Thursday, January 26, 2017

Restoran Bangi Dong, Bandar Baru Bangi

ada satu masa tu, lepas aku masuk larian pertama dalam hidup...hahahaha larian 10 km plak tu, terus rasa nak reward diri sendiri, aku ajak adik aku pi cari makanan yang konon nya sedap yet healthy...hahahaha pikir punya pikir, terasa nak cubaaa Korean BBQ yang baruuu je dibuka masa bulan puasa hari tuuu...haaa samapi je kedai memang takde orang lagi sebab masih awal petang...
masuk je kedai ni terus teringat Korea!lagi-lagi Yang Good Restaurant kat Seoul sebabnya dia ada cerobong  asap tu...hehehe kat Korea je ada benda-benda camni...tak sangka kat Malaysia dah ada wehhh...rasa terharuuu...hahahaha...
dah pilih seat, terus kita usha menuuu...banyak juga pilihan makanan korea yang ada kat sini...tapi dah semestinya specialties dia adalah BBQ kan...untuk BBQ ni dia ada offer set combo atau pun ala carte...dalam set combo tu dah siap laa dengan nasi dan soup bagai...selain tu ada laaa makanan korea macam bulgogi, bibimbap, kimchi jiggae dan macam-macam lagi...nyummeh!
dan akhirnya kami berdua memilih untuk cuba Set Combo 2 (RM80) yang ada Beef Prime Ribs, Ribeye, Garlic Fried Rice tapi kitorang request tukar kepada Kimchi Fried Rice dan Spicy Beancurd Soup...actually dalam set beef tu diorang bagi juga beberapa ketul dumpling dan 'teok' atau kuih beras...
dan macam biasa laaa kalo ke mana-mana kedai korea ni, semua makanan akan disertakan dengan pelbagai jenis banchan diaaa...untuk kali ni kitorang dapat kimchi, salad dan juga fish cake!sedappp salad dia tu...nyummeh!
semua makanan dah sampai, diorang mula pasang api...panas gilaaa api ni hoih...haaa dah siap api tu, apa lagi...susun la cepatttt daging-dagingan tu atas pembakar...perut dah lapar nih...hehehe tapi dumpling dan rice cake tu kejap je aku letak atas pembakar, lepas tu aku campak masuk dalam soup jer....hahahaha...
lepas dah siap masak tu apa lagi, balut laaa daging bakar tu dalam daun salad...letak laaa bahan-bahan BBQ yang diberi seperti minyak bijan, cili hijau, cili paste, garlic atau bawang merah dalam daun tu dan telannn sekali...hahahaa...kalo nak campur banchan sekali dalam daun pun bolehhh...atau makan la daging tu dengan nasi yang diberi sekali...punnnn sedappp!hehehehe
overall aku suka je makan kat sini...takde la sedap gilaaaa tapi aku suka...rileks je makan daun-daun tu balut daging tu disulami dengan cili dia, bawang dia, banchan diaaa...nyum nyum...fefeeling sangat tau...hahahaha dannn kunjungan pertama aku telah berterusan ke beberapa kali selepas itu...dengan kawan-kawan yang berbezaaa...boleh kira banyak kali jugak laa sebenarnya aku dah ke sini...so korang kalo terasa nak makan Korean BBQ, leh la terjah Restoran Bangi Dong ni yer...layan bbq dia, memang berbaloi!

2 comments:

  1. wahh..bestnya, boleh feeling2 mcm kt korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn memang fefeeling korea pun...hehehe nasib tak sejuk je tau...hahahaha

      Delete