Saturday, November 1, 2014

VMY2014 : Pulau Pinang >Day 4.2< : Tune Hotel, Rumah P. Ramlee & Made in Penang Interactive Museum, Georgetown


dari Pantai Miami, kami bergerak menuju ke Georgetown untuk check in di Tune Hotel pula...disebabkan kami nak stay lagi 1 malam di Penang, dan dah tak boleh claim...kena la duduk hotel murah...irma dah siap booking Quad room dengan harga RM147...quad room ni patut ada 1 queen dan 2 single bed...tapi kami dapat 2 bilik dengan connecting door...ok la kan...dah kepenatan tu, terus senyap semua dalam bilik tuh...
dalam jam 3.30 petang kami pun keluar menuju ke Jalan P. Ramlee...dah nama pun jalan P. Ramlee kan, haruslah tujuan ke sini untuk melihat Rumah P. Ramlee!masuk ke rumah ini adalah percuma sahaja...tapi sayangnya tak boleh ambil gambar di dalam pula...pasrah je la ambil gambar dari luar...nak curi-curi ambil gambar di dalam, penuh dengan cctv pula...walaupun tak pasti berfungsi ke tidak cctv tuh...hehehe kat dalam tu terdapat maklumat mengenai diri P. Ramlee tu sendiri dan ibu bapanya...ada juga bilik tidur dan dapur yang masih dikekalkan seperti dahulu kala....
lepas dah melawat ke rumah P. Ramlee kami ke Galeri P. Ramlee pula yang terletak di sebelah rumahnya...masuk ke galeri ni juga tidak dibenarkan mengambil gambar...aisehh tak dapat nak mengabadikan kenangan kan...pasrah je la...masuk dalam ni excited jer rasa bila mendengar lagu-lagu P. Ramlee yang tak asing di telinga nih....pelbagai bahan pameran mengenai hasil kerja seni dan barangan peribadi P. Ramlee dipamerkan di sini...baju-baju dia...gambar-gambar wanita yang pernah dikahwininya...poster filem, alat muzik yang pernah dimainkan dan macam-macam lagi...menarik...tak besar mana pun galeri ni...tak sampai 30 minit dah selesai pusing semua...
selesai mengimbau kenangan bersama P. Ramlee kami menuju ke Port Weld demi mencari Made in Penang Interactive Museum!asie yang dapat tahu mengenai muzium ni masa buat itinerary...baru dibuka pada penghujung 2013...muzium ni berkisar tentang penang dan dibuat dalam bentuk 3D...membolehkan pengunjung bergambar dengan gumbiranya di sini...hehehe sampai je di muzium ni, kita akan disambut dengan 'Great Wall of Penang' yang menggambarkan suasana di Pengkalan Weld pada 120 tahun dahulu...dan di hujungnya kita akan bertemu dengan Menteri Besar Pulau Pinang untuk 'duduk minum' bersama beliau...hehehe
dan dari situ kalo nak masuk ke muzium ni, kena la beli tiket...harga bagi pemegang MyCard adalah RM15...tapi kena tunjuk tau MyCard tu...ikut bilangan MyCard yang ada jer, so tak aci nak tumpang-tumpang MyCard member yer!
masuk je dalam tu, kita dapat lihat miniature yang menggambarkan kehidupan rakyat pelbagai kaum kat penang satu masa dulu...orang melayu, cina, india semua dengan aktiviti masing-masing dan hidup harmoni di penang...menarik kat sini melihat details patung yang dibuat tuh...
lepas tu kami masuk pula ke miniature Port Weld...miniature ni menunjukkan aktiviti perdagangan rempah, arang dan pewter yang rancak berlaku pada lebih kurang 100 tahun yang lalu...abang baju merah kat hujung tu aku tak kenal sape...abam yang aku kaco baca paper tu pun tak sure sapa...saje gatal ngaco anak bujang orang...hehehe
dan kemudian kami naik ke atas, menuju ke trick art hall...yeay ni tempat yang aku suka!sebab boleh posing ambil gambar banyak-banyak!hehehe agak banyak juga trick art yang ada di atas ni...memang menarik dan best...agak lama juga masa yang kami spend di atas nih...adik yang bertugas kat situ baik jer ajar kitorang posing kat tempat-tempat yang kitorang pun confuse macam mana nak posing tuh...hehehe ok jom layan gambar je la ye!
dah puas bergambar di trick art gallery, kami pun menuju pula ke interactive theatre untuk menonton filem pendek mengenai Pulau Pinang!tapi masa kami sampai jer, dah penghujung versi english...so kami kena tengok versi bahasa cina, jadinya tengok kejap je, kami dah angkat punggung blah...tak faham daaa...malas nak tunggu 7 minit katanyerr....
turun ke bawah balik, kita akan lalu sikit lagi trick art yang ada...tak lepas peluang la bergambar lagi kan...paling menarik bergambar dengan instagram ni dan jangan lupa #madeinpenang tau kalo upload gambar di instagram tuh..
sampai di luar, jumpa balik adik yang banyak tolong kitorang kat atas tadi tu..laju je aku tanya diaa arah nak pergi ke Padang Kota Lama...nasib adik banyak membantu tau..suka hati kakak...hehehe so nak buat apa ke Padang Kota Lama tuuu...haa tungguuu...

8 comments:

  1. Wahhh... Macam best je MIPIM tu... Siap ada tricky lagi... Adoi... Must go laaa one fine day...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best laa museum ni SS...klo ke penang, harusss singgah tau...

      Delete
  2. Macam pelancong kekdahnya....berpeta bagai...hehe. wah... menarik gak mipim tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe mmg pelancong la tuu en mie...hahaha mmg best museum ni en mie..kna pi nnti yer!

      Delete
  3. Aku suka gila interactive museum tu. And walaupun aku dah cakap Trick Eye kat Japan last aku masuk, nampak gaya aku kena masuk kat Penang punya. Aku suka arts dia.

    Wei ko tanya jalan ke Kota Lama ke ko nak ajak adik tu cari gaduh kat padang. Gangster woii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mmg best weh..sila msuk dlm iti ko klo ke penang okehhh...hahaha yg ni lbih dktt di hati gituuu...

      Hahahaha! Hoi hakak berbudi bahasa tauuu ngn hadik tewww...mana ada gangsterrr...hahaha

      Delete
  4. Eh..ehh...di Penang pun ada ke trick art gallery..gigih tau JM Pegi cari kat Seoul nun jauh di sana..tapi x best sbb JM x pandai buat aksi dan memek muka spt DJ dan Bie...nampak real uolss...suka sgt pic2 DJ di trick art galeri tu

    Gambar last tu cam nak bergaduh je ngan adik tu ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah la JM, xsngka gk sini pun ada.mmg best giler..hahaha yg kt seoul sy xpi lg, pnh pi yg jeju jer.nk kna pi gk nnti nih..hahaha bakat berlakon smulajadi tuh...hahaha

      Ehhh tu bkn gaduh..tu berbincang nmanyer...kehkehkeh

      Delete