Thursday, March 16, 2017

The Humble Chef, Bukit Damansara

Sambungan dari: Fickles, TTDI

hari kedua aku menghadiri symposium, hanyalah separuh hari...sebab jumaat kan...haaa apa lagi, makin panjang la langkah aku kan...ligat kepala aku berpikir siapa insan-insan terpilih yang aku nak ajak lepak layan perut dan tekak aku...hahaha list tempat makan punya lah panjang...so kena pikir lokasi dengan insan-insan terpilih...hehehe pertama sekali, keluar dari symposium aku terus menuju ke arah Bukit Damansara...untuk pick up Amoi di pejabat dia...bincang punya bincang, sebab masa yang terhad, kitorang decided nak makan di The Humble Cafe, Bukit Damansara...Amoi pun cakap sedap situ, aku pun dah usha baik kat internet...The Humble Chef ni famous dengan spaghetti harga RM5 yang dijual di atas food truck...tapi bila makin famous ni, diorang buka la cafe, tapi yang bestnya masih mengekalkan harga RM5 tu untuk spaghetti diorang...best kan?hehehe...
masa kitorang sampai ni, masih ada meja kosong...cepat-cepat Amoi cop tempat...dan aku kena beratur nak order makanan...sempi gila konsep kedai ni...senang kerja diorang lah...nak makan order sendiri...nanti diorang hantar makanan ke meja kita...lepas kitorang masuk, tetiba je ramai gila orang...penuh meja dan panjang gila beratur!dah la hari jumaat, kul 1.15 petang diorang nak tutup kitchen dah...huhuhu
yang famous kat sini haruslah spaghetti dia kan...leh pilih nak aglio olio ke, carbonara ke, bolognese ke atau pesto...semua tu kita leh pilih nak dengan udang ke, daging, ayam ataupun kambing...semuanya berharga RM5 sahaja...gila murah kan...hehehe then ada juga Laksa Goreng yang famous tapi aku takdan rasa...Amoi cakap sedap juga...then ada pita, sandwich dan omelette...aku sebab tengok ramai orang order omelette tu, so tergida juga la...hahaha selain menu yang disebutkan, ada la juga menu lain yang mahal sikit seperti lamb chop, pan fry chicken dan chicken wing...
dah siap order dan bayar...kita pun ke meja menanti dengan penuh sabar...tak lama menanti, sampai la menu aku iaitu Aglio Olio Prawn (RM5)...portion dia takde la besar sangat, tapi boleh laaa...bak kata Amoi kalo lapar, sila order 2 pinggan...hahaha tapi sebab pikir banyak lagi tempat aku nakpi lepas ni, so cukup la sekadar sepinggan spaghetti...hehehe tapi aku order juga Beef Omelettee (RM2.50)...kedua-dua menu ni nampak sempoi jer...nampak kosong jer kan, tapi berasa weh...sedap juga la pada aku...nyum nyummm... 
sampai dah abes makan aku, barulah menu Amoi sampai iaitu Lamb Chop (RM20)...lamb chop ni didatangkan bersama spaghetti dan kuah creamy yang pedas-pedas...so takde la muak sangatkan kalo makan banyak...yang ni memang sedap!aku suka...portion lamb dia pun banyak dan puas hati makan...banyak gak aku ngecek menu Amoi ni...hehehe dan kemudian sampai juga Chicken Wing (RM7.50) yang kami share berdua...kuah chicken wing ni sama dengan lamb chop Amoi...memang sedap la melayan meratah...nyum nyum...sambil tu kita bergossipan riang...dah lama tak jumpaaa...hehehe
overall aku suka makanan kat The Humble Chef ni!sedap dan murah...memang berbaloi lah...hehehe pilihan pun banyak...tapi harga RM5 kan, jangan kau harap la isi dia level spaghetti harga RM25 tau...just nice la pada aku...dekat 2 jam gak la melepak ngan Amoi kat sini...masa kul 1.15 petang tu, masih ramai orang dalam kedai, tapi dapur dan staff dah takde pi masjid solat jumaat...selamba je kan biar kedai macam tu...hahaha...terbaik!
Duta JJCM in action!hahahaha...

6 comments:

  1. kira oklah kan, dari food truck ke cafe..
    depa buat mcm kat Arab, tinggal kedai pi solat Jumaat..tawakkal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah improvement gitu kan...yup tawakkal jer diorg. Bgus kan. Hehe

      Delete
  2. I love humble chef shah alam, humble chef shah alam is ideal for a casual, fuss-free meal with family and friends, with many dishes on the menu costing less than RM10. It's ideal for families with young children because the restaurant has a kids' menu that includes an activity pack to keep the kids entertained.

    ReplyDelete