Monday, September 29, 2014

VMY2014 : Utagha Trip Day 2.2 : Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok Kedah

dari Kota Kuala Muda, Kedah, kami pun menuju ke arah utara lagi...menuju ke Lembah Bujang!haaaa korang belajar sejarah kan?kan?mesti tau kan mana aku nak pergi di Lembah Bujang ini....hehehe perjalanan dalam 30 minit...agak kelaut juga guna waze nak ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok ni...nasib baik gps dalam kepala dan hati berfungsi baik lagi...ikut jer la kata hati...hahaha sampai juga kami kan...di sini ada muzium dan candi-candi lama terletak di luar bangunan muzium...masa sampai panas terik!jadi kami decide nak cepat-cepat habis jalan di luar dahulu, baru la masuk ke dalam muzium...
untuk pengetahuan korang, kalo yang tak tau la kan...dikatakan Lembah Bujang ni dulu merupakan tapak candi yang tertua di Asia Tenggara....even lagi tua dari Candi Borobudur dan Angkor Wat...tapi sayang kan tempat ni tak jadi famous macam 2 tempat yang disebutkan tuh....huhuhu ianya dikatakan sebuah tempat pertemuan perdagangan utama satu masa dulu...sebab tu banyak dijumpai artifak-artifak di sekitar kawasan ni....ok aku tak pandai sangat nak explain pasal sejarah, jadi nak tahu lanjut pasal Lembah Bujang ni sila laaa google...ada banyak ceritanya...even masa belajar dulu pun ada kan kisah Lembah Bujang...tapi minta ampun cikgu sejarah, saya dah lupa kisahnya...huhuhu tapi sebabkan aku terbaca ada ura-ura tempat ni nak dirobohkan bla...blaa...blaa....politik...etc...sebab tu aku pergi juga tempat ni...malu laaaa Angkor Wat dah sampai, Borobudur & Prambanan dah sampai...Bagan bakal nak sampai...eh?tapi orang tanya Lembah Bujang yang beratus tahun awal dari tempat-tempat tu dan located in Malaysia, aku tak sampai?huhuhu #hentakkepalakatcandi...

sampai je di kawasan tepi muzium, kami dapat lihat bongkah-bongkah batu yang besar...dikatakan dipahat untuk pembinaan candi-candi yang ada...kagum aku, mana laaa diorang dapat batu-batu besar ni dan pahat guna apa beratus tahun dahulu...ada juga pengisar, lesung dan pemerah tebu yang diperbuat daripada batu-batu besar...bayang laaa dah besar aku dah haaaa lesungnyaa....diorang guna untuk buat belacan zaman dolu kala tu...untuk kapasiti besar...buat meniaga mungkin...
dan seterusnya kami menaiki tangga berbukit....menuju ke arah 4 buah candi yang terdapat di sini...khabarnya ada banyak lagi candi di sekitar kawawan ini...tapi yang 4 ni sahaja yang dibawa ke muzium ini....masa di sini, hanya kami bertiga je ada...dah la asie baca kisah mistik berlaku kat sini, tapi waktu senja laaa...tapi tetap aku cakap ngan diorang, jalan cepat-cepat...ambil gambar mana patut jer, pastu balik!huhuhu aku ni sakan gak imaginasi membayang yang bukan-bukan...sobsss...jangan ikut perangai bengong ni yer...
candi pertama yang dijumpai adalah Candi Pendiat...ianya dijumpai kali pertama pada tahun 1940 di Kampung Pendiat, Merbok...jadi selepas kajian oleh Jabatan Muzium, ianya kemudian dipindah dan dibina semula di muzium ini...dikatakan binaanya berunsurkan Hindu, dan semasa kerja-kerja penggalian, banyak dijumpai tembikar China, alatan senjata, permata dan arca Buddha diperbuat daripada gangsa...
kemudian kami sampai pula di Candi Batu Pahat...candi terbesar di Lembah Bujang ini....dikatakan tempat ianya terletak kini sememangnya tempat asal candi ini dijumpai...dibina semula pada tahun 1960an...juga semasa proses penggaliannya banyak ditemui barang-barang berharga dan juga barangan menyembah hindu....
dan kemudian melihat Candi Pengkalan Bujang pulaaa....candi ni dikatakan dijumpaai berkembar dengan 22 Candi Pengkalan Bujang...dikatakan telah dijumpai paku pada candi ni membuktikan badan candi ini diperbuat daripada kayu...dijumpai juga terracotta warrior pada candi ni, selain dari barangan emas...kajian menunjukkan ianya adalah candi buddha yang dihasilkan pada kurun ke-11 Masihi...
kemudian kami melihat ke candi yang terakhir iaitu Candi Bendang Dalam...candi ni terletak di hujung kawasan, dan di tepinya adalah hutan...masa ni dalam hati dah berdebar dah...mula nak pikir bukan-bukan...sobsss...terus ambil gambar cepat-cepat dan ajak diorang turun!
dan dengan itu, tamat la lawatan kami ke candi-candi zaman dolu kala ini...sayang betul tempat ni tak famous macam candi-candi di Indonesia, Cambodia dan Myanmar tuh...kalo tak, sekurang-kurangnya boleh beri peluang menjana pendapatan pada orang kampung sekeliling...huhuhu selepas puas berpanasan di kawasan candi-candi, kami menuju ke arah muzium...muzium dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang..masuk pun free sahaja....
sebelum masuk, kami melihat dahulu perahu kayu lama yang dipamerkan di tepi muzium...panjang-panjang perahu yang dikenali sebagai Sagor ni..dikatakan sebagai perahu tradisi orang lama di Kedah dan diperbuat dari pokok balak...no wonder laaa besar gedabak perahunya!
ok jom kita masuk ke dalam muzium...seperti biasa, kena la isi dulu borang pelawat kan...sebagai rekod diorang..masa kami datang ni, ada pameran duit-duit lama...pelbagai jenis duit lama dipamerkan di hadapan kaunter dan kalo nak beli pun boleh...tapi kami sekadar menjamu mata je laaa...belum ada minat kumpul duit lama...huhuhu
muzium yang dirasmikan pada tahun 1980 ni merupakan muzium pertama berasaskan arkeologi yang dibina di Malaysia...ianya menempatkan pelbagai artifak-artifak arkeologi yang mengaitkan Lembah Bujang sebagai sebuah pusat dagangan terunggul di Asia Tenggara pada kurun kedua hingga ke-14 Masihi...
di satu sudut dalam muzium ni, ada dipamerkan koleksi barangan artifak yang dijumpai serta gambar-gambar semasa kerja-kerja penggalian arkeollogi dilakukan di setiap candi sejak tahu 1840 lagi.....memang menarik perhatian sungguh...setiap candi mempunyai cerita dan sejarah yang tersendiri...jom tengok gambar je laaa eh...
selain itu, turut dipamerkan juga gambar-gambar kronologi aktiviti penggalian arkeologi dijalankan...nampak macam menarik jer kan...aku rasa macam ilmiah jer kalo buat kerja-kerja cari gali arkeologi ni...duduk tengah-tengah candi sambil pegang berus...sapu-sapu tanah di atas artifak...nak sorting lagi, nak analyse lagi nak tahu berapa lama dah usia artifak tuh...fuhh....
lepas dari melihat aktiviti cari gali tu, bateri kamera aku pun kong daaa...hahaha jadinya layan mata sendiri je laaa melihat beberapa lagi galeri yang mempamerkan seni bina dan barangan yang ditinggalkan oleh pedagang-pedagang di Lembah Bujang satu masa dahulu....tak besar mana pun sebenarnya muzium ni...tak sampai 30 minit dah habis pusing....lepas tu kami pun mula bergerak meninggalkan Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini....panas matahari mencanak-canak masa ni...dengan pantas masuk dalam kereta dan pasang aircond kuat-kuat!yeahhh misi dan impian aku nak ke Lembah Bujang dah tercapai...haaaa korang bila lagi?hehehe kalo ada masa, boleh la ke sana yer...memang la a bit boring sebab sejarah kan...tapi kalo tak kita yang nak hargai sejarah kita, siapa lagi kan?kan? =D hokeyyy panjang plak entry sejarah aku ni haaa...hahaha kita sambung lagi di next entry okeh!daaaa!

13 comments:

  1. Aku tau sejarah Lembah Bujang ni. Sebab aku suka cikgu ngajor, tu yang seboleh2 nak score A saje. Seriously nak kena roboh ke?? Memang ah Msia ni tau. Peliks. Sobs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe aku dlu suka tdo masa sejarah.kuikuikui tu la aku ada baca gk ura2 tu...ada mcm political issue bagai..tu aku nkpi cpt tu sblm apa2..hehe

      Delete
  2. ni la candi first aku pergi dan jadi inspirasi nak p candi2 lain di dunia haha
    masa aku pergi ni aku darjah 2, ayah aku bawak masa balik kampung.

    bila dah besar ni bila mak aku tanya "kenapa nak p tengok candi?" nak je aku jawab "abah la ajar dulu2 hahaha" *maaf lari topik*

    lawa dah tempat ni...bagus, cuma kurang promosi la kot eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ko kecik2 dah sampai...mesti dulu lgi tak terjaga kan...now comeyyy dah cuma lokasi jauh sikit dan takde promosi sgt...so pelancong pun tak ramai dtg ke sini...hahaha hamboi dan2 nak bg alasan ayah ko bawak dulu yer...hahahaha

      Delete
  3. Replies
    1. MKL sila la sampai segera...hehee dekat je tuuu....hehehe

      Delete
  4. Betul ke dgr khabar nak kena roboh?atau dah roboh skang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgr gk khabar gitu gk tp xsure kesahihan.

      Delete
    2. Hi miss Dj, sy baru nak p esok :)
      Nak tanya, without considering panas, awk rasa yg mana lebih bagus utk learning flow; visit luar dulu or dalam?

      I think it's good utk faham asal usul org kepulauan melayu ni adalah beragama hindu, sbb masih ada banyak adat org melayu yg berunsurkan amalan hindu, yg patut kita buang :)

      Delete
    3. Sy rasa both pun ok.luar tu byk tinggalan sejarah secara fizikal.tp klo nk baca2 dulu leh msuk dlm dulu...dlm pun byk brgn tinggln sjarah...hehe yup byk adat kita berunsurkan hindu kn..

      Delete