Tuesday, January 24, 2017

Restoran RSMY, Setapak

aku dah lamaaa gila teringin nak makan cheese nan yang famous di Restoran RSMY nih...akhirnya pada bulan Ramadhan lepas, aku berkesempatan terjah Restoran RSMY yang terletak di Setapak ni...selain kat Setapak, RSMY ni ada juga di Medan Tuanku, dan terkini ada dibuka di Bandar Baru Bangi!yeay!hehehe...ok please bear in mind, masa aku pergi ni adalah malam lepas buka puasa...lewat-lewat juga la aku dengan adik-adik aku pergi masa ni...acah-acah takde orang la kan...sekali sampai, mak kauuu meja penuh!orang beratur panjang!hohoho nak nanges jer rasa masa nih...tapi sebab dah datang jauh-jauh, gigih la menanti...usha-usha meja yang dah nak abes makan tu, tunggu la tepi tu...aku rasa lebih setengah jam juga la baru nak dapat meja masa tu...dah dapat meja, ada plak pengkid nak berebut meja dengan aku, memang panas la kan...hahahaha...
dapat jer tempat duduk, terus usha menu...masa nak order, rasa panasss jer hati sebab banyak yang dah habis!huhuhu segala ayam, beef keema yang ramai orang suggest semua dah abesss...sedih!dah la banyak abes, lama gilaaaa kami kena tunggu makanan...sobs sobs sobs...memang wrong time sungguh la kami datang ni...so dalam keadaan serba tak kena tu, tetappp kami order Yummy Cheese Naan (RM8) yang famous ituuu...haaa nampak biasa jer kan?kan?hahahaha sekali kau tarikkkk, perghhhh menarik-narik cheese diaaa...hahahaha takde lah leleh bagai, tapi banyak la cheese diaaa...sedappp gebusss...makan plak masa panas-panas tu, fuhhhh terus terubat tau hati aku...terus rasa nyesal order satu...tapi namanya nak tambah order, memang tak laaa kan...mau sampai sahur kang aku duk kat situ tunggu order tambahan...hahahaha...
selain daripada Yummy Cheese Naan tu, adik aku order Garlic Cheese Naan (RM7)...yang ni pun sedap gak...gebussss roti dia tapi aku suka lagi Yummy Cheese Naan tu sebab banyak cheese dia...hehehe dan selain tu kami order juga Ayam Kerayi (RM5)...ayam ni memang biasa je la pada aku, dah la dia bagi part dada lagi laaa aku tak berapa selera...oh ye, makan roti naan kat sini diorang memang takde bagi kuah, so memang kena order lain...tapi pada aku, tak payah kuah pun takpeee...makan gitu saje pun dah sedap sangat dahhh...hehehehe...
dan selepas makan di bulan Ramadhan tu, aku memang teringat-ingat laaa kelembutan dan kegebuaan roti naan kat sini...tapi namanya nak pergi memang idok ler sebab jauh sangat...sampai la pada November lepas, aku ada kerja kat KL...terus aku paksa Ab teman aku makan kat Restoran RSMY, Setapak ni...niat awal nak try layan kat Medan Tuanku, tapi pikir mesti jem, terus pi yang kat Setapak je...datang dalam kul 6 petang, memang takde orang la kan...haiyookkk heaven!hahaha berbeza dengan masa 1st time datang...masa ni, order apa pun semuaaaa ada!hahaha so kali ni aku order Yummy Cheese Naan (RM8) dan Ayam Tandoori (RM10)...dan Ab plak ambil Garlic Butter Naan (RM6) dan Beef Keema (RM10)...nyum nyummmm sangat!dapat makan dengan tenang takde orang...hahahaha sedap!beef keema tu sedap!hehehe...hadoi sambil menaip ni, aku kelaparan weh!huhuhu....
dan lepas ni, boleh laaa aku layan RSMY yang kat Bandar Baru Bangi pulak...senangnya bila dah dekat ni kannn...hehehehe hari-hari pun bolehhh nak layan Yummy Cheese Naan dia yang sedap dap dappp tuuu....yeehaaaa!

5 comments:

  1. kiter dah lama jugak teringin nak makan cheese nan nie..selalu mkn yg branch murni tu...mmg sedapp...tapi kalau nak ke kl atausetapak tu mcm jauh nau2...ehhh dkt bangi bukak area mana tu..dekat skett nak tryy...nanti habaq mai naaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe yg kt murni tu bkn rsmy tau...hehe kat bangi kat seksyen 8 tp br buka kjp aritu dia tutup blik sbb xckup pkerja katanye. Follow la IG diorg if nk tau update...hehe

      Delete
  2. aku slalu pegi yang depan maju junction tu. hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo kt medan tuanku tu eh. Situ mcm besar lg kan..

      Delete