Thursday, October 15, 2015

Halalkah makanan dalam Airasia Zest?

masa aku pergi Manila baru ni naik Airasia Zest iaitu syarikat Airasia milik Philippines...untuk yang tak tahu, kalo kita ke Philippines memang akan naik Airasia Zest ni laaa...dolu aku difahamkan tak boleh check in online dan juga pre-book meals untuk Airasia Zest ni...tapi masa aku pi ni, dah boleh...jadinya dengan pantas la aku pre-book makanan untuk aku dan kawan-kawan semasa online check in tu...

nak jadikan cerita, masa naik flight Airasia Zest ni dari KLIA2 ke Manila, aku makan Beef Caldreta...masa makan tetiba minah Filipino sebelah tu cakap Beef Caldreta tu makanan Filipino...biasa diorang masak beef or pork caldreta ni...bila dengar tu, ntah macam mana aku terlebih pikir menyebabkan aku konpius akan kehalalan makanan dalam Airasia Zest...kalo dah kata caldreta makanan dari Philippines, mesti dimasak di Philippines kan?mana datang halal?gitu aku pikir...pastu aku mula kait yang makanan dalam Airasia Indonesia pun dibuat di Indonesia kan?bukan di Malaysia kan...makin lama makin banyak aku kaitkan, makin berdebor la aku...lagi tetiba stewardess lalu jual megi dan minuman semua pun made in Philippines...hohoho...masa ni tak tenang duduk dah, tapi pikir dah masuk perut dah...redho pasrah...tapi aku cakap ngan liana, turun jer flight aku nak message Airasia minta kepastian...sebab balik Manila ke KLIA2 pun aku dah order makanan...

sampai je hotel jam 3 pagi kat Manila tu terus aku check status kehalalan makanan dalam Airasia Zest nih di website Airasia...dannn makin berdegup kencang aku tau bila baca info kat bawah ni...huhuhu aku mula terpikir, kenapa takde orang share info pasal ni selama ni ye...nasib jadi ke aku, makanya aku check...selama ni semua ingat makanan dalam semua flight Airasia tu halal...gituuu getus hati aku...
dan keesokannya, seawal 6 pagi waktu Manila aku dah message di FB Airasia bertanyakan status halal makanan dalam Airasia Zest...soalan aku memang spesifik kepada Beef Caldreta dan Nasi Lemak dalam Airasia Zest...tapi aku pikir mesti lambat lagi baru dapat balasan kan...terus aku message pula Bibie Karim minta tolong check kan sekali...dia kan ada twitter, aku takde...nak suh dia tweet ke Airasia la juga...sembang punya sembang, last sekali Bibie share ngan aku gambar yang member dia sempat ambil masa naik flight dari Manila ke KK...ok masa ni lega sikit dah hati aku...tak terpikir pun nak check buku menu dalam Airasia semalam tu...
dan kemudian pada petang hari barulahh aku dapat jawapan yang melegakan lagi hati aku dari Airasia...yesss semua in-flight food untuk Airasia Zest adalah halal...dan masa ni aku sempat juga bagitau Airasia yang info dalam website dia tu mengelirukan orang...dan dengan pantas Airasia respons ke aku tau...kagum aku...tapi kagum kat situ je la, sampai la ni aku tengok info kat website tu still macam tu gak...hohoho....
fuhhh lega betul bila dah semak perkara macam ni betul-betul kan...Alhamdulillah...dan aku buat conclusion sendiri, yang tak halal tu adalah domestic Airasia Zest kat Philippines kot...maksudnya yang dari Manila ke Cebu etc...ada gak kat sana...dannn kalo berdasarkan kepada buku menu dalam Airasia Zest ni, cuma hotmeals dan sandwiches yang halal...kalo megi tu brand dari philippines, ada seafood, chicken dan beef...so kalo seafood boleh la layan...kalo beef dan chicken tu sendiri mau ingat la yer!dannn masa balik dari Manila ke KLIA2 tu sempat aku usha balik menu dalam flight and YES aku baca juga info seperti yang kawan Bibie baca tu....hehehe...btw thanks Bibie atas informasi yang diberikan... =D

10 comments:

  1. Sapa yang risau benda yang nak jadi darah daging ni kan... good job Inspektor DJ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu enmie...tu gigih korek info...dan2 jd inspektor sahab plk kn..hahaha

      Delete
  2. Aku pun risau kot nanti ternaik AirAsia Zest kan. Sibaik kawan aku tu cepat respond gak. Sanggup godek album lama gitu.

    ReplyDelete
  3. All in-flight meal departed from KL regardless your airline is halal. It's government regulation apparently. That's what Cathay Pacific told me when I requested Muslim meal in their flight. She said not to worry about meal from KL- you can order whatever from the menu. But she proceed to book the muslim meals for HK-Osaka and from Osaka-HK and HK-KL for me.

    ReplyDelete
  4. thanks for your info. tak risau nak pergi ke Manila naik Zest, and dari Manila ke KK. Alhamdulillah makanan Zest halal.

    ReplyDelete