Monday, August 13, 2018

Kodai Ain, Seri Menanti semasa PRU14

hahaha dah lama dah kot PRU14 nih...siap dah abes Janji 100 Hari Pakatan Harapan dah kan...aku baru terhegeh-hegeh nak update cerita haaa...hehehe...tapi sebenarnya lebih kepada nak share kedai makan, tapi sebab gambar kedai makan tak banyak, so aku tepek la sekali cerita PRU14 aku kan...sebagai kenangan Barisan Nasional tumbang buat pertama kalinya...hehuuuu...so dalam kul 10 pagi aku dengan Mak Abah gerak ke Kuala Pilah...kami masih setia mengundi di Kuala Pilah tau walaupun dah 10 tahun meninggalkan Kualalala Pilah tu...hahaha Anim patut ikut sekali, sekali masa nak naik kereta baru sedar IC dia tertinggal kat rumah dia kat PJ...denggg...hahaha terus kena bahan la kannn sebab kami berdua mempunyai ideologi dan sokongan politik yang berbeza...hahaha...
sepanjang jalan dari Seremban ke Kuala Pilah memang sesak teruk!so nak hilang boring memang duk membahan Anim je laaa dalam group wassap...hahaha siap amik gambar tepi jalan semua, cakap pihak politik sokongan dia mesti kecewaaaaa penyokong kuat tak balik mengundi!hahaha sebabnya Abah aku tak bagi dia balik bila tengok jem teruk gilaaa...sedangkan masa ni dia dah balik PJ amik IC...hahaha...
pertama kali dalam sejarah, 3 jam okayyyy dari rumah aku nak balik Kualalala Pilah!gilaaaa lah!sedangkan musim raya pun paling lama 2 jam ke 2 jam setengah...ini kali pilihanraya, dahsyat kemain jem dia...huhuhu seriously memang memenatkan gila lah...
sampai je Kualala Pilah dalam jam 1 petang, terus ke tempat pengundian pertama iaitu SJK (C) Chung Hua Senaling untuk Abah aku membuang undinyaaa...sebabkan sampai tengahari, kejap gilaaa Abah aku setel mengundi...aku baru nak pusing kereta, eh dia dah keluar!hahaha...haaa selesai kan...tak payah beratur lama...
tempat pengundian kedua adalah Sekolah Tamil Tebat Kering untuk Mak aku pula menunaikan tanggungjawab kepada negara...pun tak lama menunggu terussss sampai turn mengundi...cumanya staff kat sini kerek, nak ambil gambar luar sekolah pun takleh tau...poyo gila siap ugut nak delete gambar aku bagai...siap takut-takutkan aku macam aku budak kecik...what the heck?dia tak tau keee aku dah tua?huhuhu...
dan akhir sekali turn aku ke SK Kuala Pilah plak!patut aku dan Anim mengundi sama kat sini, tapi terpaksa laaa selpie sorang je kan...hahaha pun samaaaa takde orang langsung tengahari ni...so memang pantas dan tuntas aku dah selesai memangkah parti idaman hati gitu...
dalam masa 30 minit je, selesai kami terjah tiga pusat mengundi di Kuala Pilah dan selesai semua memangkah parti yang berlainan...hahahaha denggg drive tiga jam, ngundi setengah jam je kan...nak makan, malas sebab konon nak makan kat Ulu Bendul yang sedap tu, so kitorang pun patah semula ke Seremban...Abah aku tinggal masa ni sebab dia nak melepak ngan kawan-kawan lama dia...
tapi nasib tak berapa baik, nak balik pun jammed gilaaaaa weh...makanya tak sempat sampai Ulu Bendul pun, kami sibuk cari kedai makan sebab dah lapar gilaaa...dah laa dengan tak tahan nak pergi toilet lagi...gila lah jammed dia lain macam!huhuhu...
dan akhirnya kami berhenti di Kodai Ain di Seri Menanti...kedai ni famous gak orang cakap sedappp tapi aku tak pernah cubaaa...masa sampai tengok lauk dah licinnn...sobsss logikla kan mestila ramai orang berhenti makan sebab jalan jemmm gilaaa...
so dapat laaa rezeki aku makan ikan baung yang mahal...aku tak ingat apa nama baung ni tapi katanya mahal banding baung yang Abah aku biasa makan...rasa dia pun takde laaa rasa 'darat' lumpur sangat tu...not bad laaa...mak aku suka gila rendang dia tapi tinggal kuah je la, pun jadi bertambah...hahaha Alhamdulillah...next time harusss aku repeat kedai nih, nak mencuba menu lain plak....hehehe...
then sempat gak singgah membeli itik dan ikan salai kat tepi jalan tu...benda wajib beli laaa kalo balik Kualalala Pilah ni kan...hehehe nyummeh!tapi itik kali ni aku ingat gila tak freshhhh sebab mak aku masak masa nak dekat puasa hari tu, rasa tak sedap sangat...demmm tau...

4 comments: