Monday, October 7, 2019

Happy 10th "COP PASSPORT" Anniversary to ME!

bila datang bab gedik aku ni, semua benda aku nak anniversary kan...sib baik takde boipren ke laki kan, kalo tak mau hari 1st jumpa aku sambut anniverary, hari risik pun ada anniversary, hari tunang, hari kawin, hari segala hari lah semua nak di annivesary kan...hahahaha pendek kata aku jenis suka ingat date, sebab tu aku suka benda-benda anniversary ni kot...hahaha hari tu aku dah ada 10th Travel Anniversary With Sue kan sebab aku kira dari kali pertama kami travel bersama dalam negara lepas kerja dulu iaitu pada Disember 2008...tapi kali ni aku nak kira 10 years tu dari kali pertama aku cop passport plak...hehehe kita nya travel keluar negara laaa...so asalnya aku buat passport pertama aku pada September 2009 sebabnya aku kena ke Bangkok untuk menghadiri conference...makanya percuma la passport aku tu untuk 5 tahun sebab boleh claim dengan pejabat, sebab urusan rasmi kan...haaa masa tu leh buat passport 2 ke 3 tahun entah murah sikit...tapi sebab leh claim terus aku ambil 5 tahun...dannnn segalanya bermula dari situuu...hehehe...dah la passport percuma, naik plak business class dan lepak Golden Lounge weh...haaa memang rezeki sangat...hehehe...
Perak gila dengan boss dapat naik business class dan masuk Golden Lounge pastu poyo pakai kot ke hulu ke hilir
trip ke luar negara aku yang pertama bagi tujuan berjimba adalah pada Disember 2009, aku ke Singapore dengan Sue dan Rina...kami naik bas je dari JB!hahaha...punya laaa nak sangat cop passport kannn...hahaha....eh aku sebelum buat post ni, aku mati-mati ingat first oversea trip bagi berjimba aku adalah dengan Sue ke Jakarta dan Bandung...lupa gila aku kat Singapore ni, mentang-mentang naik bas kan...hahaha...tapi lepas tu aku ke Singapore lagi sekali naik flight dengan Anim sebab nak pi USS, then lepas tu la baru aku ke Jakarta dan Bandung...naik KLM kauuu...over kan...hehehe...
Kali pertama ke Singapore wajib la bergambar di Orchard Road, bersama Rini dan Sue (Dis 2009)
Masa ni USS baru buka, tak banyak game leh main lagi bersama Anim (April 2010)
Trip ke Jakarta dan Bandung dengan Sue, gigih naik keretapi (Dis 2010)
dan selepas 10 tahun sibuk mengecop passport sana dan sini tak kira untuk berjimba atau kerja, Alhamdulillah aku dah berpeluang menjejakkan kaki ke 26 buah negara lain, selain Malaysia...Syukur dengan rezeki ni, memang tak sangka betul...dan aku kira dalam kes 10 tahun cop passport ni, ianya melibatkan 52 trips dan hampir 80 buah negeri / city / pekan yang aku dah jejak...dan dalam banyak negara / negeri tu ada beberapa gak yang gatal duk repeat contoh macam Singapore (8 kali), Seoul (4 kali, soon jadi 5 kali, InsyaAllah), Bangkok (4 kali), Bandung (3 kali) dan 2 kali untuk Padang, Bali, Banda Aceh dan Siem Reap...hehehe...
Hadiri seminar di Singapore bersama Shazlina, best sebab kali pertama kena present paper di luar negara (Jan 2011)
Percutian keluarga ke Padang, Indonesia yang banyak drama sebab sehari sebelum pergi aku tau passport aku disenaraihitamkan sebab tak bayar PTPTN...hahahaha! (Feb 2011)
Alhamdulillah banyak gilaaa kenangan dan pengalaman yang dikutip sepanjang tempoh ini...kos perbelanjaan untuk selama 10 tahun ini pula, rasa sedih nak sebut, kalo tambah lagi RM10,000 dah boleh beli Proton X70 wei!hahaha...gila lah...but I am happy with my choice...it's okayyy la kalo takde duit dalam bank menimbun-nimbun macam orang lain, tapi aku ada blog yang penuh dengan kenangan dan informasi untuk semua orang...gitu...hahaha...
Bersama Sue ke Delhi, Agra dan Jaipur, India, mrerupakan trip luar ASEAN pertama kami...selamba je berdua ke sana sedangkan masa ni tak ramai lagi cerita orang Malaysia ke sana (Jun 2011)
Birthday trip ke Cambodia merupakan perintis kepada birthday trip sehingga kini di luar negara...hahaha dan kali pertama travel dengan Dini dan Amoi bersama Sue yang membawa kepada banyak trip bersama seterusnya (Sept 2011)
Menunaikan umrah bersama Sue, rezeki kami masa ni boleh tumpang mahram lagi...balik je kami dari umrah dah keluar syarat takleh tumpang mahram dah...huhuhu... (Feb 2012)
Bersama Sue ke Bali dengan bajet paling limited sebab duit dah banyak habes ke Umrah tapi rezeki sampai juga kami ke sini (April 2012)
Kali pertama ke South Korea bersama Sue yang membawa ke hampir 5 kali ke sana dalam 10 tahun ni...suka sangat kami dengan Korea ni sampai digelar balik kampung (Jun 2012)
Birthday trip ke Medan, Indonesia bersama Dini. Travel dengan Dini memang gambar cantik la sebab dia gigih usung DSLR ke hulu ke hilir masa ni (Sept 2012)
dulu-dulu aku ada aim iaitu aku nak jejakkan kaki ke 40 buah negara by umur aku 40 tahun nanti...aku pun tak pasti angan-angan ini boleh jadi kenyataan tak sebabnya masa tahun 2016 hingga 2018 tu aku slow down sikit travel dan langsung takde negara baru aku jejaki...almaklum masa tu ada kekangan sikit dari segi kewangan dan travelmate...pastu sibuk plak dengan 'hobi' baru, makanya memang kelaut laa angan-angan aku tu...so by end of this year, InsyaAllah ada satu lagi negara baru aku akan jejak...so akan menjadikan bilangan negara kepada 28 termasuk Malaysia...so antoher 12 buah negara dalam 3 tahun lagi?mampukah aku?hahaha korang tolong doakan ya!muahciked!
Solo trip paling jauh aku pergi sampai ke Lisbon, Portugal demi sebuah kursus...kali pertama menjejakkan kaki ke benua Eropah sampai rasa sedih nak nanges keseorangan dan laparrrr...hahaha (Mac 2013)
Trip paling mahal dan paling murah rezeki...hahaha banyak drama juga...tapi best berpeluang menjelajah Italy sampai ke Rome semasa ada mesyuarat di Parma, Italy bersama bosses, siap naik busniess class sampai London weh! (April 2013)
Mega trip ke New Zealand yang awesome bersama Dini dan Sue sempena birthday Dini dan merupakan trip paling membocorkan poket setakat ini (Dis 2014)

10 comments:

  1. Gambar last tu, walopun bocor poket tapi berbaloi la sbb lawa nau gambarnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kannn...bocor pun myb sbn trip plg lama gak...almost 2 minggu...tp NZ mmg sgt lawaaaa...berbaloi lah abes duit...hehe

      Delete
  2. Gambar masa menunaikan umrah tu yang belah kanan sis tu nama Adini kan? Senior saya tu. Sis DJ satu tempat kerja dengan dia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah adini namanya. Sy pun lupa kalo awak x ckp. Hehehe kebetulan 1 group umrah. Xkenal pun sblm tu. So ni geng2 muda la dlm group tu. Yg mak2 org 1 group. Hahaha

      Delete
  3. congrats DJ banyak jejak negara tu... :)

    kita dulu masa kapel dgn ex, gitu la... 1st day jumpa anni...setiap bulan wish...sempena month-versary...cukup setahun pon anni lagi...sudahnya putus...buang masa kita wish bagai hahahaha

    sekarang ni arab saudi dah buka balik bujang boleh pergi atas visa pelancong.. doakan kita dgn kawan-kawan jejak kaki sana sama2... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ok yg tu kelakar...duk anni, anni last2 putus...kan buang masa dan perasaan sebenarnya hubungan x jadi ni. Moga next relationship till jannah yaaa...hehehe

      Haah baca gak psl tourist visa ke arab saudi tu. Cuma details procedure dia xtau lagi...heheh insyaAllah moga dipermudahkan...

      Delete
  4. wahhh,, tahniah sis DJ. Inspired betoi.. caiyok..caiyokk... 40 negara mesti boleh punyalah! hihihi..
    Salah satu blog yang suka baca dari dulu lagi, sebab bila baca macam tengah bersembang, hihi.. best...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha insyaAllahhh doa2kan lah yaaa....macihhh sudi baca blkg merapu meraban syiok sendiri ni...hehehe

      Delete
  5. Alhamdulillah. Bersyukur dengan rezeki Dia bagi. So, xdelah nak komplen benda2 kecik tau *flip tudung*. Aku doakan berjaya kau realisasikan impian 40 countries by 40 years old. Amin, amin. Boleh punya dengan syarat stop balik kampong dulu kang jadi macam aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kita manusia biasaaaa...kdg terkomplen juga...hahahaha aminnnn aminnnn moga tercapai laa misi tu walaupun tak nampak jalan lagi. Hehehe

      Delete