Thursday, January 26, 2017

Aku seorang RUNNER!

hahahaha tajuk post takleh blah!hahaha yezzaa seperti yang aku share dalam post Selamat Tinggal 2016, Selamat Datang 2017 yang lepas, aku start masuk larian pada tahun 2016...lepas raya je pun baru start dan hasilnya aku berjaya kumpul 6 buah medal pada tahun lepas!hehehe so meh aku share sikit ceritanya kat sini...sebagai pembakar semangat semuaaaa untuk menjalani gaya hidup sihat...hahaha sihat la sangat kan, makannnn macam hapee jer!hahahaha...

Team Malaysia Fan Run 2016 (10 km) di Putrajaya
17 Julai 2016 - pertama kali join larian ni, aku beli bib dari orang...tak register awal-awal sebab malas, sekali yang tinggal hanya 10 km jer...walaupun kawan lain masuk 5 km, aku belasah jer la lari sorang-sorang untuk 10 km ni...hahaha nasib baik laaa masa nih masih fit kan...makanya dapat juga laaa abeskan larian ni dalam masa kurang dari 2 jam!hahahaha pencapaian sangat tau, bongkak dan takabbur jap rasa masa ni sebab seriously sebelum lari aku cuak!duk pikir mampu ke aku...hahahaha...lepas abes lari baru jumpa kawan-kawan lain yang masuk juga seperti Ab, CikWi, Zu, Nor dan Syu...

NBOS Run & Ride 2016 (5km) di Putrajaya
14 Ogos 2016 - lepas dah eksyen lari 10 km, aku mula hasut rakan-rakan opis lain untuk join next larian...hasilnya lepas sebulan kami masuk larian secara berjemaah...again di Putrajaya jugaaa...kali ni ramai gila yang join dan dah mula gedik-gedik nak berOOTD secara berjemaah...hahaha gigih carik cekak kucing dan plan warna tudung nak pakai...larian kali ni cuma 5 km je sebab ada yang baru nak belajar masuk kan...hehehe best lari ramai-ramai dengan Asie, Zu, Syahnaz, Wani, Dila, Raja, Farid, Nor dan Ani...

The Running Diva Malaysia Pinktober 2016 (3 km) di Putrajaya
23 Oktober 2016 - bila semua dah gila berlari ni, kitorang masuk lagi larian secara berjemaah...kali ni faktor keunikan medal juga membuatkan kitorang nak masuk larian nih!hehehe comel gila medal!dah nama pun running diva kan, harus berdivaan la kita...masuk larian pun memasing berlipstik merah...hahaha...lari main-main je masa nih...saja seronok-seronok jer...ahli jemaah adalah Raja, Dila, Nani, Farid dan Syahnaz...masa larian ni best tengok orang lain duk berOOTD!memang sporting lah!kitorang pun taknak kalah dengan bunga-bunga chenta di kepala...hahaha!

Putrajaya Night Marathon 2016 (10 km) di Putrajaya
12 November 2016 - selepas  beberapa larian duk berjimba, akhirnya aku decided nak serious balik berlari dengan ambil 10 km...haaa sebabkan serious, sah-sah laaa ahli jemaah tak ramai mana...hahaha kali ni aku dengan Syahnaz jer berdua...tapi tetap nak kena beli something letak atas kepala tau...last sekali segan sebab yang masuk kali ni semua serious berlari, takde pun berperangai seperti kami...hahahaha dannnnn kali ni aku pancit gilaaaa!sakit gila tapak kaki melecet!tapi berjaya juga abeskan 10 km tu dalam kurang dari 2 jam!hehuuuu....

Raise Your Flag Virtual Negeri Sembilan (3 km) di Virtual Run
16 Disember 2016 - aku dapat medal daripada Tixtac yang menganjurkan virtual run...virtual run kita register, pastu lari sendiri dan hantar bukti dah lari pada penganjur, then dapat laaa medal!haaa aku memula menentang gak konsep virtual run ni sebab introvert sangat aku rasa lari sorang-sorang sempena nak dapat medal!hahaha baiklaaaa masuk event betul-betul kan, dapat cuci mataaa...hahaha tapi akhirnya aku kalah dengan virtual run dengan bendera Negeri Sembilan nih!hahaha gigih la ambil jugaaaa...hasilnya, aku sukaaaaa medal ni...sempena negeri yang lamaaa aku pernah bertapak...gituh...

Run and Save The Cats 2016 (3 km) di Putrajaya
24 Disember 2016 - larian penutup bagi tahun 2016 bersama ramai kawan-kawan...yang sepejabat ada Irma, Asie, Syahnaz, Adila dan suami, Raja dan Wani sekeluarga...pastu kat sana jumpa dengan Ab, Dzuli, Ean, kakak Ean, Azra, Paksu dan Agus!memang meriah bergambar lepas abes larian kali nih...pun larian santai jer, saje nak ajak ramai-ramai ber#sweatisfatcrying di hujung tahun...hehehe medal pun comel...apa lagi, lari acah-acah comel anak kucing laaaa uolsss...meowwww....
overall sangat berpuas hati dengan aktiviti larian pada tahun lepasss...dan insyaAllah aku akan teruskan usaha pada tahun ni jugaaa...so far Januari dah lari satu event, Februari sampai Mei dah register jugak...hahahaha insyaAllah nak cubaaa satu medal setiap bulannn...gituhhh....semangat hoih!haaa korang apa lagi, jommmm LARI! =D

4 comments:

  1. Gigihnya kak Yah hari2 update belog. Ahaksss... Anyway nak lari gak smua dah katup sadis sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigih nk cover blik bykkkkk gila entries tertinggal...hahahaha

      Eii byk je lg running event lahh...pi tgk link aku share aritu...

      Delete
  2. hebat berdumbell dumbell !!!

    semoga terus istiqamah...

    ReplyDelete