Monday, August 27, 2018

New Chapter by The Owls Cafe, Bukit Jalil

lepas balik dari SukaSucre Bistro, malam tu aku lepak dengan geng kesekian di New Chapter by The Owls Cafe, Bukit Jalil...asalnya tengok Dzuli makan waffle kat sini yang aku teringin dan ajak semua lepak sini sekali...kafe ni terletak dalam Calvary Convention Centre, macam kompleks gereja gitu...
dah la masa sampai ni, aku sorang je sampai, masuk dalam kafe ni, memang aku sorang jer bertudung!hahaha aku dah rasa macam nak keluar balik dah ni...tapi lepas tu aku nampak ada gak staff yang bertudung, so aku duduk laaa...ramai gilaaa orang masa ni, so kena bagi nama dan tunggu turn...tak lama aku tunggu tu, Dzuli, Mrs dan Syaminee pun sampai...so melepak menanti meja...
lama gak menanti nak dapat meja tu...so sempat la usha menu dulu...seriously memang banyak gilaaa menu dia weh...dari pelbagai jenis coffee, starter, snacks, pasta dan WAFFLE!haaa tu la tujuan aku datang sini nak makan waffle sebab nampak menggoda waffle diaaa...hehehe...
sebabkan dah dapat menu awal, so dah usha dah nak order apa...dapat je meja, terus buat order..ngam-ngam je dapat meja, Ab sampai...pandai la kau kan sampai tak payah rengsa menunggu...ok sebabkan pergi makan ni dah lamaaaa so tak berapa nak ingat sape minum apa, sapa makan apa dannnnn harga setiap minuman dan makanan...hahaha so layan je laaa gambar kami minum ni...segala jenis kopi ada atas meja masa ni, semua minum kopi dan iced chocolate kecuali aku layan air kosong jer...acah-acah diet laaa masa ni...hehehe...
dan untuk makan, kami sepakat share je sebab semua diet kan...hehehe...so kami order Waffle Fried (RM12), Sea Salt Mixed Fries (RM12) dan Creamy Seafood pasta (RM23)...fries tu standard laaa memang sedap duk kunyah sambil bersembangkan....dan pasta tu sedappppp!budak tu cakap pedas, tapi pada aku tak pun...sedappppp rasa kari yang creamy!nyummeh laaa...duk kenyang tapi aku pelahap abeskan pasta tu...
dan untuk waffle pula kami pilih untuk mencobaaa Rebecca (RM19) dan The Queen (RM25)...kemain mahal kan waffle dia tapi besar dan sedappp laaa....cumanya aku ni gila coklat, kalo ada waffle yang dibanjiri coklat tu aku lagi suka kot...hahaha...
kemain meriahhh haaa meja dengan makanan kan...ni sib baik tak order makanan sorang satu pun dah penuh meja...sebab big portion juga makanan kat sini...ok laaa sedap dan berbaloi harganyaaa...tapi nak terjah lagi memang payah la sebab luar kawasan aku sangat...hehehe...
dan sempat gak la pakcik makcik kesekian buat surpriseeeeee birthday Syaminee kat sini...hehehe Syaminee ni anak buah mrs, memang selalu dah ngikut kitorang melepak ni...sabar je la nak dengar pakcik makcik kauu ni merepek...order 1 slice je kek sebab dah kenyang makan waffle yang banyak....

4 comments:

  1. Kemain Syaminee jadi mini Kesekian. Jangan waris perangai bawang Ahjumma² dia dah lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia takleh jadi mini kesekian sebab dia dah ada boipren...eh.

      Delete
  2. selalu jogging kat taman depan gereja ni. tak sangka ada tempat makan best dalam tu. ingatkan gereja je. pasni ni lepas jogging boleh terus gi situ. tq for sharing dj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ada tmn best nk jog eh situ. Leh usha nnti. Hehe

      Delete