hari ni aku nak share makan sedap kat Black Canyon!haaa banyak je kan cawangan Black Canyon ni...aku pandai makan sini dengan kawan-kawan pejabat aku, tapi asyik lupa nak review...sebab kononnya macam KFC la takkan nak review plak kan...tapi pikir balik, eh aku ada favourite menu aku kat sini, so masa adik aku nak belanja kami sekeluarga sempena dia lulus lesen P setelah berpuluh cubaan gagal, makanya aku decided nak review la...ambil gambar makanan...hehehe...kami layan Black Canyon di AEON Nilai...
menu kat sini mostly adalah Thai foods dari appetiser, main course, bawak ke ala carte semua...semua berasakan kan Thai...tapi ada juga laaa western food kat sini gak tapi aku tak layan sangat...so masa pi beramai-ramai tu kami ada order Grilled Balck Pepper Salmon Salad, Chicken Wings dan Stir-fried Chicken with Cashew Nut...semua pun ok la sedap...harga kat sini pun berpatutan...
dannn yang paling aku nak share kat sini adalah menu kat bawah ni....favourite aku...hehehe kalo ke sini wajib ambil set ni...set ni ada Spicy Fish Head Tomyam, Pad Kra Praw a.k.a Minced Chicken with Hot Basil and Fried Egg, Stir-fried Mixed Vege and Stir-fried Prawn and Chicken With Chilli Gravy...seriously tomyam dia sedapppp...pastu aku paling suka pad kra praw dia dannnnn udang tuuu...udang tu sedap sangat sebab kuah dia tu macam masam manis pecah telur...terbaik weh....sedap!pad kra praw tu plak kalo telur kuning dia cari, pergghhhhh meletop sangat!hahaha...terbaik lah kombinasi semua lauk pauk dia ni...dappp!
overall, aku memang suka menu dalam set dia tu...tapi leh order ala carte gak lauk-lauk dia tuuu...hehehe aku suka...kopi kat sini aku tak suka sangat, tapi kakak ipar aku cakap sedap, kawan aku cakap sedap...oh selain tu, abah aku paling suka iced lemon tea sini sebab dia guna limau nipis tu...sedap!ok korang boleh laaa terjah Black Canyon yang berhampiran kalo nak berbuka puasa tu ya!hahahaha...
selamat berpuasa.
ReplyDeleteMacihhh
Deleteselamat berpuasa... 1st time datang sini, saya follow blog awak. jemput singgah ke blog saya juga.. terima kasih :)
ReplyDeleteTQQ insyaAllah =D
Delete