pada 28 Mei yang lepas, sempena besday anak buah aku, si Zara tu, kitorang bercuti di KL!hehehe budak kecik tu kemain, request nak besday kat hotel ok!eii ngada sangat...tapi mak aku tak suka dah kalo bercuti sekeluarga duk kat hotel ni, dia cakap payah nak main dengan cucu...then kitorang plan nak masak-masak dari rumah, tu yang pilih sekitar KL je...so adik aku pun duk usha lokasi yang best sekitar KL ni...cari punya carik, kami semua setuju untuk ke Lanson Place Serviced Apartment yang terletak di Bukit Ceylon, KL...
sampai je di Lanson Place ni, kitorang terus ke lobby area untuk check in...masuk je lobby, pergh cantik seh...aku suka...adik aku duk setelkan urusan check in, aku duk usha kawasan lobby tu...suka gila aku ada ruang tamu yang cantik berhadapan dengan kaunter check in tu...berangan-angan aku nak ada rumah macam ni...hehehe tapi angan je laaa...hehehee oh untuk kali ini, kitorang memilih untuk stay di 3-bedroom Deluxe Residensi dengan city view!
dapat je kunci terus parking kereta dan menuju ke tingkat 27!masuk jer, wahhh cantik gila apartment nih!terus berangan nak ada rumah cenggini...hahahaha apartment yang lengkap dengan semua benda nih!memang syiok lah...luas gila ruang tamu dan dining area dia...selain tu ada 3 buah bilik dan juga 3 buah bilik air...memang sangat selesa!
dapur dia luas gila ok...ada electric stove with hood, microwave, oven, fridge besar dan segala pinggan mangkuk yang diperlukan memang lengkap!terbaik!selain tu apartment ini juga lengkap dengan washing machine dan dryer, iron dan ironing board...dan aku difahamkan juga ada swimming pool kat sini tapi tak sempat terjah daaa...
dah abes tour satu rumah, kami pun cepat-cepat siapkan sambutan birthday Zara!sebabnya kitorang ada less than 1 hour sebelum abang aku sampai dengan birthday girl tuh...hehehe sakan laaa Atok, Opah, Makngah, Alam dan Ashu menyiapkan susunan makanan dan dekorasi untuk birthday girl...makanan semua homemade tau kecuali desserts!hehehe
tak lama dah siap tu, birthday girl pun sampai!tersipu-sipu dia kan buka pintu orang nyanyi-nyanyi...hahaha haaa apa lagi seronok nampak banyak hadiah...terus pi situ dulu...lepas tu baru usha makanan atas meja...haaa selesai ambil gambar, apa lagi, terusss serbu makanan!lapar hoih...hahahaha sedapnyaaa semua makanan...eceh puji diri sendiri sebenarnyaaa...hahahaha!
happy 4th birthday Zara walaupun dah setengah tahun berlalu...hahaha Makngah loves youuuu...moga jadi insan berguna kepada Atok, Opah, Mama dan Papa...bahagia dunia akhirat...baby makngah ni...huhuhu sedih tengok dia makin membesar...
petang tu kami just lepak, ada aunties aku yang datang petang tu makan-makan...sambung tido...sampai laaa malam, kami sempat keluar dinner kat luar...yang tu aku cerita dalam next entry...dan akhir sekali, layan pemandangan Kuala Lumpur dari tingkat 27...Selamat Malam Kuala Lumpur!
teringin nak rasa air kopi yang ada gula kapas ibarat hujan membasahi pipi tu.
ReplyDeletePi la ajk john. Dia pnh pi tuh. Hehe
DeleteTq
ReplyDelete