Monday, January 23, 2017

Melantak Steak Hub, Melaka

Sambungan dari: Mencari Bima Sakti di Pantai Klebang, Melaka

Melantak Steak Hub ni terletak di Kompleks Perniagaan Kota Syahbandar, dekat jer dengan Klebang...tak payah masuk bandar Melaka...konsep kedai ni sama jer macam Menate'...nak makan steak, kita pilih daging dalam chiller dia tuuu...selain daging, ada lamb, ayam dan salmon juga dalam chiller dia...gambar tu aku malas nak rotate...pusing je kepala kalo nak tengok eh...hehehe...
selain leh pilih pilihan hati dari chiller yang ada, kita boleh juga direct order mengikut menu yang disediakan...ada pelbagai pilihan juga kat sini...selain dari daging-daging untuk karnivor macam aku, ada juga burger, seafood dan chipss...
so memasing order la ikut tekak masing-masing...antara makanan pilihan kami adalah spiral fries yang sedap nih!nyummeh sangat...ada yang ambil steak...harga mengikut berat yer...kat dalam chiller tu dah siap-siap letak harga...so pilih ikut poket masing-masing...hehehe aku pula layan lamb rack...pun nyummeh!sedap laaa boleh tahan...boleh laa nak lawan Menate' tu kan...hehehe dan ada juga yang order ayam apa tah...tapi sedap weh...juicy gila ayam dia, luar plak well grilled...nyummeh!overall aku suka kedai ni dan makanan dia pun sedap!harga pun ok laaa...next time datang Melaka leh layan sini lagi...hehehe...

No comments:

Post a Comment