Tuesday, October 14, 2014

VMY2014 : Utagha Trip Day 4.1 : Ladang Tebu Chuping, Padang Besar dan Gua Kelam, Perlis


hari ini adalah hari terakhir trip utagha kami....kami bangun awal dan siap-siap terus keluar meninggalkan homestay yang comey ini...hari yang panjang ini harus lah dimulakan dengan biggg breakfast kan...semalam cikwi dah jemput kami untuk sarapan di rumah dia...haaa apa lagi kan...dengan hati yang ceria, keluar homestay, singgah tapau roti canai nak bawa ke rumah cikwi....sampai je rumah cikwi yang memang sangat dekat tu dalam jam 8 pagi...wahhhh dah penuh atas meja dengan makanan!hahaha seronok sungguh kami tengok nasi lemak dengan sambal sotong...pulut durian pun ada...fuhhh memang terbaik layanan keluarga cikwi...tapi kami takleh lama...dalam jam 9 pagi kami bergerak meninggalkan rumah cikwi....terima kasih banyak-banyak cikwi!
daripada Kampung Mata Ayerrr, kami bergerak menuju ke arah Chuping...masa ni berangan-angan ingin mengambil gambar di Ladang Tebu Chuping...salah satu pesona perlis yang memang mempersonakan!sekali hampa...rupanya ladang tebu dah tiada...kini digantikan dengan tanaman getah...memang luas saujana mata memandangkan jer bila lalu Chuping nih...pokok getah yang ditanam pun masih kecil lagi...aduhai melepasss aku nak bergambar di Ladang Tebu Chuping...tapi sebab dah sampai juga di Chuping ni so aku anggap tercapai la misinya...hehehe...oh ya, aku pernah baca yang ladang tebu ni merupakan ladang tebu terluas di Malaysia dan merupakan tempat yang pernah merekodkan suhu terpanas di Malaysia...wahh menarik kan.... 3rd pesona perlis - ladang tebu chuping - done!
daripada Chuping jalan terussss jer menuju ke salah satu tempat shopping yang terkemuka di Malaysia iaitu Padang Besar!yeay pasar yang mula beroperasi sejak 1960 ni memang menjadi kegemaran kepada para wanita di Malaysia ni...aku selalu dengar mak-mak buat rombongan ke Padang Besar ni...aku pula dah tua macam ni baru 1st time nak sampai...hehehe untuk yang tak tahu, Padang Besar ni terletak di sempadan Malaysia-Thailand...masa sampai di sini, ada gak rasa nak cross border, tapi pikirkan masa yang terhad dan banyak lagi tempat nak pergi, tangguh dulu laa keinginan tu...hehehe di Padang Besar ni, kitorang masuk ke pasar yang ada...takde apa sangat yang aku nak beli...just beli tshirt zara dan handbag comeyy untuk dia..untuk orang lain dan diri sendiri pun tak beli apa...ada la juga FM di sini tapi semuanyaaa thailand punya, takde pun FM perlis...tak beli la jawapnya aku...si asie sakan borong toto...murah katanya...aku pun tak ingat dah berapa harganya...tapi memang murah sangat lah...penuh kereta irma dengan toto si asie!hehehe 4th pesona perlis - padang besar - done!
selesai bershopping di Padang Besar, kami meneruskan perjalanan ke Gua Kelam pula...dalam 20 minit perjalanan....ianya merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak di Kaki Bukit, Perlis...khabarnya gua ini dulu merupakan lombong bijih timah yang berkualiti tinggi...nama gua ini diperolehi kerana keadaan gua yang gelap dan menyebabkan pelombong dahulu terpaksa memakai lampu karbaid semasa melombong...ni aku baca la kat internet, tak tau betul ke tak...hehehe dan sejak tahun 2008, Gua Kelam dibuka untuk orang ramai...
kami terus menuju ke parking kereta yang disediakan...sekali ternampak pula puisi Gua Kelam yang syahdu syahdan ni...karya oleh Siti Esah dari Persatuan Penulis Perlis...dan-dan kami praktis bersyair di situ...lama dah tak bersyair ni...memang kelaut la bunyik nyaaa...
ok jom kita masuk ke Gua Kelam!sebelum tu kena bayar RM1 untuk orang dewasa...murah sangat la kan...memula irma taknak masuk...irma ni ala-ala puteri santubong sikit, tak suka aktiviti lasak ni...sedangkan takde la lasak mana kan...hahaha tapi memang dia tak nak...jadi aku kena pujuk sikit...cakap ngan dia ala kita masuk kejap jer, tak payah sampai hujung pun takpe...sekadar nak ambil gambar dalam guaaa jer...aku pun malas nak jalan gak maaa...gitu aku memujuk...dan dia pun setuju akhirnya...
dalam gua ini, kita akan berjalan di atas jambatan gantung sepanjang 370 meter...di bawah jambatan ini terdapat anak sungai yang mengalir...asie cakap dolu-dolu dia pernah datang sini, dia cakap jambatan tu kotor giler, penuh taik kelawar...tapi sekarang bersih sangat...kering pula tu...jadi takde la menyesakkan jantung aku sangatkan...perjalanan bermula dari 0 meter ke beberapa puluh meter...irma dah pandang-pandang bila nak patah balik...hahahaha tapi aku teruskan juga perjalanan...cakap ngan dia sikit lagi maaa...depan sikit lagi nanti kita pusing balik...sambil tu sakan la duk ambil gambar...ada kawasan berlampu, siap ada kawasan bergambar...ada juga kawasan air menitis sikit-sikit so berhati-hati laaa...masa kami sampai ni, tak ramai sangat orang...jadi ada masanya hanya kami dalam tu yang berjalan...berdebar-debar gak aku bila sampai kawasan gelap takde lampu...mula kepala aku berimaginasi yang bukan-bukan...
dan dalam berjanji ngan irma nak patah balik tu, akhirnya kami sampai juga ke penghujung Gua Kelam...hahaha matik la irma mesti menyumpah aku dalam hati...kehkehkeh...kat luar ni katanya ada taman yang boleh dilawat...tapi kami takpi laaa...dah kepenatan dah...jadinya posing-posing sikit je kat luar tu sambil hirup udara segar...rileks sekejap....cikwi cakap dari situ sebenarnya boleh nampak Padang Besar...tapi kami tak cari pun laa kat mana nak tengok tuuu...malas....
tak lama tu kami pun mula bergerak masuk semula ke dalam gua untuk kembali ke pangkal jalan...kali ni berjalan dengan lebih cepat...takde la beriya sangat ambil gambar...dah sama je kawasan yang dilaluikan...masa ni mengah jugak dah la aku...almaklum orang tak berapa fit gitu laaa...baru setengah kilometer...hehehe
dan setelah beberapa minit berjalan di atas jambatan gantung tu, kami pun tiba semula di pintu masuk Gua Kelam ini....fuhhhh terusss dengan pantas masuk dalam kereta dan pasang aircond kuat-kuat!panas sangat hoih....sambil tu duk layan tengok orang mandi manda kat air sungai di hadapan gua tu...dalam pada tu aku terpikir, kalo kelawar kencing kat dalam gua tu, tak ke air dia ngalir ke luar tempat diorang mandi ni eh?erk?
bila dah rasa tenang dan sejuk badan...baru lah kami bergerak meninggalkan Gua Kelam ini...gua ni tak termasuk tau dalam 7 pesona perlis, aku pun tak paham kenapa tak termasuk...macam signifikan jer gua ni dengan perlis kan...tapi walaupun tak termasuk dalam senarai tu, tetap kami nak pergi...memang menarik!aku ni bukan jenis orang adventurous sangat nak selalu masuk-masuk gua ni kan...lagi yang kena panjat sana sini punya gua tu...ni kira habes hebat la ni walaupun jalan atas jambatan gantung jer...hehehe ok laaa kita sambung lagi nanti perjalanan kami di negeri Perlis Indera Kayangan ini....daaaa~

5 comments:

  1. macam rombongan sekolagh semua kena singgah ni...berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau datang Ipoh singgah di Gua Tempurung pula ya.

      Delete
    2. hehehe haah la kak...rombongan sekolah pun dah kalah ni....hehehe haaa dalam trip baru ni pi ke gopeng/kampar, memang nampak signage gua tempurung ni...tapi takdan pi la sebab kejar masa...insyaAllah next time... =D

      Delete
  2. Tak berfoto ke di papan tanda tempat paling panas kat Perlis tu... Gua Kelam tu ala-ala kat Halong Bay dan Guilin...cuma kurang formasi unik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jumpa papan tanda tu en mie!haish rugi kan...huhuhu wahhh terus saya berangan-angan nakpi Halong Bay tahun depan nih...guilin ntah bila laaa nak sampai kan....hehehehe kat Ipoh lagi menarik la kan batu kapur ni...hehehe

      Delete