ada sekali tu aku plan dengan adik aku dan Shane nak belanja diorang berdua sebab birthday diorang jatuh masa PKP kan, so takdan celebrate...so dalam bulan Julai tu aku ajak diorang makan...suh diorang pilih tempat...aku cakap pilih je nak mana, aku belanja...so diorang pilih nak makan kat DIN by Din Tai Fung di KLCC...makanan Taiwan katanya...ok layan...Din Tai Fung ni ada a few cawangan tau, tapi yang tak serve pork dan guna ingredient halal cuma yang DIN by Din Tai Fung di KLCC ni je tau...so masa nak pi KLCC masa ni mencabar gak, tetiba hujan lebat ya amat dari rumah...dah ingat nak patah balik dah sebab lebat level taknampak jalan siap pakej dentam dentum!huhuhu tapi kami gigih meneruskan jugaaa misi hahahaha...dah siap beriya kan...hahaha...
sampai di DIN by Din Tai Fung tu, kita pun usha la menunya...aku serah kat adik aku je nak order apa...aku tak kisah, tapi aku ada laaa tengok tengok gak menu dia sebelum ke sini....biasala aku kan buat research mana best, mana wajib cuba semua kan...so yang wajib cuba sini adalah Xiao Long Bao...dia macam dumpling sikit la, tapi dalam dia penuh air, so kena hati hati makan, kalo tak terpercik!hahahah...selain tu ada macam macam la wantan, dumpling, noodle dan macam macam makanan dari Taiwan...aku excited la kan sebab dulu makan noodle yang konon famous kat Taiwan tu, tak kena ngan tekak pun...hahaha so nak cuba yang kat sini plak...
haaa meh layan menu apa yang adik aku order...memula diorang bagi kicap dengan halia serta cili kering ni...sedap cili ni...pastu adik aku order Chinese Tea (RM3.80/pax), then dia order makanan macam Chicken Xiao Long Bao (RM17), Shrimp and Chicken Shaomai (RM22.60), Spicy Shrimp and Chicken Wanton (17.90), Shrimp and Chicken Dumpling (RM17.90), Mini Lava Custard Bun (RM16.60), Shrimp and Chicken Wanton Beef Soup (RM21.30), Braised Beef Noodle Soup (RM33.70) dan Shrimp and Chicken Wanton Dry Noodle (RM26.40)...haaaa layan lah gambar makanan kat bawah ni...nyum nyum...
so overall semua makanan pun sedapppp...sedap sangat pada aku...juicy gilaaa semua makanan dia, even noodle pun sedap dan penuh daging!lembut je daging dia weh...sedappp...cumanya adik aku ni silap order, dah semuaaaaaa udang dan ayam!hahaha takde langsung variasi...bentuk je lain plus ada yang ada kuah sup, ada sos pedas, ada kosong gitu je.....hahahaha tapi sedap laaa...nyummeh!dumpling sedap, xiao long bao sedap, mi sedap...eh semua sedap lah!jauhhh beza dengan yang aku makan di Taiwan duluuu...hahaha haa pastu kan nampak macam sikit je setiap jenis tu, tapi mengah juga laaa kami nak abes kan semua tu...kemain tamak adik aku order kan...hahaha dan surprisingly total makan kami bertiga malam tu tak sampai RM200 pun tau...eh jauh nau dari bajet asal aku...hahaha terus lepas makan, aku ajak diorang ngopi plak...so rasa rasa mana kita nak ngopi dalam KLCC ni?hehehe tungguuuu...
sedapnya dumpling..
ReplyDeleteSedapppp nyummmss
Deletesoalan ni berbunyi macam menyibuk.hihi..shane ni siapa ye..kerap juga ada dalam blog yang melibatkan aktiviti famili..tak jawab tak apa..don't worry..be happy..
ReplyDeleteHahaha takde hal lah. Dia bestfriend adik, so dah mcm family members dah sbb rapat je ngan ktorg.
Delete