Wednesday, March 15, 2017

Fickles, TTDI


Sambungan dari: Jaslyn Cakes, Bangsar

dari Jaslyn Cakes di Bangsar, aku ngan Anim beserta kawan dia, Shane dan Hayron berniat nak mencari Nanda Chicken yang sedang viral tu...sekali masa on the way ke sana, silap masuk simpang plak...nak pusing, bapak punya jauhh...terus kepala ligat berfikir nak makan mana...dan selepas penat bergaduh dengan Anim sebab bertukar-tukar plan tempat makan, akhirnya kami mencapai kata sepakat untuk ke Fickles yang terletak di TTDI...haaa lama gila kot aku teringin makan kat sini, akhirnya sampai jugaaa...
hiasan dalam kedai ni biasa je la...meja dia pun sadis siap kopak-kopak...eh ke style ni?aku tak tau laaa...hahaha duduk jer, terus dilayan mesraaa oleh abam-abam di situ...usha menu, banyak pilihan makanan western dan sikit-sikit pilihan makanan Melayu...tapi disebabkan Fickles ni terkenal dengan makanan dalam talam dia, so haruslahhhh kita abaikan menu-menu lain ni...hehehe...tapi barang diingat, talam ni ada hanya untuk dinner sahaja...dan kita boleh pilih nak Western ataupun Local Talam Set...both berharga RM78.90 dan recommended untuk 4 orang makan...dalam set ni termasuk free flow iced lemon tea...
disebabkan makanan dimasak fresh, maka lama juga laa sesi menanti...nasib baik ramai-ramai tu, leh la buang masa bersembang kan...perut dah la lapar ni...hehehe dan lepas menanti beberapa ketika, akhirnya tiba laaa talam kami...kami pilih Western Talam Set (RM78.90) yang mengandungi 2 jenis pasta iaitu Linguine Arabiata dan Spicy Aglio Olio...then ada 4 ketul Grilled Lamb dan 4 ketul Cilantro Lime Grilled Chicken...yang ayam ni dapat part thigh yang dah debone...then ada garlic bread, mushroom soup, coleslaw dan chilli concarne on fries...dannnn surprisingly semuaaaaa makanan dalam talam tu adalah sedap!walaupun nampak selekeh kan makanan penuh dalam talam, tapi sedap wei!pasta sedap, ayam dan lamb pun lembut dan sedap...well cooked!soup pun sedap!chilli fries pun so nyummeh!fuhhh coleslaw punnn layan...hahaha pendek kata, semua sedap!nyum nyum!recommended!lepas ni kalo datang teringin nak try Local Talam Set plak...adik aku pernah makan dia cakap sedap...hehehehe overall puas hati, tak sia-sia tersalah jalan...hehehe lepas dah makan ingat nakpi layan cendol durian, sekali senak sangat dah perut...balik je la terus!hehehe...

6 comments:

  1. dj pakai camera apa ni, clear je gegambar. Lawa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pakai hp samsung je jea...

      Delete
    2. haha ok baik, aku mmg nak tanya lama dah tp maklum la silent reader, eh..

      Delete
    3. Xsangka ada reader lagi blog sendu ni... šŸ˜‚

      Delete
    4. sy peminat no 1! masa tak update dulu..sendu je rasa

      Delete
    5. amboi peminat no 1 ni peminat misteri nih...hehehe

      Delete