Friday, May 3, 2019

Northern Thailand ~ Day 2.3 : Golden Triangle, Chiang Rai & Don Sao Island, Laos

Sambungan dari: Akha Hill Tribe Village and Long Neck Karen Tribe, Chiang Rai

dari perkampungan kaum tu, kami patah semula ke Golden Triangle...perjalanan makan masa sejam gak laaa...memang memenatkan la day tour ni sebab tempat jauh-jauh kan....tapi gigih la sebab teringin nak sampai kat Golden Triangle ni kan...hehehe kenapa dipanggil Golden Triangle, sebabnya kat sini ada Sungai Mekong yang menemukan 3 negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos!
katanya Myanmar dan Laos berlumba-lumba membina kasino kat tepi sungai ni demi menarik perhatian pengunjung dari Thailand sebab Thailand judi ni diharamkan...haaa ala-ala Singapore gak laaa Thailand ni, abes orang sana naik Genting nak berjudi...huhuhu tu korang nampaknbangunan tinggi seberang sungai tu, kasino la tu...kemain gah dan mewah diorang bangunkan...
kat sini, ada optional tour iaitu menaiki boat ke Dao Sao Island, Laos yang tak memerlukan passport...so kena bayar extra THB300 setiap orang kalo nak join...kalo tak join, korang lepak je la kat sini, sementara ahli jemaah lain naik bot...hehehe...so bayar semua kat guide, then tunggu la masa nak naik bot...lama gak menanti masa ni, sebab tunggu other group...sebab bot dia besar gak, aku kira dalam 3 group gak naik bot sama ngan aku masa tu...oh lupa plak, masa ni guide kutip semua passport kita tau, later dia pulang kan balik...aku pun tak tau untuk aku, ada pendaftaran kot...
masa atas bot ni, salah sorang guide tu bercerita la pasal sejarah kat sini...aku tak berapa nak ingat sangat sebab panjang lebar dia bercerita...tapi adalahh dia cerita pasal dulu ada penanaman ganja kat salah satu kawasan tu, ada macam pulau kecil antara 3 negara tu, kat tengah Sungai Mekong...pastu apetah lagi dia cerita, aku lupaa...hahaha masa ni agak panas, so sedikit rengsa...hahahaha...
lepas 15 minit naik bot kami pun sampai di Don Sao Island, Laos!yeay kira dah sampai Laos la aku kan...hahahaha negara ASEAN yang ke 9 telah aku jejak...hahahah tapi nakpi gak Vientiane dan Luang Prabang satu hari nanti...pastu nak jejak ke negara ke 10 dalam senarai ASEAN aku iaitu Myanmar!hehehe sampai kat Laos ni, kena bayar land tax THB30 seorang...pandai la korang buat duit ye...hehuuu...then kami diberi masa dalam 30 minit je kat sini, ha pepandai la pusing sendiri...
terkejut gak la aku nampak ada outlet besar gila, brand pun boleh tahan...dibina dengan kerjasama kerajaan negara China sebenarnya...kami takde singgah pun la sebab masa pendek kan...aku lebih nak usha pasar dia tu...katanya ada halal food...so leh la beli bawak bekal nak balik Chiang Mai nanti...hehuuuu...
jenuh gak la aku dan Sue pusing satu pasar tu nak carik halal food tapi nan hado...kecewa gilaaa...hahahaha kat pasar ni banyak la jual barang-barang Thailand, beg semua pun ada tapi takde yang menarik minat kami pun...guide duk sibuk suh cuba minum wine ular tu elok untuk tenaga katanya...gigih la kauuu nak suh aku minum kan, kut mengaum aku kang tak pasal je...hahahahaha....dan sebab kecewa, kami layan minum air kelapa je la...mahal weh THB100 sebijik!sib baik sedappppp dan sejuk...pasrah!
then kami pun patah ke tempat nak naik bot semula...panasnya masa ni weh...rasa terbakar sangat...huhuhu dan dalam jam 4.30 petang macam tu kami selamat tiba di Thailand semulaaa...masa ni laa guide pulang kan passport kami...pastu ada la masa sikit sesiapa nak usha kawasan, pi toilet semua...aku nampak 7E kat sini, ingat nak beli la burger ke kopi ke...sekali takde pun yang aku nak....sedih...beli coke je la peneman dalam van nanti....
dari Golden Triangle ni, diorang singgah plak satu temple lama...masa ni aku dan Sue malas dah nak keluar van...dah kepenatan dah...lagi plak nampak tangga nak naik temple tu tinggi gilaaaa...haruslah tak kuasa kann...aim aku pi Chiang Rai adalah nak pi The White Temple dan Golden Triangle je, lain-lain tu takpela kalo takpi pun...hahahaha...
dan tak lama tu semua pun masuk van dan kita mula gerak meninggalkan Chiang Rai...masuk kereta pun dah nak gelap dah, semua pakat tido sakan...hahaha...lepas 2 jam perjalanan, driver stop kat stesyen minyak yang ada 7E dan ada burger halal!yeay apa lagi beli laaa dengan kopi...suka!perut memang dah lapar tahap gaban weh, dengan penat ya amat lagi...huhuhuh...Alhamdulillah..dan kami selamat sampai di Chiang Mai jam 9 malam, tapi sebabkan kami yang terakhir dia hantar, makanya kami sampai hotel dah jam 9.30 malam...kedua-dua dah keletihan sangat-sangat dan tak larat dah nak keluar carik makan...so malam tu kami tido dalam kelaparan je laaa...hahahaha...pasrah!enjoy trip ke Chiang Rai tapi penat dia ya ampun...mayb faktor usia gak kot ni...hahahaha...ok moh tidooo...esok nak jalan lagi weh!hahaha...

No comments:

Post a Comment