Monday, January 30, 2017

Jombali, Putrajaya

bulan Ogos lepas ada satu kedai makan baru buka area pejabat aku...Restoran Jombali!yang dibuka sebelah Dorsett Putrajaya...so selaku kaklong kawasan, haruslah membuat lawatan tapak kan...hahaha dan kata lalu hari-hari, hati gelisah oi kalo tak singgah nih...eh. besar juga kedai ni, dan masa kami datang ni je kosong, tapi dah tengah makan, full house ok!mayb sebab terletak di kawasan pejabat, harus penuh orang kan....
tanpa buang masa kita usha menu!haaa banyak gilaaaaaa pilihan makanan dia....pilihan untuk nasi goreng dia jer, aku rasa lebih 10 weh...rambang mata!hahaha pastu ada juga la western food, noodles dan snacks...haaa aku memulakan ingat kedai ni kedai makanan Indonesia!hahahaha rupanya Malaysian Foods la weh...dah nama kedainya tu Bali kannn...hahahaha
so aku layan Nasi Goreng 3 Rasa (RM16.39) yang didatangkan dengan ayam goreng...biasa jer la pada aku nasi goreng aku ni...Irma pula layan Nasi Goreng Salted Egg Chicken (RM18.59), haaa yang sedappp aku suka!sedap salted egg yolk dia tu...Raja pula layan Nasi Goreng Chicken Chop (RM20.79) yang sedapppp!ayam dia fresh dan besar...yang ni aku suka...dan CikWan pula ambil Nasi Goreng BBQ Honey Chicken (RM16.39) yang terlalu manis!tak lalu kat tekak aku haih...sian CikWan terpaksa menagih simpati ayam orang lain...hahahaha...overall ok la aku rasa kedai ni tapi entah mengapa, sampai sekarang aku tak pernah repeat pun tempat nih...hahahaha...tak melekat di jiwa lah kot makanan dia...hehehe...sorry!

2 comments: