaa....rinduuu nak jumpa sedara mara semua...harap ramadhan dan raya tahun ni leh sambut macam biasa jugaaa...huhuhu....sedih lahhhh....aku takde mood dah orang duk sarkastik pasal menu la, dalgona la masa PKP ni...huhuhu....

No comments:

Post a Comment