Friday, October 19, 2018

Oscar Coffee & Food, Kajang

aku dah lama gilaaaa nak terjah Oscar Coffee & Food ni...akhirnya dapat gak pi lepas open house kat rumah Dzuli penghujung Syawal aritu...dalam post lepas dah cerita kan macam mana punya gaduh dalam kereta nak makan mana yang akhirnya membawa kami ke sini kan...hehehe aku bersyukur sebab setiap kali gaduh dalam kereta nak makan mana, mesti akhirnya kami sampai di tempat yang best-best....hahaha...ok balik pada cerita kafe ni, dari jauh aku dah excited nampak kafe ni...dengan warna hitam dia, gah betul nampak...
masuk je dalam lagi laaa sukaaaa...cantiikkk sangat kafe dia ni...aku suka...sangat cantik, selesa, menarik tertarik kau memang de bomb...ecewah over plak aku kan...masa kami sampai ni dah jam 9 malam kot, tapi still ada orang lagi laa...staff sini memang terbaik, ramah gilaaa...ada private room dalam ni kalo nak buat private function, alahai bestnyaaa...aku berangan nak bawa family makan situ, masalahnya kafe ni jual japanese food, mak abah aku tak layan sangat...hehehuuuu...
ok dah seronok melayan suasana kafe tu, kita layan pula menu yang ada di sini...rare combination menu kat sini iaitu coffee dan japanese food...haaaa menarikkan...tak pernah lagi jumpa kafe tempat ngopi layan japanese food kannn...hahahaha sini laaa tempat yang dicari-cari uolsss...marilahh tengok menu...menarik tertarik weh...kami yang kenyang pun tak tau nak pilih makan apa sebab semuaaaa pun nak!
dah order, kami pun sabar menanti makanan...sambil tu test gambar handphone baru aku masa ni...hehehe tak lama tu sampai laaa minuman kami...Darck Chocolate Mocha (RM10), Iced Supreme Chocolate (RM12) dan Iced Latte (RM11)...mocha dengan chocolate tu sedapppp...latte tu kureng sikit laaa pada aku....
dan untuk makanan, 3 budak demok yang konon dah kenyang sepakat untuk order Takoyaki (RM10) yang sedappppppp sangat!serious sedappp gila takoyaki dia weh...pastu kami order juga Dragon Maki (RM24) pun sedappp ya amat wehhh...sukaaaa walaupun perut sendat dahhh...hahaha dannn Lamb Karubi (RM28) yang sedapppppp gilaa...hahaha hoiii kenapa semua sedap sangat ni...hahaha tapi sebab kenyang slow and steady je kita makan...aku la tu kena makan paling banyak sebab diorang diet...
overall kami semua sangat happy dan sukaaaa dengan kafe ni...dah la kerusi empuk nak melepak lama...hahaha sambil berbicara soal hati membawa ke merepek ntah apa-apa isu lagi...seriously aku suka sangat kafe ni...kalo dekat, harus aku terjah hari-hari cuba lagi menu dia yang nampak sangat menarik tuuu....hehehe...
dan selepas beberapa bulan, aku terjah semula kafe ni lagi...kali ni aku pergi dengan Ab, Dhito, Kun dan Faris...aku pergi lunch ngan diorang sebenarnya di Food Valet, nanti aku review tempat ni ye...hehehe lepas dah makan tu, Ab ajak ngopi...so aku suggest je kita semua ke sini...soo moh le layan pelbagai jenis kopi yang kami minum masa ni...aku tak ingat sangat...yang penting aku layan lagi dark Chocolate Mocha yang sedapppp tu...antara yang menarik adalah Affogato (RM13) dia yang comel haaa...kopi pekat dengan aiskrim, comel je saiz dia...hehehe...
dan kali ini kami layan dessert!haaa kami ambil Oscar Float (RM8) sejenis aiskrim kek dengan mix fruit yang sedapppppppppppppp sangat!hahaha aku suka gila weh...light je manis diaaa...suka!pastu kami ambil juga Chocolate Drizzle (RM16) sejenia waffle dengan aiskrim dan buahan...pun sedap sebab waffle dia rangup...nyummeh!seriously aku suka kafe ni...hahaha so far semua makanan kenaaa dengan tekak aku...hehehe...
hahaha sambil layan kopi dan dessert kita sembang pelbagai isu...siap masuk cerita bobo dimana lagi kannn...ada orang acah-acah suci tak kenal lucintalunaaaaa....hahahahaha adoi aku tengok gambar ni dah aku ni macam laki bini empat plak...hahahahaha...

12 comments:

  1. Bawa ler aku ke sini nanti wei. Mac tau, Mac. Ingat tu.

    ReplyDelete
  2. haruslah pegi juga bila2 mnggu ni šŸ˜Š

    ReplyDelete
  3. Betul..sedap makanan kat sini dah beberapa kali makan..paling kerap aku beli nasi yg ada salmon dlm bowl tu lupa nama die..RM19 je..sushi die pun mantopp..nasib baik lah 5min je dari umah..hehe..tapi takde lah hari2 gi sini..koyak laaa. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah mmg sedap kan. Lama plak xmakan situ hehehe ni yg rasa nakpi nih šŸ˜‚

      Delete
  4. Halal certified tak..itu je missing in your review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada halal jakim for the premise tp mereka guna halal certified ingredients

      Delete
  5. Owner muslim ke tuan?

    ReplyDelete