Tuesday, February 18, 2020

Rumah Makan Nasi Talam, Taiping

antara hidden germ di Taiping weh...haaa kami ke Rumah Makan Nasi Talam...tempat best nak makan tengahari di Taiping...hehehe...memula pi memang takde any expectation pun, tengok warung dia pun, biasa je la ni...tapi sebab dah ini je jumpa dalam Google kan, layan je laaa...sekali masuk tengok ramai gak orang, ok semangat datang la balik...hahaha...
so konsepnya kat sini sebenarnya nasi campur...lauk pauk memang terbaikkk!masakan kampung uolsss...looks yummy sangat makanan dia...so ada lauk pauk dia dah sesiap senduk dalam pinggan kecil kita leh amik dan pilih laaaa...ada juga set sesiap dia dah letak dalam talam...set tu kira dia la yang pilih menu apa...haaa kita amik terus setalam tu...kalo amik talam ni, dapat air satu jug percuma...dan harga satu talam tu dalam RM50...kali tambah lauk lauk dalam pinggan kecik lain tu, tambah lagi la harga kan...tapi overall, tak mahal mana pun kami makan lunch tu...aku rasa tak sampai RM100 dengan lauk pauk berlambak lambak kami ambil...
haaa amacam menarik kan menu diaaa...so dulang pilihan hati kami adalah kat bawah ni haaa...ada gulai kepala ikan, ayam bakar, ikan goreng, pekasam, sayur...pastu kami tambah gak dengan ikan bakar, ayam bakar lagi, pekasam dan pekasam lagi...hahaha banyak gila kami tambah pekasam daging dan ikan dia...sedap weh pekasam daging dia...ayam bakar dia sedap gilaaa...kuah gulai tu pun sedap ya amat!memang leh hirup lah...kerabu taugeh pun sedappp...hahahaa...
seriously puas hati gila makan kat sini...semua orang pun suka dan happy...yang tak suka adalah anak buah aku...mana nak makan gerai...sekeh baru tauuu...hahahaha!pape pun guys, kalo datang Taiping, sila laaa lunch di sini guysss...sedap sangat...hehehee...menu masakan kampung nyummeh sangat!highly recommended!

2 comments:

  1. meriah makan dlm talam mcm ni..mcm kenduri kt kampung2 dlu2 hidang camni

    ReplyDelete