lepas dah makan seafood mahal kat Telaga Seafood, tibalah masa kita cuba cari seafood murah-murah kat Langkawi pula ye...hehe so abang aku suggest kita pergi ke Medan Selera Nelayan...abang aku yang selalu datang kerja Langkawi ni, so makan memang dia je suggest...aku buat itinerary memang tak guna pun...hehehe
sampai tu terus aku dengan kakak ipar aku usha seafood yang freshhh tu...banayk gak jenis ikan dan hidupan laut yang lain...memang nampak segar bugar laaa...teurs excited!dah la masa kami sampai ni takde laaa ramai sangat orang lagi...so selesa la nak memilih ikan tu...
tak lama menanti, sampai laaaa makanan kami...aku order ikan jenahak 3 rasa (RM63), 2 ekor pari kecil bakar (RM22), ketam goreng kari (RM54), udang sambal petai (RM41) dan sotong celup tepung (RM23)...ikan parui tu sedap gilaaa, nyesal ambil dua ekor je...manis gilaaa isi dia weh...hahaha ketam tu paling win!sedap gilaaa masak kari gitu...terbaik!sambal udang pun sodappp...aku cuba makan petai dia, ermmm not bad!hehehe...
selain tu kami ambil juga la telur dadar, kangkung goreng, petai bakar dan dapat gak laaa free kot ulam-ulaman dan sambal belacan...memang layan...aku first time cuba makan petai bakar tu, sedap plak...hahaha haa lepas daripada ini laaa aku dah mula makan petai uols!kerlass kan umur 35 tahun baru nak belajar makan petai...hehehe...
total kami berenam dewasa makan adalah RM250 sahaja, almost half dari harga makan kat Telaga Seafood semalam kan...hahahah ok la tu, cuba yang mahal cuba yang murah...both pun sedapppp...cuma yang murah ni masakan dia lebih kemelayuan gituuu...yang mahal tu masakan dia ala-ala chinese food sikit...
No comments:
Post a Comment