dari Manjung kami menuju ke Bota...memula Nor cakap lalu la kawasan kampung dia, nanti jumpa banyak rumah rumah lama Melayu Perak...so kita pun layan kan saje laaa...wahhh memang banyak gak rumah kami jumpa, ada yang masih cantik berjaga, ada macam dah scaryyy je aku rasa...huhuhu sempat berhenti kat rumah untuk bergambar...hehehe taknampak plak tuan rumahnya, selamba je kan ambil gambar...turn out Nor cakap rumah aku ambil gambar tu famous selalu masuk drama...hahaha...
then atas saranan si Nor gak la dia suh pi Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) ni kat Bota Kanan...sekali tutup daaa...sadis!beriya jalan jauh tutup plak...gatal lagi tak Google sebelum datang sini...huhuhu redho je laa tengok tempat ni tutup...baru nak cari kelainan dalam trip kan pi tempat rare...hahahaha...
sebab tutup tu kita duk bincang bincang moh ler kita ke Pasir Salak...nak balik Seri Iskandar macam awal sangat je lagi...huhuhu so masa dari Bota ni nak ke Pasir Salak tu memang jumpa banyakkkkk gila makam diraja weh...macam macam nama sultan ada tau...masa trip ni gigih gak la search, tengok turutan nama...hahaha gigih kan...tapi kalo tanya aku skang ni memang langsung tak ingat la...tapi macam menarik tau sebab nya most of the makam tu located kat sepanjang sungai Perak...ada tu tersorok gilaaa dalam kampung...tak berjaga pun ada gak...huhuhu sayang la Malaysia ni tempat tempat sejarah memang tak berjaga!
then kami terus gerak ke Pasir Salak sebab nak ke Kompleks Sejarah Pasir Salak...haaa dah katanya trip menelusuri sejarah negeri Perak kan...wajib lah kita ke sini...hehehe lamaaaa dah aku teringin nakpi sini, akhirnya sampai jugak...hehehe Sue memang dah pernah ke sini sebab kolej dia pun kat sini...aku la first time...masa sampai ni nervous gak kalo tutup sebab dah jauhhh perjalanan ni huhuh...nasib baik buka...hehehe moh ler kita masuk...
cantik kawasan kompleks ni sebabnya ia terletak di tepi Sungai Perak yang besar...cuaca plak panas berdenting, memang cantik laaa nampaknya kan...ada la jugak orang kat sini...aku ingat sendu takde orang...hahaha dah musim Covid19 ni orang duk cari alternatif laaa, so bercuti di tempat tak ramai orang, so muzium la salah satu contohnyaaa...hahaha so kita posing seround dulu sebelum masuk dalam muzium....
masuk muzium ni kena bayar RM4 seorang...tapi masuk muzium ni takleh ambil gambar...so gambar terhenti sampai pintu masuk muzium je laaa...walaupun masuk muzium, tapi bila kita masuk dengan orang pandai sejarah, jadi menarik tau...hahaha hebat laaa pengetahuan sejarah Sue...aku sampai dah silap silap dah mana Dato Bahaman, mana Mat Kilau segala semua orang dalam sejarah Tanah Melayu ni...dia tetap ingat tau...sejarah Malayan Union semualah...hahaha jadi menarik laaa dalam muzium tu duk bersembang dengan Sue cerita balik sejarah sejarah belajar zaman sekolah!hahaha...lama gak kami dalam muzium tu!
habes pusing muzium kami keluar balik nakpi tapak JWW Birch dibunuh di tepi Sungai Perak tu...sambil jalan tu nampak plak rumah lama Melayu Perak yang masih cantik...so bergambar la kita dulu...aku tak sure apa fungsi rumah ni, tapi takleh naik laaa...tapi dia part of kompleks sejarah ni juga laa...sayang kalo dibuka untuk orang masuk mungkin lebih menarik!
haaa ada tapak dan tugu je la tepi sungai tu tempat di mana JWW Birch seorang penjajah British mati dibunuh masa dia tengah mandi oleh Dato Maharajalela dan Dato Sagor...haa jangan tanya banyak sangat sejarah, aku dah ingat ni pun cukup dahhh...hahahaha dari sini nampak ada surau tepi tu tapi takleh keluar dari sini, so lepas bergambar dan baca info, kami pun keluar semula ke arah kereta, dan gerak ke surau yang di sebelah kompleks sejarah ni...
surau ni nampak usang sangat dan dah lamaaa...aku takleh solat, so aku tanya Sue kalo aku tak turun duk dalam kereta boleh tak...hahaha dia cakap turun je laaa...ok faham lah tu...kalo aku sorang leh solat pun aku rasa aku paksa dia turun sekali teman aku...hahahaha!ye la mau aku berimaginasi Dato Maharajalela dengan JWW Birch kang kat situ...huhuhu...selesai solat semua, cuci muka yang dah berlengas dek panassss sangat, kami pun masuk semula kereta buka aircond kuat kuat...panas gilaaa weh!berlengas muka!hahaha so ke mana kita seterusnya?tak muda la kalo balik rumah kan...hahaha...ayuh kita teruskannn aktiviti teroka negeri Perak, negeri kelahiranku...ecewah!
cantik rumah lama...di Perak, rumah lama dipanggil rumah kutai..
ReplyDeleteOoo patut kat muzium tu ada signage rumah kutai. Ingat kutai tu nama orang hehehe
DeleteMana pergi "B" for Bota kat konservasi tuntung tu..hehehe..
ReplyDeletekita kurang menghargai tempat sejarah terutama bangunan..ada yang dirobohkan.. lagi sedih..
Haha tu la roboh dah B nya hahaha...kita mmg xhargai sejarah. Penjara Pudu tu antara bukti kita lebih pentingkan pembangunan dr sejarah.
DeleteDolu² pernah ke sini.. sekarang dah makin cantik tempatnya..
ReplyDeleteYa makin cantik dan nampak berjaga
Deletedulu rumah kutai tu open for public. sebab dah uzur lantai nya mungkin ditutup. risau ada public yg tercedera nt.
ReplyDeleteooo yeke...adoi sayang la kan...tak berjaga la tuu
DeleteHi DJ. Just wanna say that I really enjoy reading your blog. Very informative, yet santai and entertaining at the same time. Keep it up ya! Ni pun I tgh slowly slowly nak habiskan baca all your postings. Hopefully no more Covid soon that you can continue to travel and share yr experience with the rest of us here.
ReplyDeleteHii thank youuu... insyaAllah semoga semuanya baik baik soon!
DeleteAlhamdulillah dah sampai juga Pasir Salak awal bulan Mei 2024.Tapi tak masuk dalam muzium pun.
ReplyDeletehehehe nanti pi lenggong plak. byk tmpt menarik sebenarnya malaysia ni
Delete