Tuesday, May 21, 2019

Kay's Steak & Lobster, Putra Heights

lepas tengok movie kat rumah Liana, aku pun message Mrs ajak lepak dah kebetulan rumah dia tak jauh dari sini, dan restoran pilihan merupakan tempat pertama kami bertentang mata dulu kata...gituuu...tapi dulu nama restoran ni adalah Moon's Kitchen tapi katanya sekarang dah pecah dua, so Moon's Kitchen tu dah pindah tak jauh dari situ, dan nama baru restoran yang berada di tapak lama adalah Kay's Steak & Lobster, Putra Heights...masuk je dalam restoran ni, terus mengimbau kenangan lama kan...hahaha...sama je lagi lukisan kat dinding tu...
dan marilah kita mengusha menu...yang sebenarnya ads restoran ni kerap kelaur kat Instagram dan FB aku...duk promote lobster dan tomahawk mereka...memang merecik la nampaknya kan...wagyu tomahawk kat sini aku rasa agak murah banding tempat lain iaitu RM30 per 100 gram...pastu diorang ada live lobster gak, dan pelbagai menu masakan barat la...sila la usha penat aku ambil gambar kat bawah ni...semua nampak menggoda weh...
dan untuk dinner tu, aku layan NZ Lamb Steak (RM49) dan Mrs layan Chicken Chop (RM18)...dan both makanan sedap, especially lamb steak aku laa...sedapnyaaa...nyummeh!masa makan ni, kitorang berdua tak puas hati, awat semua meja order tomahawk dan lobster ni...hahaha terus pasang angan-angan lepas ni nak kena datang balik!nak makan tomahawk plak...hahaha...
dan tak lama lepas tu aku kena pi KPJ Rawang dengan mak melawat sedara, masa tu dah pikir nak makan tomahawk, so terus plan dengan Anim jumpa kat sana nanti...so aku dah siap call restoran tanya ada size apa tomahawk untuk hari tu, dia cakap ada yang kecik dalam 700g - 900g...haa ok la terus setuju...tapi rupanya kat sini, kita dah sampai baru dia start masak tomahawk tu, so kena tunggu lama gak la, dia memang takkan terima order by phone je...tapi kalo kita bayar in advance tu aku tak sure...so sampai sana, kita order siap tomahawk suh masak cepat sikit sebab dah lapar...
selain tomahawk kami order juga Aglio Olio (RM16)...tak silap aku sampai 4 pinggan gak kami order, bertambah sebab sedap...mak dan adik aku suka sangat Aglio Olio kat sini, sampai sekarang pun mak aku duk teringat...hahaha sedap sangat lah tu...hehehe then ada juga kami order Fish and Chips (RM15) yang kecik je portion dia, sesuai la dengan harga...tapi sedap!dan tak lupa kami order Kulacakes Mango Cheesecake (RM13)...sedap jugak...
dan setelah hampir 45 minit menanti, akhirnya sampai laaaa tomahawk kami...dengan berat 700 gram berharga RM210...didatangkan dengan 4 jenis sos yang berbeza dan semangkuk salad...kami ambil medium well untuk tomahawk ini...masa sampai diorang akan tanya nak chef potongkan ke...eh mestilahhh...hahaha sakan kami bergambar, then chef keluar tunjuk skill potong daging tomahawk tu...dan seterusnyaaaa ngap la...sedap wehhhh, sedap sangat!lembut, juicy...perghhh dan tambah best semuaaaa sos dia sedap!serious sedap!aku suka gila semuaaaa sos dia...hahaha walaupun memasing dah kenyang, but still berebut makan tomahawk ni...hahaha...terbaiklah!
kami semua sangat laaa happy, bak kata pepatah kenyang perut suka hati laaa...hahaha seronok makan malam tu sebab sedap-sedap makanan dia...terbaik...total makan dalam RM300++ laa...tapi sebab happy, so tutup mata je lahh...hahaha dan dah niat dah, nanti nak datang lagik!hahahaha...gila kannn....
dan yess tak lama lepas tu kami datang lagi...hehehe kali ni ada orang nak belanja, aku on je laaa...hehehe...again order menu sama je, cuma kali ni kami ambil tomahawk yang 900 gram plak...besar sikit laa...ingat kalo ada 1kg nak gak amik sebab orang bayar kan, tapi takde plak, paling besar pun 900 gram, so kita pasrah je la...dannn again, Aglio Olio dan tomahawk dia seriously win!sedap gilaaa...cuma kena bertabah la nak tunggu tomahawk tu siappp...hahahaha...cumanya sampai masa dan tika ini, aku takdan lagi nak rasa lobster dia, nanti la one day, aku datang lagi...hehehehe...

10 comments:

  1. Saya dah kena berpantang makan daging dan dan seafood ni.. huhu .

    ReplyDelete
  2. Eh eh eh eh kenapa datang tak habaq? Hahahaaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ko pun duk PH ke. Moh la kita berbuka puasa bersamaaa...

      Delete
  3. Hai Kak DJ. Thanks for sharing all the story here. Im one of your blog's fans hehe.
    Boleh tak suggest kat mana tomahawk & wagyu yang sedap area Bangi?
    Thanks in advance!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi tqq...kat jahhet bangi ada tomahawk tp tak pernah cuba lg situ. Leh la awak plk cuba...

      Delete
    2. thankyou Kak DJ. Before this makan rib at Tony Roma's IOI, sedap. so this time nak cuba tempat lain pulak area2 sini je since kita dekat Uniten hehe.

      Delete