Tuesday, June 25, 2024

Vietnam - Ho Chi Minh - Part 1

minggu akhir Syawal haritu aku pergi ke Vietnam ada urusan belajar di sana...so selepas berbulan perbincangan, persiapan, cabaran, dugaan yang ditempuhi akhirnya gerak gak kami ke Vietnam di awal pagi Ahad yang hening hahahaa...so janji nak berkumpul sekian jam, aku saje sampai awal sebab nak bertenang-tenang makan sensorang...lepak kat Hometown Hainan Coffee sementara tunggu yang lain sampai...sini memang favourite aku kalo kat KLIA2...
jam 8 pagi aku ke tempat berkumpul, tunggu beberapa lagi sampai dan kami selesaikan urusan checkin luggage bersama-sama...then baru gerak masuk ke dalam dan berpecah ikut urusan memasing lah...flight kami jam 10.35 pagi, so ada banyak masa gak la nak melepak tuuu...masa ni ada yang cakap hari ni birthday Chong, so kami plan nak surprise ke dia masa atas flight nanti...so aku beli la 1 slice of cake kat kedai yang ada...
dalam flight aku duk ngan Chong dan Muz...belah satu lagi ada Shinn, Azmiraah dan Bella...duk bersembang je la memasing kan walaupun aku dah ngantok hahaha tapi bila sampai makanan, konon tak de la pre order food sebab nak makan kat KLIA2 dah...sekali tengok orang belah kanan semua order, makanya aku pun nak order gak laaa....pastu Chong dan Muz yang taknak makan pun terpengaruh dengan aku hahahaa marilah gemok bersama hahaha masa ni cuba latte baruuu Airasia X Zus tuu, sedappp...ada air nenas apatah pun sedap belaka...banyak drinks best kat Airasia skang weh!suka...
plan asal nak suh cabin crew announce birthday Chong kat atas sana, tapi takdan sebab masa penerbangan pendek...selesai tolak cart, dah kena ready landing dah...tapi diorang layan gak bila dah landing tu, baru diorang wish dan buka laguuu birthdayyy...haa tercengang la member dapat kek...siap kceoh eh macam mana orang tu tau birthday aku hahahaa poyo lah Chong!
kami selamat tiba di Tan Son Nhat Airport, Ho Chi Minh...kali ketiga aku sampai sini hehehe ada satu flight besar baru sampai gak dari UK, makanya panjang gilaaaaaa kat immigration weh walaupun dah buka lebih 10 kaunter!aku rasa dekat sejam gak kami kena beratur tuuu...gila lah stress gak aku, pi Ho Chi Minh je kot bukan London!hahahaa...sebab stress, setel immigration, amik luggage kita main bergambar dulu sambil tunggu semua selesai hahaha...
dan kemudian kami pun naik bas yang telah diuruskan oleh AJK Logistik...ini laa transport kami berkumpulan sepanjang program di Ho Chi Minh...masa dalam bas ni, bagus betul guide nya siap cerita sejarah bandar Ho Chi Minh ni...aku ingat sewa bas je, eh ada plak guide siap sakan bercerita...dia pandai cakap Melayu pula tu...layan je la dengar, sambil usha bandar yang dah lama aku tak datang ni...lupa dah rupanya macam mana...
masa decide nak pilih hotel untuk group kami, memang dah plan kat area Malaysia Street tu je...so Muz cari yang harga tak terlalu mahal, sesuai nak accommodate kami seramai 25 orang ni haaa...makanya dapat laa kami ke Sazi Hotel ni...masa masuk ni, eh macam kenal hahaha rupanya ni la hotel aku duduk masa datang tahun 2015 duluuu...tapi masa tu namanya Saigon Pink 2!hooo samaa aku kenal tangga dia tu plus lif sempit dia...hehehe Muz uruskan check in, kami tinggal ambil kunci je...aku patut sebilik ngan Nana tapi last minute dia tarik diri sebab dapat date viva, makanya dapat la aku duk sorang satu bilik...rezeki...
rehat dan solat jap...petang tu kami plan berkumpul kat Halal Amin depan hotel ni je...kat Malaysia Street ni memang bersepah kedai halal, tinggal kau pilih yang mana je...menu pun sama je lebih kurang semua kedai...so sebelum nak jenjalan, kita layan semangkuk mee pho dulu la...lama tak makan, ok gak pho sini cuma manis sikit pada aku...
dah kenyang aku decided jalan kaki je laa petang tu...nak amik Grab macam payah plak reramai tu kan...so kita jalan kaki ikut kata hati hahaha aku ni plan nak ke post office tuu nak amik gambar kat dalamnya sebab dulu tuuu gambar tak lawa hahahaha!so jalan kaki lalu laaa pasar kegemaran rakyat Malaysia iaitu Ben Thanh...kita lalu cecah kaki je laa, aku malas nak shopping...then jalan la kat kedai-kedai cantik sekitar Ho Chi Minh tuu...berkecah gak la ketiak panas hahaha...jalan beramai-ramai ni slow la jadinya sebab banyak berhenti ambil gambar...layan je laaa...tapi hasilnya sampai kat post office dah tutup...hahahaa takde rezeki daaa...takpelaaa pasrah!
dari post office kami ke bookstreet sebelah dia tu jeee...aku duk tengok je la, aku tak minat buku...pas snap sana sini sikit, aku duduk la menunggu yang lain...pastu bergambar lagi hahaha pastu jalan...penat dah memasing masa ni, tapi malas nak order Grab....jalannn hahaha masa ni jalan je ikut kaki, sebab nak ke Cafe Apartments...so lalu la masjid, dataran besar, singgah beli tanghulu, beli...dan nampak la Cafe Apartments yang duk viral tu...masa ni dah gelap...so malas nak naik kafe tuuu...katanya nak naik lif pun kena bayar situ...tapi dari luar nampak la banyak pilihan kafe dia...
dan kami berpecah masa ni...ada pi beli coklat la, dan aku gerak balik ke hotel...masa lalu Ben Thanh, kami decided nak ke Katinat...dah kenapa trip kali ni duk mencari Katinat je hahaha coffee shop baru kot kat sini, banyak outlet dia...tapi lawa laa, classy gitu warna gold dan dark green dia tu...coffee pun sedap dan kick! 
dan sebelum naik bilik, kami singgah makan malam di Restoran Jamilah pulaaa...aku macam kenyang lagi, makanya aku layan bahn mi je laa...gitu diet kau kan...orang lain duk makan nasi goreng bagai hahahaha dan malam tu, aku takleh tido!demmmm mayb sebab pekat nau kopi Katinat tadi...hanat betul hahahahaa....
dan hari kedua di Ho Chi Minh, bermula laa program kami...awal pagi takdan nak sarapan kat kedai sebab masih awal, nasib baik aku bawa stock Brahim's ni...so isi perut sesiap...kalo lapar nanti aku rasa nak mengamuk je kan hahaha...lama tak layan nasi goreng instant ni, aku rasa macam dah kureng sedapnya...mungkin sebab tak darurat sangat kot, so less appreciat!hahahaha...
dan bermula laaa aktiviti pertama kami iaitu kolokium di NLU...kerjasama antara dua universiti ni...semua pelajar kena present, tapi sebab aku kan pelajar tua yang kena dapat kelulusan apa bagai dengan kementerian, so sebab prosedur tak jelas, aku tak dapat kelulusan saat akhir...makanya aku takleh la present, jadi kena la jadi moderator of the session hahahaa bertabah laa...
untuk lunch, pihak NLU berbesar hati bawa kami makan di sebuah restoran vegetarian...kelaparan sungguh la kita masa ni kannn...sayur pun sayur lah makannya!hahahaha tapi sedap je...ada tu katanya jantung pisang!tapi sedap...hehehe mihun dengan sup cendawan pun sodap!cendawan celup tepung juga enak...
dan belah petang kita sambung sesi kolokium, dan para pensyarah ada mesyuarat dengan pihak NLU...selesai kolokium, kita ada visit ke makmal dan fakulti mereka...berpeluh-peluh bai masa visit tu hahaha panasshhh...kat sini go green kot, dalam kelas pun aircond tak kuat hahahaa Malaysia full blast kot...hahaha tu pun sib baik aku bawa kipas tangan aku tau...tapi tetappp panasss...
dan lewat petang kami pun balik semula ke hotel...selesai program hari ini...sampai bilik, tu memang terus mandi, solat dan tidooo...penat weh!dengan tak tido malam tadi, panas berlengas seharian...huhuhu dan malam tu aku plan nak keluar dengan Muz dan Din...sebelum gerak sempat tapau kopi dan bahnmi depan hotel buat isi perut sebab dah kelaparan....
then kami naik Grab ke satu restoran kat area masjid semalam aku singgah...ingat nak book untuk lunch esok...sekali tengok harga dia mahal nau...tanya pensyarah pun diorang tak setuju, makanya kami pun tak jadi la book...terus jalan ke kafe berdekatan...aku dah usha Okkio Cafe ni sebelum ni, terus ajak diorang singgah sini melepak sebab dah dekat...lama gak kami melepak bersembang...sib baik dah makan bahn mi tadi kan, kalo tak ngamuk gak aku hahaha sebab kafe ni makan ringan je...tapi kopi dia sedap!cuma nape tak penuh cawan? hahaha...
dan balik hotel kami singgah makan di Hajah Basiroh...masa ni tamak order beef ginger...nyesal rasa dia hahaha kalo datang Vietnam kedai halal ni ko order je la ayam goreng hahaha tak payah beriya lauk pauk tu...tak sedap sangat dan tak kena tekak kita hahaha...aku memang datang Vietnam ni tak taruk harapan tinggi nak makan sedap hahaha...dan lepas tu kita balik dan rehat...kumpul tenaga untuk hari mendatang...

2 comments: